“Tapak Sewa Kecik Je Pakai Khemah,” – Teringat Detik Awal Hubungan, Betty Rahmat Bangga Kejayaan Suami Miliki 6 Outlet Bisnes

Share

Pelakon, Betty Rahmad ada berkongsi cerita detik awal percintaan bersama suaminya, Ardy Damis di laman media sosial Instagram miliknya.

Betty mendedahkan, detik awal percintaan bersama Ardy adalah ketika suaminya baru sahaja memulakan perniagaan salun rambut yang terletak di Downtown Cheras.

Pada masa sama, pelakon ini meluahkan rasa bangga dengan kejayaan suaminya yang kini sudah memiliki 6 buah cawangan salun rambut.

“Teringat masa mula-mula kita dating dulu u bawak i tengok kedai u dekat Downtown Cheras. Tapak sewa kecik je pakai khemah.

“Lepas tu business u grow & grow. And sekarang dah ada 6 outlets & office. Alhamdulillah saya akan terus doakan yang terbaik untuk kamu suamiku @ardydamis 

@nimrocbarbershop akan terus terbang tinggi.

“Amin  #ardywira #2years2monthsold,” tulisnya.

Imbas kembali, Betty telah mendirikan rumah tangga bersama Ardy pada 4 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama, Ardy Wira, 2 tahun.

Foto: Instagram Betty Rahmad

IKLAN