“Tak Sangka Dalam Tempoh Singkat, Kami Dah Jadi Suami Isteri,” – 5 Bulan Kahwini Soffwany, Raja Afiq Setuju Jodoh Itu Rahsia Allah

Share

Pelakon, Raja Afiq tidak menyangka meski tempoh perkenalannya singkat bersama isteri, Soffwany Yusoff, namun atas nama jodoh mereka kini disatukan sebagai pasangan yang sah.

Dia pada pada sama turut berdoa semoga jodohnya kekal sampai bila-bila.

Harapan tersebut dikongsikan pelakon Sayangku Kapten Mukhriz berusia 27 tahun itu menerusi salah satu perkongsiannya di Instagram baru-baru ini.

“Detik-detik perkenalan mcm tak sangka dalam tempoh yg singkat kami dah jadi suami isteri. Rasa mcm tak percaya.

“Betul lah orang selalu ckp yg jodoh tu rahsia Allah. Semoga jodoh kami kekal sampai bila-bila aminnn.

“Love you so much syg @soffwany_yusoff,” tulisnta sambil disusuli dengan hashtag #syra #syukurselalu 

#anugerahterindah #husbandandwife dan #lovestory.

Terdahulu, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 19 September 2020 di Masjid Diraja Tenku Ampuan Jemaah, Shah Alam.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat turut mendoakan yang baik-baik buat pasangan selebriti ini.

Soffwany yang pernah viral kerana nyanyiannya di media sosial bertugas dalam Pasukan Gerakan Udara, Polis Diraja Malaysia.

Foto: Instagram Raja Afiq

IKLAN