“Tak Sempat Menutup Aurat, Tapi Sempat…,”- Sharifah Sakinah Perjelas Sebab Tutup Komen Di IG

Share

Terdahulu, pelakon yang sering menjadi kontroversi Sharifah Sakinah telah menutup ruang komen di Instagram sempena menyambut bulan ramadan.

Lantas, tindakan pelakon yang terkenal dengan drama Girlfriend Dari Neraka itu telah menjadi tanda tanya peminat.

Lalu, Sakinah telah memberi penjelasan mengenai perkara tersebut menerusi InstaStory di akaun Instagram miliknya.

“Hi semua lupa nak wishkan dekat korang selamat menyambut ramadan lepas tu the reason why I turn off the comment sebab Sakinah tak nak baca my komen takut terpengaruh pulak.

“So for this ramadan mungkin tak sempat lagi menutup aurat, tapi sempat menutup komen di Instagram, Bubye!,” maklum Sakinah.

Menurut pelakon yang berusia 29 tahun itu, dia telah menutup ruangan komen tersebut kerana tidak mahu terpengaruh dengan kata-kata yang negatif dari netizen bagi menghormati bulan ramadan.

Alahai, macam-macam lah gelagat kelakar Sakinah, apa-apa pun kata Sakinah memang ‘win’ habis!

Sakinah sebelum ini memang sinonim dengan pendekatan yang berterus terang dan sinikal menerusi beberapa postingnya di platform berkenaan.

Video : Instagram Sharifah Sakinah

IKLAN