Bahagian dari anak pasangan usahawan kosmetik, Datin Sri Shahida dan Datuk Sri Aliff Syukri, iaitu Ibraheem Adham atau mesra dipanggil Baem mengalami benjol selepas dipercayai terjatuh ketika bermain bersama adik-beradiknya yang lain baru-baru ini.
Meski saiz benjolnya agak besar, namun usikan daripada ibunya membuatkan wargamaya terhibur.
Berniat mahu menasihati anaknya, Shahida berkata anaknya mungkin hilang ingatan disebabkan benjol yang dialami.
“Lasak sangat tak reti diam, saya tipukan aja nanti dia hilang ingatan sbb benjol dia besar. Kemain tangisan keinsafan dia.
“Tak tahu nak kesian ke nak ketawa!,” tulisnya pada video yang dikongsikan menerusi Instagram itu.
Ads
Sambil menangis, Baem turut tidak mahu jauh daripada ibunya dan hanya memeluknya erat. Malah, dia tak henti berzikir.
Bagaimanapun selepas kejadian, benjol besar di kepala Baem kian menyusut dan kembali pulih.
Ads
Baem merupakan anak ketiga pasangan usahawan berjaya ini.
Selain Baem, pasangan ini turut mempunyai empat orang cahaya mata lain, Ammar Ahyyan, Qadejah El, Yusuf Al-Qardawy, Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat, Ameena.
Sehingga kini, video tersebut menerima hampir 900,000 kali tontonan bersama ratusan komen yang ditinggalkan.
Sekeping foto yang dimuat naik pelakon, Faezah Elai mendapat perhatian warganet.
Merakam gambar secara ‘selfie’ sambil mengenakan helmet, Faezah memberitahu dia mengambil anaknya dari sekolah hari ini menggunakan motorsikal bagi mengelakkan kesesakan.
Secara seloroh, Faezah turut memberitahu urat halis yang kelihatan di bahagian dahinya adalah kesan daripada pemakaian helmet.
“Hari ni start sekolah 4,5,6 maka bapak tok nek segala jem lah.. mak pak yg jenih selfish berenti kereta depan sekolah tunggu anak, paihtu kereta lain tk boleh lalu. So kita merempit ja lah amik anak sekolah!
Dia pada masa sama turut menitipkan ucapan Selamat Hari Wanita Sedunia yang diraikan hari ini.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut meninggalkan reaksi pelbagai dan rata-ratanya terhibur dengan perkongsian yang dibuat isteri kepada pengarah, Heykal Hanifah itu.
Foto: Instagram Faezah Elai
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pihak pengurusan Elizabeth Tan, Warner Music Malaysia menerusi satu kenyataan media menjelaskan penyanyi berkenaan memohon maaf atas berita perkahwinannya yang menjadi tular sejak awal hari ini.
Bintang berusia 28 tahun itu bagaimanapun memberitahu, dia memilih untuk tidak berkongsi berita mengenai perkara tersebut pada awalnya kerana ia adalah isu yang kecil.
“Lizzy memang plan nak announce pada semua bila Lizzy dah ready.
“Lizzy ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan Lizzy kerana pada Lizzy, ini adalah isu kecil sahaja,” katanya menerusi kenyataan terbabit.
Lizzy atau nama sebenarnya, Tan Su Meimemilih Siew Jim, 30, yang juga seorang ahli perniagaan sebagaisuaminya di sebuah gereja di Gombak, Kuala Lumpur.
Dia yang popular menerusi lagu Semua Sudah dan Polis Entry turut mengesahkan mengenai majlis yang telah berlangsung pada Sabtu.
“Gambar dan video yang telah tersebar yang menyatakan Lizzy sudah berkahwin adalah benar.
“Majlis semalam adalah sangat intimate dan kecil sebagai langkah mematuhi SOP dan hanya dihadiri oleh 10 orang tetamu yang merupakan ahli keluarga dan kenalan rapat Lizzy sahaja,” ujarnya lagi.
Menyifatkan perkahwinannya adalah satu hal yang privasi, dia sekali lagi memohon maaf kerana tidak berkongsi hal tersebut.
“Perkahwinan ini adalah satu perkara yang sangat peribadi untuk Lizzy. Lizzy ingin memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain, serta rakan-rakan media.
“Pada Lizzy, memilih untuk berkahwin ini tidak mengubah apa apa. Lizzy masih Lizzy yang sama dan Lizzy harap semua dapat terima dan hormat keputusan Lizzy,” tambahnya.
Sementara itu, Warner Music Malaysia yang mewakili Elizabeth Tan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tak pernah jemu menyokong kerjaya penyanyi itu.
Terdahulu, media sosial kecoh memperkatakan mengenai foto penyanyi terbabit yang mengenakan gaun pengantin di laman sosial.
Malah, bapanya iaitu David Tan Suan Chew turut berkongsi foto dipercayai upacara perkahwinan anak perempuannya itu menerusi laman Facebook.
David memuat naik sekeping foto memperlihatkan penyanyi itu bersama seorang lelaki berada di hadapan paderi yang sedang membacakan ikrar perkahwinan.
Dalam hantaran tersebut, David turut menulis kapsyen memaklumkan Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, merupakan anak perempuan terakhirnya.
“Anak perempuan terakhir saya, Elizabeth,” tulisnya.
Meski tidak memberikan butiran lanjut mengenai majlis tersebut, namun tindakan Elizabeth memegang tangan lelaki berkenaan sekaligus menguatkan spekulasi pasangan itu kini sudah bergelar suami isteri.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali ada menulis satu kapsyen ringkas di Instagram, sejurus berakhirnya malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), malam tadi.
Sambil menyatakan dia sudah cuba beri yang terbaik, bintang berusia 29 tahun ini turut menyatakan maaf buat komposer lagu Peluang Kedua, Hael Husaini dan MFMF.
“I’ve tried my very best… I’m so sorry @haelhusaini @wearemfmf,” sambil disusuli dengan emoji kecewa.
Menerusi ribuan komen yang diterima pada hantaran Instagram tersebut, komposer lagu berkenaan dilihat ada meninggalkan respon masing-masing.
“Yes, u did! We’re with you all the way, Bella. You’ve improved tremendously and gave your sincerest performance ever. If ni one can see that, then they’re not worth it,” tulis MFMF.
Bagi Hael pula, Nabila merupakan antara inspirasinya, dalam sisi kesungguhan dan ketekunan.
“Awak adalah inspirasi pada saya. Hardwork and always do your best. Im so proud of you! Thank you for signing Peluang Kedua,” titip Hael.
Malah, rakan artis juga memberikan kata positif buatnya.
Terdahulu, insiden Nabila yang tergelincir daripada nota lagu sepatutnya sekali gus menjadi sensasi di media sosial, khasnya di Twitter.
Malah, para pengguna media sosial turut memberikan reaksi pelbagai terhadap persembahannya itu. Ada yang mengkritik, namun ada juga yang memberikan kata-kata positif buatnya.
Sebelum ini, lagu Peluang Kedua pada awalnya dibawa oleh komposer itu sendiri, Hael Husaini ketika bersaing di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 35, tahun lalu.
Bagaimanapun, Nabila kemudian membuat keputusan untuk menyanyikan sendiri lagu berkenaan di pentas akhir AJL35.
Dia sebelum ini pernah memaklumkan penarikan diri daripada pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 kerana mengalami masalah peti suara dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat menyanyi buat sementara waktu.
Sementara itu, Gila yang dinyanyikan oleh Kaka Azraff, Noki dan Loca B ciptaan mereka bersama Ezra Kong diumumkan juara utama AJL35 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), Shah Alam itu.
Mereka memenangi trofi dan wang tunai berjumlah RM50,000.
Naib juara AJL35 menjadi milik lagu Semalam daripada Aina Abdul, ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi berkenaan yang sekali gus membawa pulang wang tunai RM35,000 beserta trofi kemenangan.
Menduduki tempat ketiga ialah lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, Belenggu Rindu. Lagu tersebut disampaikan Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita.
Kemenangan tersebut melayakkan mereka memenangi trofi bersama wang tunai RM20,000.
Vokal dan penghayatan memukau Ernie Zakri ketika mendendangkan lagu Gundah memberi tuah buatnya apabila diumumkan sebagai penerima trofi Vokal Terbaik dengan hadiah trofi dan wang tunai RM12,000.
Sementara kategori persembahan terbaik hasil undian penonton yang menawarkan ganjaran trofi dan wang tunai RM10,000 beserta baucer setahun McDonald’s pula disandang Zizi Kirana menerusi lagu Eh.
AJL35 disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam dan menyaksikan Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan juga Haziq Husni sebagai pengacaranya.
Foto: Instagram Nabila Razali, TV3 Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas berjaya mencipta fenomena pada musim pertama, drama adaptasi novel popular karya Siti Rosmizah, Andai Itu Takdirnya kembali dengan musim kedua yang menjanjikan jalan cerita lebih sarat konflik dan emosi.