Legenda badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei menafikan dirinya ada terlibat dengan mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan ‘skim cepat kaya’.

Menurut Chong Wei, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan namanya tanpa izin bagi menarik perhatian orang ramai mengenai aktiviti penipuan tersebut.

Recently there are circulations around that I’ve started or recommending an investment opportunity which can transform…

Posted by Lee Chong Wei 李宗伟 on Friday, July 24, 2020

“Time macam ni lah mesti ada parti yg ambil kesempatan, praying on our vulnerability and desperation. Jangan diperdaya ditipu “Secret” jadi kaya yg semakin banyak pop out kat internet, kat smart phone,” katanya.

Penjelasan tersebut dikongsikan oleh wira negara itu menerusi sebuah entri di akaun Facebook.

IKLAN

Tambah Chong Wei, untuk menjadi seseorang itu haruslah berusaha dan memantapkan skill yang ada pada diri.

“Nak kaya, kenalah rajin, kenalah bijak. Invest dalam diri sendiri, belajar skill dan ilmu baru, biar Power. Asalkan ada yg sanggup bayar untuk kemahiran anda, selamat lah tu! Keyword “Power”.

“Semuanya susah time baru start, sebab belom pandai. Kalau tiap-tiap hari buat, semakin mudah jadinya, sebab semakin pandai. Teruskan usaha, jadilah Power Ranger!

IKLAN

“Itu lah rahsia dia! Takkan click-click jari, korek duit sendiri, bagi orang lain, ikot lagi arahan dia boleh jadi kaya? Agak-agak lah, mana logik dia?,” tegasnya lagi.

Dalam pada itu, Chong Wei turut berpesan bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya terutamanya ketika zaman kegawatan ekonomi ini.

IKLAN

“Tiada jalan pintas untuk Berjaya kawan-kawan. Terutama dalam masa yang penuh liku-liku kemerosotan ekonomi ini, jangan mudah terbuai atas kata-kata manis yang tidak munasabah.

“Kepada yang ambil kesempatan, menipu duit orang awam. Jangan lah. Jangan satu hari, anak cucu kau yang jadi mangsa atas kedurjanaan mu. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

“Kepada yang mengalami masalah kredit, layani lah www.akpk.org.my. AKPK Agensi Bank Negara yg sudah banyak membantu rakyat Malaysia,” jelasnya lagi.

Sumber: Facebook Lee Chong Wei

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI