Al-fatihah buat pelakon veteran, Latiff Borgiba atau nama sebenarnya, Abdul Latiff T. K. Gomu Kakah yang dilaporkan telah meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya, hari ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun.

Menurut anaknya iaitu Ab Uzza Ab Latiff yang bertugas sebagai jurukamera di Astro Awani, arwah bapanya ada mengalami kekejangan pada awal pagi semalam. Bagaimanapun, katanya, anak-anaknya berkesempatan datang melawat Allahyarham malam tadi.

Ads

“Bapa kelihatan stabil dan masih boleh berkomunikasi dengan anak-anaknya ketika kami datang melawat. Ayah sudah lama menghidap sakit tua,” katanya seperti yang dipetik daripada Astro Awani.

Dilahirkan di Bangkok, Thailand, Latiff yang berhijrah ke Kuala Lumpur sekitar tahun 1946 meninggalkan seorang balu, Fatimah Leman serta 16 anak.

Ads

Sepanjang hayatnya di dalam dunia seni, Allahyarham sangat sinonim dengan watak-watak antagonis dalam filem serta drama yang diterbitkan sejak 1960-an.

Ads

Jenazah dijadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibu Kota, Setapak, jam 10 malam ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI