Pelakon, Datuk Fizz Fairuz berpendapat bahawa setiap pelakon tidak semestinya perlu memiliki badan sasa untuk melakonkan watak aksi dengan jayanya.
Jelas Fizz, perkara utama yang perlu dititikberatkan ketika memegang sesuatu watak dalam sesebuah naskah adalah kualiti lakonan yang mampu menarik perhatian penonton.
“Tak semua org blh bawak action movie ngan baik,tak semestinya badan kena ketul2 baru blh buat action movie.. hahaha.
“Acting kena power jgk,bergerak sekali lah.. klu tak,tak aceee lahhh… klu kronie ok,kompom lepas ko ,lepas ko,lepas ko ko… sampai bila2 lah.. so… apa lagi buat sendiri la klu pandai hahahaha. #trowback #coastguardfilm2020,” tulisnya sambil disertakan foto ketika sedang mengadakan pengambaran filem Coast Guard.
A post shared by Dfizzfairuz (@fizzfairuzofficial) on
Malah, filem arahan Hashim Rejab dijangka akan ditayangkan pada Ogos depan yang turut dibintangi Saharul Ridzwan, Fauzi Nawawi, Hazam, Sabri Yunus, Julia Farhana dan Emma Maembong.
“Alhamdulillah, saya teruskan kehidupan seperti biasa,” itu kata usahawan, Mawar Karim apabila ditanya mengenai kehidupannya kini selepas berpisah dengan bekas suami, Fizo Omar Julai tahun lalu.
Katanya kepada MH, fokusnya kini lebih tertumpu kepada bisnes yang diusahakan selain menjaga anak tunggalnya, Wan Maryam Wan Hafizol yang bakal menginjak usia tiga tahun Disember depan.
“Saya teruskan kehidupan seperti biasa sebagai ibu tunggal. Pada masa sama, saya kini lebih fokus pada bisnes dan anak yang masih lagi kecil.
“Kiranya, keutamaan kepada dua perkara itu,” jelas Mawar yang turut akui anaknya yang mesra disapa Cik Yam itu ibarat mengerti situasi yang dilaluinya ketika ini.
“Bagi saya, anak yang semakin membesar ini seolah-olah faham akan sitausi yang berlaku.
“Sedikit demi sedikit, Maryam seperti faham. Misalnya saya kata padanya, Daddy nak datang ambil, dia pun akan cakap okay.
“Malah ada ketikanya mereka buat panggilan video bersama dan kami masing-masing memang ambil kira soal perkembangan Maryam.
“Hubungan kami kekal baik demi anak,” kata Mawar yang sebolehnya mahukan yang terbaik buat permata hatinya itu.
Ditanya mengenai sama ada dirinya sudah sedia untuk kembali berteman dan buka hati terhadap mana-mana lelaki, Mawar punya jawapannya sendiri.
“Masih belum terfikir. Saya belum bersedia kerana anak masih lagi kecil dan pada masa sama, sibuk berniaga.
“Sebolehnya saya mahu berikan tumpuan lebih pada Maryam kerana tak mahu lepaskan momen dia membesar.
“Bagi saya dalam tempoh tiga tahun ini, adalah fasa terbaik untuk anak untuk bersama ibu dan sebaliknya.
“Kalau yang hantar teks menerusi DM di Instagram itu adalah, akan tetapi ia diuruskan oleh pekerja saya.
“Bagaimanapun, saya kerap menerima teks dari kaum wanita yang bertanya serta ingin mendapatkan nasihat dari kalangan ibu tunggal dan mereka yang sedang dalam proses perceraian.
“Ada di antaranya saya balas dan apa yang paling penting saya katakan pada mereka adalah kepentingan anak-anak,” kata Mawar yang turut mendoakan yang terbaik buat Fizo dalam menjalani kehidupan sebagai bapa tunggal.
Sekadar imbasan, Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013, kemudian bercerai talak satu pada 10 Julai tahun lalu.
Foto: Instagram Mawar Karim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Hal tersebut sensitif, tapi bagi saya mereka yang lontarkan komen sedemikian mungkin ada masalah dalam diri.” Itu kata pelakon, Shakilla Khoriri apabila ada warganet yang meninggalkan komen melampau berkaitan ahli keluarga, terutamanya mengenai anak tunggalnya, Ameena di laman sosial.
Shakilla, 30,turut menambah, individu yang normal lazimnya tidak akan memberikan komen yang di luar norma.
“Orang itu mungkin secara luaran dia nampak okay macam kita semua, tetapi hakikatnya, dia ada masalah dengan diri-sendiri atau tak bahagia.
“Kalau masih ada yang beri komen yang pelik-pelik dan sebagainya, saya tidaklah melatah meski ada juga peminat yang tegur mengapa tidak ambil tindakan dan sebagainya.
“Bagi saya, biarlah. Orang itu mungkin ada masalah diri. Cuma pernah satu ketika, bila saya berdepan dengan situasi tersebut, ia jadi besar kerana peminat yang back-up.
“Kemudiannya saya ada teks individu yang beri komen melampau itu dan dia kemudiannya meminta maaf,” katanya yang akui pada peringkat awalnya, dia turut tertekan apabila meneliti setiap komen negatif yang ditinggalkan.
“Ya, pada awalnya memang saya ada melatah juga.Cuma sekarang saya sedar, dalam kalangan kita ada yang punya masalah jiwa. Malah, ada yang komen sebegitu demi mendapatkan perhatian.
“Mereka mengharapkan kita beri respon. Selagi kita tak balas, selagi itu ada yang cuba terus timbulkan provakasi.
“Paling penting, saya dan suami mahu pastikan anak membesar dengan baik, dan saya tidak nafikan dalam situasi sekarang, soal penjagaan dan kebersihan si kecil perlu dititikberatkan secara total,” jelasnya lagi.
Terdahulu, isteri kepada hos dan penyampai radio, Fizi Ali ini ditemui pada majlis Mayua Baby Launch bersama Pa&Ma di Shah Alam, baru-baru ini.
Pada majlis sama, jenama tersebut turut melancarkan empat rangkaian produk bayi iaitu Baby Cream, Baby Lotion, Shower Gel, Spray Hand Sanitizer.
Ia diperbuat daripada bahan selamat untuk bayi dan dirumus khas dengan penjagaan lembut.
Sementara itu, Reni Ismalia Edy selaku Pengasas Mayya Baby menerusi kenyataan media memberitahu kolaborasi mereka bersama Pa&Ma dilihat sebagai satu platform terbaik untuk terus memberi informasi mengenai penjagaan si kecil.
“Bagi saya kesinambungan yang dibawa dalam bentuk majalah oleh Pa&Ma ke dalam bentuk digital dan media sosial telah membuka peluang lebih luas untuk ibu bapa di luar sana mendapat manfaat dari setiap penulisan yang disampaikan kepada ibu bapa dan bakal ibu bapa.
“Ia penting bagi membantu pasangan agar lebih celik dan peka dengan ilmu keibubapaan, kesihatan dan penjagaan bermula dari kehamilan sehinggalah, kelahiran, dari usia bayi sampai anak menginjak ke usia kanak-kanak,” katanya.
Kian ayu dan berdoa agar terus istiqamah apabila mengambil keputusan untuk mengenakan tudung, penyanyi Ernie Zakri ada berkongsi cerita ringkasnya bersama para peminat.
Melayangkan satu status di akaun Twitter, penyanyi Ku Bersuara ini mengenang situasi saat dirinya belum lagi berhijab secara penuh.
“Dulu jarum2 @arishahzaki sepah2 je kita tengok tapi tak heran pun.
“Doakan ya guys, pin pun takda kat rumah ni”, pinta anak saudara kepada Ziana dan Anuar Zain ini.
Sambil peminat mendoakan agar Ernie kekal dengan penampilan barunya itu, peminat turut berkongsikan pengalaman masing-masing.
Terdahulu, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri membuat keputusan berhijab selepas penularan wabak penyakit Covid-19 melanda seluruh dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara, sejak minggu lalu.
Malah jelasnya lagi, hajatnya itu sudah pun terpendam sejak sekian lama dan kali ini ia merupakan masa sesuai dan meminta ramai untuk mendoakan yang terbaik buatnya.