Siapa yang tidak kenal dengan pelakon utama Suamiku Paling Sweet ini. Orangnya terkenal dengan wajah lembut, comel dan punyai baby fat di wajah.

Namun baru-baru ini Syafiq kelihatan agak susut dan semakin kurus.

Risau dengan perubahannya itu, ramai yang tertanya-tanya apakah yang telah terjadi sebenarnya?

Tekanan Punca Syafiq Kyle Kurus

IKLAN

Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, berkata pada wakil Astro Gempak, dia mengalami sedikit tekanan apabila disuruh memegang watak sebagai seorang jurugambar dalam drama Mencintaimu Mr. Photographer.

Menurutnya lagi, pengambaran tersebut agak berat dari segi penghayatan yang memerlukan dirinya bermain dengan emosi.

IKLAN

“Saya akui mengalami tekanan kerana karakter kali ini amat berbeza daripada lakonan saya sebelum ini dan mungkin disebabkan itu saya nampak kurus.

 

“Apabila ditayangkan nanti, penonton mungkin hanya tengok saya dalam tempoh sebulan tetapi sebenarnya saya perlu menjiwai karakter itu selama tiga bulan ketika menjalani penggambaran.

 

“Sebagai pelakon saya harus untuk menghayati karakter ini juga dan sememangnya saya akan memberi sesuatu yang berbeza kepada penonton,” katanya lagi.

Syafiq mengakui watak yang dipegang kali ini berbeza dengan watak-wataknya sebelum ini.

IKLAN

Sebelum ini Syafiq pernah memberitahu dia terpaksa mengorbankan cuti rayanya pada tahun ini kerana terikat dengan penggambaran drama ini.

Drama ini bakal menganti tempat drama popular Hero Seorang Cinderella menerusi slot Mega Drama Astro Ria bermula 3 julai akan datang.

Sumber : Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI