Baru-baru ini, penyanyi, Tomok meluangkan masanya untuk melawat kawasan kejiranan di sekitar rumah lamanya yang juga tempat dia dibesarkan di Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Menurut Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, tempat tersebut sememangnya istimewa dan menyimpan seribu satu kenangan buat dirinya.
View this post on Instagram
“Tempat jatuh lagi di kenang. Banyak kenangan aku di sini.
“Tempat aku di besarkan. Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak #akubudakflat” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh vokalis kumpulan New Boyz itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Ketika lawatan tersebut, Tomok turut membawa seluruh ahli keluarganya termasuk ibu serta kakaknya yang juga merupakan penyanyi, Ismaliza Ismail.
Malah, mereka juga sempat bergambar sebagi tanda kenang-kenangan.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat perkongsian tersebut selain turut mengimbas kembali momen-momen sewaktu Tomok masih menetap di kawasan perumah tersebut.
“Saya pernah sampai sini semata-mata nak jumpa Tomok. Dapat jumpa Tomok dan Syuk sekali masa tu.
“Flat 96-01 hadir. Kecik-kecik main sama-sama dengan Tomok.
“Saya duduk flat yang sama dengan Tomok.
“Dulu punyalah minat sangat dengan Tomok. Tak dapat jumpa Tomok, tengok rumah pun jadilah.
“Dekat sinilah saya bergambar dengan Tomok masa awal-awal jadi artis,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Tomok memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi bersama kumpulan New Boyz pada tahun 1999 sebelum bergerak secara solo pada tahun 2009 ketika menyertai program nyanyian One In A Million.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit: Instagram Tomok
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI