Pelakon Chris Evans yang sinomin dengan watak ikonik adiwira Marvel, Captain America secara rasmi megumumkan persaraannya daripada watak tersebut.

Pengumuman tersebut dibuat dengan rasa berat hati menerusi akaun Twitter miliknya selepas tamat sesi pengambaran filem Avengers 4 pada semalam.

Katanya, semalam merupakan hari yang paling emosi baginya kerana terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada watak tersebut.

IKLAN

“Officially wrapped on Avengers 4. It was an emotional day to say the least. Playing this role over the last 8 years has been an honor. To everyone in front of the camera, behind the camera, and in the audience, thank you for the memories! Eternally grateful,” tulisnya

Jelas Chris, memainkan watak sebagai Captain America sejak lapan tahun yang lalu, merupakan satu penghormatan bagi dirinya.

Ketua pasukan Avengers itu juga mengucapkan terima kasih kepada semua krew produksi dan para penonton yang telah menyokongnya selama ini.

Tweet tersebut telah menerima komen bercampur baur daripada semua peminat Captain America di seluruh dunia yang turut berduka cita mendengar perkhabaran tersebut.

IKLAN

Tamat Saja Avengers 4, Chris Evans Umum Bersara Bawa Watak Captain America, Selamat Tinggal!

Tamat Saja Avengers 4, Chris Evans Umum Bersara Bawa Watak Captain America, Selamat Tinggal!

IKLAN

Bagaimana pengakhiran watak Captain America, sama-sama kita nantikan filem Avenger 4 yang bakal ditayangkan pada May, 2019.

Terima kasih dan selamat tinggal Captain America!

Foto: Twitter Chris Evans

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI