Terbaru, penyanyi Siti Nordiana atau sinonim dengan panggilan Nana telah menerima kritikan dilaman media sosial twitter.
Netizen telah menulis satu twit kepada Nana dan mengatakan Nana ‘try hard’ ketika membuat persembahan di Pentas Anugerah Juara Lagu 33 bersama pasangan duetnya, Jaclyn Victor.
“Siti Nordiana jangan try hard sgt ye. Jaclyn Victor mmg dh superb so just watch your high notes. #AJL33” tulisnya.
Ads
Lantas, Nana menjawab kritikan tersebut dengan berkata,
“Amboiii.. tak try hard pun.. natural la tu suara iols mcm tu” tulisnya.
Ads
Lalu, netizen juga memberi pendapat dan mengatakan tidak bersetuju dengan kata kata yang dilontarkan oleh netizen itu.
Ads
Alahai netizen pun, tak baik tau cakap macam tu kepada Nana. Apa-apapun Nana telah berikan yang terbaik ketika membuat persembahan tersebut.
Foto : Twitter Siti Nordiana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Di kala semua sibuk menyanyi lagi Si Nopal, Black memuatnaik versi tersendiri. Si Nopal mendapat nafas baru dalam bentuk nasyid.
Klip pendek ini melihatkan tiga sahabat menyanyi dan berqasidah lagu Berkhemah Sama Si Nopal. Cuba merakam dengan aksi serius namun ‘pecah’ di tengah jalan.
Penyanyi Azharina atau nama sebenarnya, Azharina Binti Azhar telah memuat naik sekeping gambar ketika dia memakai hijab di akaun Instagram miliknya.
“Asalamualaikum semua . Apa kabar harine ? Jgn lupa ya dapatkan ticket konsert nina yang hampir 550 seats suda terjual. Alhamdulilah terima kasih manager nina @jojieaminuddin dan abg @syahrizal.ismail tuk semua ini . Queen of Soul … coming soon”tulisnya.
Persembahan penyanyi, Misha Omar pada malam Anugerah Juara Lagu ke-33 sememangnya menggamatkan suasana di Axiata Arena semalam, menerusi single Sampai Bila.
Dengan penghayatan dan vokal yang bertenaga, tidak hairanlan penyanyi asal Kelantan ini diangkat sebagai pemenang anugerah vokal terbaik pada edisi kali ini.
Bagaimanapun, menariknya, selain daripada vokal yang mantap, gaya rambut Misha turut menjadi perhatian bukan sahaja perempuan malah buat lelaki juga.
Gaya rambut pendek ala boy-cut yang dikenakan Misha dilihat kemas sama seperti trend potongan rambut kebanyakan lelaki masa kini.
Di laman Twitter, rata-rata netizen memuji gaya rambut penyanyi tersebut malah ada juga yang ingin mendandan rambut sama seperti pemenang tempat ke-3 itu selepas ini
Hael tak sikat rambut pun dpt nombor satu tapi misha omar punyalah sikat rambut siap pomade dpt no. 3 how come? pic.twitter.com/uvoXl0mNJC
Apapun, memang tidak dapat dinafikan, dandanan rambut yang dikenakan Misha semalam sememangnya membuatkan dirinya kelihatan cukup elegan.
Untuk Pengetahuan, selain daripada memenangi Anigerah Vokal Terbaik, lagu Sampai Bila turut donobatkan sebagai pemenang tempat ke-3 Anugerah Juara Lagu ke-33.
Penyanyi Emma Suhaimi mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 16 Kilogram (Kg) dalam tempoh enam bulan sebagai persediaan untuk kemunculan semulanya menerusi single berjudul Tersakiti.