
Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilannya apabila tidak sempat menemukan anaknya, Laana Haura dengan nenda suaminya yang meninggal dunia, baru-baru ini.
Dia berkongsi berita sedih itu di laman Instagramnya, semalam.
“Innalillahiwainailahirojiun. Baru minggu lepas Fya dapat berjumpa dengan nenda suami di Kelantan.
“Bergurau senda, Cik ajar Fya kecek kelate, maskkan kami nasi minyak layan kami dengan baik dan gembira sangat-sangat dengan kedatangan kami (kami tak balik raya tahun lepas).
“Pagi ni kami dikejutkan dengan pemergiannya. Ya ALLAH sedih yang teramat sebab Cik nak sangat bertemu cicitnya, Laana Haura. Tak sempat kami nak bawak anak kami ke sana, Cik telah pergi.
“Semoga amal ibadahnya, diampunkan dosa-dosa beluau dan ditempatkan bersama para solihin. Aamin. Mohon doa anda semua untuk wanita yang sungguh baik dan mulia hatinya,” tulisnya.
Di ruangan komen, kelihatan ramai yang mengucapkan takziah buat Lufya dan suami.

Di kesempatan ini, MH juga ingin mengucapkan takziah buat Lufya, moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin.
Foto/Instagram: Lufya Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

![[GAMBAR] Wow! Beyonce Sudah Sampai India, Hiburkan Anak Individu Terkaya India Dalam Majlis Kahwin Eksklusif 6 [GAMBAR] Wow! Beyonce Sudah Sampai India, Hiburkan Anak Individu Terkaya India Dalam Majlis Kahwin Eksklusif](https://cdn.mediahiburan.my/2018/12/2-7.png)
![[GAMBAR] Cantiknya Bila Misha Omar Berhijab Di Majlis Ijab Kabul Adik, Sampai PU Azman Hantar Teks Peribadi Sebab... 9 [GAMBAR] Cantiknya Bila Misha Omar Berhijab Di Majlis Ijab Kabul Adik, Sampai PU Azman Hantar Teks Peribadi Sebab...](https://cdn.mediahiburan.my/2018/12/misha-3.png)

