Pelakon, Dynas Mokhtar terpaksa berputih mata apabila hampir kesemua wang simpananya di dalam bank hilang sekelip mata.
Menurut Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, dia menyedari tendang perkara tersebut ketika ingin membuat pembayaran gaji kepada pengurusnya.
“Saya buat video ini kerana saya tak mahu perkara ini berlaku kepada orang lain. Saya kehilangan hampir kesemua wang saya.
“Beberapa hari lalu, saya mahu membayar gaji pembantu peribadi selepas balik daripada penggambaran, ketika itu baru saya sedar hampir kesemua wang saya lesap.
“Saya ada akaun semasa serta kad debit dan saya tak pernah ada kad kredit. Saya ingatkan kad debit lebih selamat kerana tak perlu berhutang,” katanya.
Parkara itu dimaklumkan sendiri oleh pelakon drama Syurga Itu Bukan Mudah menerusi sebuah hantaran video di Instagram.
Ads
Jelas Dynas lagi, hasil semakan penyata mendapati wujud beberapa transaksi melibatkan mata wang asing yang berlaku tanpa pengetahuannya.
“Bila saya periksa penyata bank, rupanya ada transaksi daripada mata wang yang pelik-pelik antaranya Hong Kong Dollar. Saya pun tak boleh nak dedahkan sangat sebab perkara ini masih dalam siasatan.
“Saya sudah pun membuat laporan polis dan ramai yang membantu saya. Doakanlah semoga saya dapat kembali duit saya,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Dynas menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan jangan menyimpan kesemua simpanan di dalam satu bank sahaja.
Ads
“Saya tak mahu orang lain lalui semua ini. Sekarang ini bukan hanya sekadar klik link tetapi dengan nombor kad bank juga perlu berhati-hati. Jangan letak duit banyak sangat dalam akaun yang punyai kad.
“Letak di tempat yang lebih selamat. Kalau orang palsukan kad anda, segalanya boleh lesap. Itulah simpanan yang anda ada.
“Jadi, berhati-hatilah. Saya pun tak tahu apa yang selamat sekarang. Kita menuju zaman tanpa tunai dan segalanya di atas talian. Tapi adakah ia selamat?,” akhirinya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut terkejut selaik turut berharap agar kes ini dapat diselesaikan segera.
“Kita hidup di dunia yang menakutkan. Saya doakan awak dapat kembali duit awak,” komen pelakon, Sazzy Falak.
Ads
“Ya Allah kak, saya simpati mendengarnya. Semoga dapat kembali duit kakak,” kata pelakon, Janna Nick.
“Saya faham situasi ni. Geram sangat. Saya doakan awak dapat semula duit awak dan tak berlaku kepada orang lain. Tolong tangkap siapa yang buat tu,” balas pelakon, Yasmin Hani.
“Saya harap semua selesai segera dan orang luar dapat sesuatu dari perkongsian ini. Saya simpati hal ini berlaku. Saya tahu awak sedih,” komen pengacara, Daphnei Iking.
Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Dynas itu telah pun mendapat lebih 100,000 jumlah tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dynas Mokhtar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suria FM memperkenalkan barisan penyampai baharu mereka iaitu Datuk Fizz Fairuz, Chiwan Cilok dan Kai Hassan sebagai langkah strategik berikan sentuhan khas untuk terus relevan.
Perubahan turut dilakukan demi peningkatkan mutu dengan menghasilkan produk yang lebih menarik sekaligus memberikan yang terbaik kepada pendengar setia stesen radio berkenaan.
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, penyampai baru di Suria FM merupakan salah satu langkah Suria seiring dengan keperluan semasa.
“Malah , ia untuk memantapkan dan mengukuhkan lagi tunggak utama barisan penyampai sebelum menjelang ‘Radio Survey’yang berlangsung bermula 18 Februari hingga 30 Mac 2024 ini,” katanya.
Datuk Fizz Fairuz bakal ke udara di segmen Morning Morning Suria bersama Ajak dan Suraya pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi sehingga 10 pagi.
Manakala Kai Hassan, bakal mengambil alih segmen Morning Morning Suria dan Carta Suria Top 40 sepanjang tempoh Suraya bersalin bagi memastikan kelangsungan kualiti kandungan bagi kedua-dua segmen ini.
Sementara Chiwan Cilok pula akan bergandingan bersama Rara menemani petang pendengar menerusi segmen Suria Petang pada setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 3 petang sehingga 7 petang.
“Setiap penyampai dipilih melalui proses pemilihan yang teliti, menekankan kemahiran profesional dan pengalaman luas selain mempunyai bakat serta minat yang mendalam dalam bidang penyiaran radio,” katanya lagi.
Selain memperkenalkan penyampai baharu, Suria FM turut menyajikan seleksi program hiburan dan ilmiah menarik seperti Seikhlas Suria.
Program tersebut menawarkan wang tunai sebanyak RM24,000 kepada pendengar bagi menghargai mereka yang masih menyokong Suria FM.
Caranya, bermula 22 Januari sehingga 16 Februari, pendengar hanya perlu menghantar Whatsapp bagi pendaftaran di segmen (Morning Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang atau Suria Cinta) dan pendengar berpeluang mendapat RM 300!
Program seterusnya ialah Ybae Suria Masuk Kampung, suatu program CSR bagi mendekatkan penyampai Suria bersama penduduk setempat.
Kempen Raikan Yang Dirai juga bakal dilakukan bersempena Ramadhan Raya yang bakal tiba.
Suria FM juga bakal menghasilkan Drama Raya Suria 2024, lagu raya Suria, dan pelbagai program menarik!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak, Achey akui tidak menyangka akan menerima hadiah istimewa berupa sebuah kereta jenis Ford Ranger daripada usahawan jersi, Faris Azri.
Menurut Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, pada awalnya, dia hanya ingin membantu Faris untuk mempromosikan produk jersi keluarannya sehingga meraih sasaran jualan yang diharapkan.
“Allah nak bagi, Allah akan bagi. Datang macam mana, melalui apa dan bagaimana, itu kita sendiri tak jangka.
“Dengan niat aku bantu dia promosi gila-gila di beberapa tempat untuk mencapai apa yang dia inginkan untuk produk Choii Official. Sampai orang kata bosan tgk media sosial aku asyik Choii sahaja.
“Maafkan saya semua. Saya niat nak bantu dia. Antara sebabnya adalah Team Choii layan saya macam family mereka. Itu sahaja,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan oleh anggota kumpulan Bocey itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, Achey turut menyifatkan pemberian tersebut sebagai penghargaan terbesar sepanjang berkecimpung di dalam dunia seni.
“Ini penghargaan yang paling besar yang pernah diberikan kepada saya. Yang lain semuanya daripada pertandingan,” katanya.
Pada masa sama, Achey turut memaklumkan dia sangat senang bekerja bersama Faris dan stafnya kerana menganggapnya sebagai keluarga.
“Saya ini, selain kerja atau perkhidmatan yang saya jalankan, saya juga memandang suasana kerja saya. Jika mereka inginkan kerja semata-mata, saya akan ikut setiap inci peraturan kerja saya.
“Tapi jika mereka mahukan keluarga kerja, maka lebih dari kerja saya akan buat.
Kenapa? Sebab saya suka suasana positif dan interaksi yang mudah dalam kerja saya.
“Kalau jenis ‘Eh aku dah bayar kau, ikut cakap aku eh?’ Boleh! Ini harga aku dan ini rules aku pula. Haa masa tu memang aku betul-betul artis la.
“Kau layan aku kawan. Aku akan jadi sahabat. Kau layan aku sempoi. Aku akan jadi keluarga,” kongsinya lagi.
Terdahulu, menerusi sebuah video tular di aplikasi Tik Tok, Faris telah membuat kejutan di sebuah program karnival jualan dengan menhadiahkan Achey sebuah kereta Ford Ranger.
Suria FM dengan ini mengumumkan bahawa khidmat penyampai Suria Petang, Tyzo Xander, sebagai penyampai Suria berakhir pada 12 Januari 2024.
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), keputusan yang dibuat merupakan langkah Suria FM dalam merangka strategi dan perancangan baru untuk menghasilkan produk yang lebih menarik dan segar bagi tahun 2024 hingga seterusnya.
Suria FM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tyzo di atas kerjasama yang diberikan sepanjang bersama Suria.
“Jalinan kerjasama Suria FM bersama Tyzo merupakan satu tempoh kerjasama baik. Kami mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau.
“Kami telah pun merangka strategi dan perancangan baru bagi tahun 2024 dan seterusnya untuk memastikan jenama Suria FM kekal relevan dan terus memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar.
“Perkembangan selanjutnya berkenaan program dan strategi Suria FM akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Suria menyokong dan percaya serta mendoakan Tyzo akan terus berjaya dalam bidang berkaitan atau bidang lain yang diceburi,” kata DJ Lin
DJ Lin turut berharap semua pencinta radio dan pendengar setia Suria terus menyokong Suria FM.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...