Bintang versatil, Sharifah Sakinah ada memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, Sakinah ada memuat naik beberapa keping foto yang antara lainnya mempromosikan satu projek terbaru lakonannya.
Bagaimanapun, salah satu foto yang dikongsi pelakon berusia 31 tahun itu yang dilihat berkemban mengenakan kain batik mendapat reaksi pelbagai wargamaya.
Ada yang membidas soal pemakaian bintang drama bersiri Girlfriend Aku Dari Neraka itu dalam foto tersebut memandangkan dua lagi pelakon lain mengenakan pakaian lebih sopan.
Ads
Sebelum ini, Sakinah pernah mendapat kritikan netizen berhubung persalinan yang dikongsikan di media sosial, yang didakwa seksi oleh sesetengah pihak.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, keluarga besar pelakon, Abby Abadi telah pun mengadakan sebuah majlis bagi meraikan hari lahir anak gadisnya, Marissa Diana yang ke-15 tahun.
Majlis serba ringkas namun meriah itu turut dihadiri keluarga terdekat termasuklah bapa, Norman Hakim dan Memey Suhaiza.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah kehadiran seorang remaja lelaki yang dilihat ada bersama sepanjang majlis tersebut berlansung.
Malah, pelakon drama, Gerak Khas itu turut memuat naik beberapa foto remaja tersebut bersama Marissa di platform Instagram.
Pelakon Ammar Alfian memfailkan satu permohonan untuk menyita dan menjual aset bernilai RM500,000 daripada premis gimnasium Guardian Fitness yang telah gagal membayar penghakiman pada bulan Februari 2020.
Pengurus krisis dan jurucakap Ammar Alfian, Saiful Ridzuan dari Saiful Ridzuan Public Relations and Communications berkata, notis permohonan tersebut telah disempurnakan pada Khamis.
Menurutnya dalam satu kenyataan, lelongan akan dilakukan dalam tempoh 14 hari sekiranya wang tersebut tidak dibayar kepada Ammar.
Terdahulu pada 24 Februari 2020, Ammar telah mendapat satu penghakiman berjumlah RM500,000 ribu ke atas syarikat Guardian Fitness Sdn. Bhd. kerana syarikat tersebut telah menipu dan melakukan salah nyata semasa mempelawa Ammar untuk melabur lebih dari RM400,000 sebagai balasan untuk ekuiti saham 30% peratus dalam perniagaan syarikat tersebut.
Ammar telah memeterai perjanjian perniagaan tersebut pada tahun 2016 melalui pelawaan oleh Lee Chung Howe yang merupakan salah seorang pengarah Guardian Fitness Sdn. Bhd. Mahkamah bersetuju dengan pihak peguam Ammar yang syarikat itu telah membuat untung dan rugi yang dipalsukan supaya beliau melabur ke dalam syarikat tersebut.
Ekuiti saham yang dibayar oleh pelakon itu adalah untuk pegangan minoriti bagi gimnasium Anytime Fitness berkeluasan 8000 kaki persegi yang terletak di tingkat 2 di Menara Hap Seng 2, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur.
Peguam sivil dan korporat yang mewakili Ammar Alfian, Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates and Solicitors berkata, permohonan tersebut dibuat mengikut aturan undang-undang yang memberi kuasa kepada pihak Ammar untuk mendapatkan satu perintah bagi menyita dan menjual aset kepunyaan gimnasium tersebut dan melarang defendan untuk menguruskan harta yang telah disita tersebut.
“Saya menyatakan bahawa ianya adalah penting untuk anak guam kami, Ammar Alfian mendapat kembali wang yang telah dilaburkan serta kos guaman setelah pihak Guardian Fitness Sdn. Bhd. enggan, gagal, abai dan cuai dalam membayar penghakiman.
“Kami akan memastikan anak guam kami mendapat hak undang-undangnya,” tambah Nurul Hafidzah Hassan.
Nurul Hafidzah turut dibantu peguam Zeti Zulkifli bagi kes penipuan dan salah nyata tersebut.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nabil Ahmad mendedahkan dirinya terbuka untuk bergandingan dengan mana-mana selebriti yang diundang sebagai hos bersama di program hiburan, MeleTOP setiap Rabu.
Bagi Nabil, pihak produksi pastinya mempunyai alasan sendiri mengapa konsep tersebut dilakukan sehingga kini selepas rakan hos, Neelofa mengundurkan diri daripada MeleTop Disember lalu.
Bagaimanapun, Nabil turut memberikan beberapa nama selebriti yang dirasakan mempunyai keserasian bila bersama sebagai rakan pengacara.
“Elly Mazlein, Sherry Al Hadad, Jihan Muse dan yang mempunyai energi yang sama dengan saya, saya ‘on’.
“Neelofa memang ‘on’ lah kalau dia masuk set MeleTOP kembali, akan tetapi kita sedia tahu dia kini sudah ada program sendiri, Next To Neelofa.
“Bila asyik bertukar-tukar hos, boleh dikatakan saya kini berada di peringkat ‘reda’. Apa yang produksi cadangkan, saya okay sahaja asalkan kami boleh berikan yang terbaik.
“Jujurnya sampai hari ini, saya tidak pernah lagi suarakan keinginan kepada pihak produksi untuk diberikan seorang rakan pengacara yang kekal, tidak bertukar-tukar setiap minggu.
“Tak pernah lagi cakap kerana bagi saya ia mungkin ini antara strategi pemasaran. Pihak produksi pastinya lebih tahu bab-bab sedemikian,” katanya kepada MH.
Nabil pada masa sama turut menyifatkan rakan hos yang ‘fun’ mampu memberi ruang untuk lebih berkarya menyelitkan elemen humor ketika ia bersiaran secara langsung.
“Asalkan rakan hos saya itu seronok, have fun dan tidak tergagap-gadap ketika show, saya okay sajalah.
“Dia akan buat kita rasa ‘penat’, bila hanya kita yang seolah-olah kendalikan program itu sendirian, meski sebenarnya berdua.
“Saya cakap ia secara umum dan boleh terjadi dalam mana-mana program juga. Misalnya hanya kita yang kena ‘cover’, kena tanya soalan dan sebagainya.
“Jujurnya, kalau penonton tanya mengapa Nora Danish diundang dua kali sebagai hos jemputan, itu sebab saya yang minta.
“Saya sukakan Nora kerana saya rasa kelakar bila dapat ‘membahan’ dia.
“Contohnya bila kami bergurau begitu, saya rasa macam kelakar. Itu pada pendapat sayalah.
“Tambahan pula saya selesa dengannya kerana ia mengingatkan saya pada musim awal saya bergandingan dengan Neelofa.
“Kami bersama selama lapan tahun, beratus-ratus episod. Kami tiada tekanan kerana saling membantu,” jelasnya yang bersiaran sebanyak 370 episod bersama Neelofa di MeleTOP.
Terdahulu, Nabil ditemui di majlis ditemui pada majlis pelancaran produk wangian Sugar Bomb x Nabil Ahmad x Achey diadakan di Shah Alam, pada Rabu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...