
Beberapa hari lalu, tular di media sosial apabila pelakon Hairul Azreen memuat naik video bersama sekumpulan lelaki dengan melontarkan dialog ‘mahu buat anak ketiga’.
Bagaimanapun,perkara itu telah mendapat respon positif dari isterinya,Hanis Zalikha ketika ditemui di Kuala Lumpur lewat petang semalam.
“Itu hanya gurau suami isteri. Tak sensitif pun.
“Tapi saya rasa itu satu benda yang lucu dan kelakar sebab saya tahu dia (Hairul) seorang yang komited, dia cakap dengan kasih sayang dan dia mahukan keluarga yang besar,” kata Hanis kepada MH selepas selesai majlis pelantikannya sebagai duta Happikiddo.
Tambah Hanis, setiap individu mempunyai pandangan berbeza terhadap video berdurasi 19 saat itu.
“Kadang-kadang bila kita buat lawak,ada orang rasa kelakar begitu juga sebaliknya,”jelas Hanis yang bakal melahirkan bayi keduanya akhir Mei depan.
Hanis,28 bagaimanapun terhibur dengan video tersebut.
“Mungkin dia rindu saya dan nak hiburkan saya dengan buat video macam itu,” akhiri Hanis.
Terdahulu, netizen menganggap tindakan Hairul adalah kurang sopan dan tidak menghormati maruah isterinya yang kini hamil di peringkat ketiga (third trimester).
Jom tonton temubual ekslusif MH bersama Ella dalam MHLifestyle.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Apa Yang Mummy Cuba Sampaikan Hanya Reflek Daripada Pandangan Peribadinya,” – Naim Daniel

Penyanyi Naim Daniel menyifatkan komen yang diberikan salah seorang juri tetap Famili Duo, Mas Idayu adalah pandangan peribadi atas kapasiti sebagai penyanyi berpengalaman.
Berterima kasih atas setiap pandangan yang diberikan, Naim bersama rakan duo, Sissy Iman akan terus cuba memberikan persembahan terbaik.
“Saya percaya Mummy lebih arif dan lebih berpengalaman. Saya sendiri masih baru dan kami masih perlu banyak belajar di dalam arena persembahan ini.
“Apa yang Mummy (Mas Idayu) cuba sampaikan itu hanyalah reflek daripada pandangan peribadinya sendiri. Saya dan Sissy berada di sini pun bukan sebagai penyanyi semata tetapi ahli muzik.
“Kitaorang harus ingat apa yang dilakukan perlu hadir dengan usaha dan kesungguhan. Apa yang kami persembahkan di atas pentas ialah terjemahan kepada apa yang telah kami lakukan, iaitu usaha.
“Dan juga kesungguhan serta minat kami. Saya berharap semuanya berjalan dengan baik. Terima kasih atas segala komen. InsyaAllah kita akan cuba perbaiki pada masa akan datang”, katanya.
Naim berkata demikian sebagai mengulas komen tegas yang diberikan Mas Idayu susulan persembahan mereka menerusi lagu Jampi yang dibawa dalam genre keroncong.
“Apa yang jadi kami jadikan sebagai asam garam di dalam program realiti. Di samping itu kita juga ingin mengingatkan ia program kekeluargaan yang seharusnya menghiburkan, mencuit hati tak kisah daripada segi penjurian dan persembahan.
“Kita hanya mahu ia berjalan begitu. Apa-apa pun, ia bukanlah sesuatu untuk rasa stres. Saya di sini pun berdiri atas kapasiti kemampuan saya, begitu juga dengan Sissy.
“Malah dia sudah berikan yang terbaik dan saya tahu macam mana dia punya keprihatinan di dalam persembahan setiap minggu. Saya orang pertama yang dapat saksikan benda itu.
“Apa pun, bagi saya dia sudah lakukan yang terbaik. Dia betul-betul keluar daripada zon selesanya. Nyanyi genre yang tak pernah cuba dia buat. Jadi itu adalah satu langkah berani. Saya sangat berbangga dengannya,” katanya lagi.
Terdahulu, Sissy dirakam sebak dan mengalirkan air mata sejurus menerima komen terbabit hingga terpaksa ditenangkan Naim dan hos, Janna Nick.
Sissy menerusi Instagram menitipkan ucapam seterus memohon maaf terhadap apa yang berlaku.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Kecewa Bila Ada Tanya Jumlah Pengikut IG Saya…,” – Syanie Ralat, Meski Sudah 30 Tahun Dalam Seni

Pelakon Syanie terkilan apabila ada pihak yang bertanya mengenai jumlah pengikut di Instagram sebelum memberi tawaran lakonan terhadapnya.
Malah, Syanie yang sudah hampir tiga dekad dalam industri hiburan seiring dengan kredibilitinya dalam dunia lakonan khususnya.
Syanie berkata, dia pada masa sama turut tidak jelas siapa sebenarnya yang mahu melihat jumlah pengikut meski tawaran yang diberikan hanyalah watak sampingan.
“Kalau saya boleh bertahan selama 30 tahun maknanya adalah kerja saya yang memang bagus.
“Bukan nak cakap saya hebat, tapi jika saya boleh bertahan selama ini, takkanlah kredibiliti saya diletak begitu rendah dengan dibandingkan dengan jumlah pengikut di Instagram.
“Saya sangat kecewa apabila ada pengurus produksi yang bertanyakan jumlah pengikut Instagram saya untuk watak yang ingin ditawarkan. Saya ini bukanlah pengguna yang pandai menggunakan media sosial dan saya tak akan buat kandungan yang mengarut.
“Walaupun saya tahu kandungan yang bukan-bukan ini cepat mendapat perhatian dan boleh menaikkan jumlah pengikut tapi itu bukan prinsip hidup saya. Pengikut yang ada sekarang adalah pengikut setia dan bukan dibeli,” katanya.
Syanie yang juga anak kepada penerbit televisyen terkenal, Ruhanie Abd Rahman menjelaskan, jika syarikat produksi masih menilai bakat seninya bersandarkan jumlah pengikut di Instagram sampai bila pun dia tidak berpeluang berlakon kerana tidak mampu berlawan dengan jumlah pengikut pelakon lain yang jauh lebih ramai.
Lebih menyedihkan, Instagram peribadinya yang memiliki hampir 80,000 pengikut baru saja digodam individu tidak dikenali baru-baru ini.
“Bagi saya tak perlulah pelakon seperti saya diukur berdasarkan jumlah pengikut. Alasannya sebab nak hantar kertas cadangan ke stesen TV.
“Kalau macam itu, sampai bila-bila pun saya susah nak dapat tawaran berlakon sebab nak lawan dengan artis-artis sekarang yang jauh lebih tinggi pengikut mereka. Siapalah saya ini.
“Kredibiliti seseorang pelakon perlu diambil kira. Kalau watak utama nak tengok jumlah pengikut saya boleh terima, tapi kalau watak sampingan pun macam itu, susahlah.
“Namun saya bersyukur apabila penyanyi Mawi menawarkan saya berlakon filem Hantu Kuat Ketawa di samping pelawak popular Saiful Apek.
“Saya terus bersetuju tanpa mengetahui bayarannya. Lakonan adalah jiwa saya dan saya sangat rindukan kerjaya ini selepas hampir tiga tahun tiada tawaran berlakon,” katanya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Penyanyi Lagu Syantik, Siti Badriah Sudah Bernikah, Ini Foto Indah Majlis Kahwinya

Penyanyi yang popular dengan lagu Syantik, Siti Badriah atau lebih dikenali sebagai Sibad telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya, Krisjiana Baharudin pada Khamis.
Krisjiana Baharudin juga merupakan seorang pelakon di Indonesia.
Difahamkan, majlis pernikahan pasangan telah dilangsungkan di kediaman keluarga Sibad di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia.
Sama cantik sama padan, pasangan mempelai itu dilihat mengenakan persalinan polos putih mengikut adat Sunda.
Berikut foto sekitar sepanjang majlis berlangsung.
View this post on InstagramA post shared by Siti Badriah (@sitibadriahh) on
View this post on InstagramA post shared by Siti Badriah (@sitibadriahh) on
Terdahulu, pasangan ini berkenalan menerusi sebuah program televisyen dan awal tahun ini, Krisjiana telah melamar Sibad. Keduanya bakal mengadakan majlis resepsi hari ini, 27 Julai 2019.
Foto: Instagram Siti Badriah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI