Ads

Take Note! Ini 5 Sebab Mengapa Syed Saddiq ‘Follow’ Neelofa Di Instagram

Amboi! MH lihat sekarang ini ramai betul para gadis memberikan perhatian kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Malah baru-baru ini, kecoh apabila fotonya bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya viral di media sosial. Mujurlah ia tidak benar.

Semalam, Syed Saddiq merupakan salah seorang daripada ‘guest’ di program Meletop dan semestinya isu yang ditanyakan kepada Syed Saddiq adalah mengenai ciri-ciri wanita idamannya.

Ads

“Pada saya, yang penting kena sekepala atau satu geng. Selain itu, yang tak serius sangat sebab kerja saya memang dah serius, kalau balik rumah pun serius habislah.

“Tapi sebenarnya kita akan tau bila jumpa ‘the one’ dan masa itu kriteria semua dah tak penting,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut berkongsi 5 sebab mengapa dia ‘follow’, pelakon dan pengacara, Neelofa di Instagram.

Ads

Take Note! Ini 5 Sebab Mengapa Syed Saddiq ‘Follow’ Neelofa Di Instagram

Ads

“Okay, pertama sebab saya sukakan businesswoman, kedua kerana saya rasa dia ‘smart and intellectual, seterusnya saya lihat dia sebagai ‘symbol of progresif Malaysia/Islam.

“Keempat, kerana dia berjaya mengangkat nama Malaysia di persada dunia dan terakhir, Neelofa merupakan inspirasi kepada ramai rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Fuh! Memang hebat bila Syed Saddiq berkata-kata, mungkin sebab itulah para wanita mudah cair dengannya. Apa-apapun, MH ucapkan selamat maju jaya buat Syed Saddiq.

Anda mungkin berminat dengan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Zul Ariffin

“Saya Hanya Minum, Telan Air Liur, Marah Dan…,” – Zul Ariffin...

Pelakon Zul Ariffin sanggup menjalani rutin diet ekstrem demi mendapatkan bentuk badan ideal untuk membawakan watak Firdaus dalam filem The Furious: Pertaruhan Maruah.
error: Hello. Cannot.