“Takutnya Menemui Alam Barzakh Sangat Mendekati…,”- Menangis Imbau Kenangan Tapi Rozita Diejek Kerana Baju Koyak

Share

Masih belum mampu mengubat kesedihan apabila bekas suami kembali ke rahmatullah, Rozita Ibrahim berkongsi luahan di laman Instagram.

Walaupun kita dah bercerai, saya ingat kesusahan dia, Saya bantu dari segi kewangan, saya beri rumah ke tak sama. Sebab sifat saya adalah sifat suka melindungi. Tapi sebab kita kasihan dekat dia, mudahan ada orang yang lebih sayang dekat dia. Tapi rupanya….tak apalah.

“Allah bagi rezeki, takdir yang tak sama dekat semua manusia. Tapi saya mendoakan dia yang baik-baik sebab dia orang yang baik,” ulasnya sambil menangis.

Tiba-tiba, kamera tertuju kepada pergelangan baju Rozita.

Baju koyak,” kata Odah sambil disambut dengan ketawa besar oleh usahawan produk ini dan mengatakan dia tidak sempat jahit.

Ulas pengusaha Sendayu Tinggi ini di ruangan kapsyen, jangan diratapi pemergian, sebaliknya berusaha agar pengakhiran hidup kita juga sebaik-baik arwah.

Rasa nak lepuk dn peluk pun ada Si Odah ni.. Sempat ejek baju sy koyak sy nangis sibuk dirakamnya..” ehh betul juga.. Muka hodoh bengkak “.. suka2 je divideokannya ..halal lah odah !!

“Begitu juga sy harap pd yati pd syukri supaya menguatkan semangat bukan meratapi yg pergi dngn takdirnya yg baik itu sepatutnya menjadi kecemburuan pd kita supaya bersikap yg lebih baik (org nk hijrah diri susah tp sgt elok dlm agama)

“Kata2 Yati ilmu buat sy “Abah seorg yg baik budi, menjaga mulutnya daripada menyakiti org lain dan sentiasa menyebut perkara baik ttg org lain walaupun org lain menzaliminya..

“Kita tk kuat seperti arwah untuk menahan sabar.. betul kata sabda Rasulullah SAW “kekuatan manusia itu bukan pd garang dn tenaganya atau kuasanya.. tetapi betapa dia kuat untuk menahan sabarnya..”

“Sy sudah lihat bekas suami sy tersenyum selebar2nya disaat pemergiannya.. bagaimana nanti agaknya saat kematian sy mampukah sy dapat mengucap kalimah shahadah dan senyum.. Saat xterjangka takutnya menemui Alam Barzakh sgt mendekati usia sy skrg.”

Foto – Instagram Rozita Ibrahim

IKLAN