Pelakon, Fattah Amin tidak menyangka wataknya di dalam filem seram terbaharu Indonesia, Trinil: Kembalikan Tubuhku telah berjaya menyentuh jiwa peminat di sana.
Menceritakan semula kisah tersebut, Fattah memaklumkan seorang penonton dikatakan telah memukul pelakon utama, Rangga Nattra kerana tidak berpuas hati dengan tindakkannya terhadap Fattah di dalam filem berkenaan.
“Saya pun tak sangka watak ini akan viral di Indonesia. Sewaktu para pelakon membuat promosi di panggung wayang, ada seorang penonton yang menangis beria dan memukul Rangga Nattra.
“Peminat remaja itu terlalu emosi sewaktu menonton filem tersebut. Bagi saya, situasi itu agak menarik.
“Saya tak sangka watak Yusuf boleh memberikan kesan kepada penonton,” katanya kepada MH.
Suami kepada pelakon Nur Fazura itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan persana filem berkenaan yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ads
Dalam pada itu, Fattah turut mendedahkan telah berjumpa dengan peminat cilik tersebut sewaktu membuat jelajah promosi di Jakarta.
“Jadi, bila saya sertai promosi di Indonesia, mereka pertemukan saya dengan peminat tersebut.
“Dia pun gembira bila berjumpa saya dan sanggup datang daripada Bandung.
Bila berjumpa pun dia masih menangis.
“Saya pun hairan kenapa dia masih menangis. Dia masih tak berpuas hati dengan penceritaan itu,” katanya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Fattah menyambut baik respon daripada peminat Indonesia yang menghargai mutu lakonannya.
“Selepas insiden itu, watak Yusuf menjadi perhatian. Saya tengok review di Youtube pun ramai yang suka dengan watak saya ini. Mungkin disebabkan mereka tidak pernah melihat lakonan saya sebelum ini.
“Saya rasa seronok dan bersyukur. Ini pertama kali saya berlakon di Indonesia dan lakonan kita diterima penonton di sana.
“Saya juga menerima banyak mesej salam kenal di Instagram. Mereka nak mengenali saya lagi selepas filem ini,” akhirinya.
Ads
Sekadar informasi, Trinil: Kembalikan Tubuhku merupakan sebuah filem kerjasama diantara syrikat produksi Malaysia, Seven Skies Motion Sdn. Bhd. dengan pengarah Indonesia terkenal, Hanung Bramantyo.
Filem ini menceritakan tentang pasangan suami isteri yang dilakonkan oleh Carmela Van Der Kruk dan Rangga yang mengalami gangguan mistik selepas kematian bapanya.
Pasangan ini diganggu makluk penanggal yang mahu membalas dendam terhadap kematian yang dibunuh dengan kejam.
Selain Fattah, Rangga dan Carmela, filem ini turut membariskan pelakon seperti Wulan Guritno, Shalom Radaze dan Alexzender Wlan.
Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 22 Februari
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara Yatt Hamzah telah ‘membongkar’ rahsianya apabila dia sudah lama tidak menggoreng ayam meski sudah tiga tahun berkahwin dengan Muhammad Zulfadli pada Februari 2016.
Menerusi Instagram miliknya, dia berkongsi pelbagai jenis lauk yang cukup menyelerakan.
“1st time goreng ayam semenjak 3 tahun kahwin! Percaya tak? Ya kan Syg @zul.autkaz betul kan? Kenapa 1st time? Sbb selama ni Grill je semua lauk, x suka goreng, kan grill lebih sihat, lebih enak..
“Tapi semalam Bonda kena rasuk! Tak jumpa daun pudina kat pasar, so x jadi grill. Maka terhasillah idea ayam goreng acah2 #KFC masak lemak cili api ayam, sayur baby kobis (x ingat nama) with shitake mushroom, pulut kukus with bubur serawa durian as dessert. Haaa, kan dah kata Bonda kena rasuk, sampai semua menu bersantan dan bergoreng! Mmg ini jarang berlaku..
“Semua ni gara2 dah habis idea nak masak apa. Padahal nak sediakan menu special utk suami tercinta yg baru balik dr Istanbul. Maka terciptalah MENU TERLEBIH SIHAT ni. Takpe ya suami, sekali sekala kita bersantan.. Lain kali xde dah.. Back to GRILL & KUKUS,” tulis Yatt atau nama penuhnya Haryati Hamzah.
Selepas berhempas pulas hampir lapan minggu, Farhan Mustapha menepati ramalan apabila namanya diumumkan sebagai juara Gimme The Mic Malaysia 2024.
Persembahan konsisten yang dipamerkan hampir setiap minggu dan malam ini membolehkan Farhan membawa pulang hadiah utama RM10,000 sumbangan Astro, USD2,000 daripada Tik Tok, projek album single bersama Rocketfuel dan trofi.
Rezeki malam akhir, Farhan turut membolot Anugerah Gimme The Mic Alha Alfa sekali gus menang wang RM10,000.
Malah, peserta berusia 26 tahun ini juga bakal mengetuai cabaran ke peringkat Gimme The Mic Global bersama lima lagi pemenang Grand Six.
Melengkapkan kedudukan Grand Six itu ialah Jelly Belly, Shazreen Shaharum, Syaffiq Sahli, Ameerais dan Bulan Asyraff.
Kesemua mereka bakal berentap bersama para peserta daripada negara-negara lain.
Pada malam ini, peserta yang layak ke peringkat Grand Six telah pun membuat dua persembahan.
Manakala, cabaran empat peserta lain iaitu Epet, Junllyod Egano, Syamel Hamzah dan Raes terhenti di pusingan pertama konsert finale Gimme The Mic Malaysia.
Kesemua peserta malam ini diadili oleh empat juri tetap yang terdiri daripada artis terkenal iaitu Hael Husaini, Ajai, Yuna dan bintang Indonesia Bunga Citra Lestari.
Konsert finale Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Auditorium CIDB, Cheras dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Sean Lee.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mendendangkan lagu nyanyian Irwansyah berjudul Camelia versi akustik, nyanyian Fad Bocey harus dipuji dan sedap di halwa telinga.
Namun yang menjadi kelakarnya, mata sukar beri tumpuan gara-gara wanita bertopi di belakang yang menganggu pandangan.
Ada sahaja aksi dilakukan, malah kain yang sepatutnya dilipat, asyik dikibas beberapa kali.
“Lagu wajib karok zaman sekolah,spe suke lagu ni????mohon maaf kan auntie belakang sy tu,dia tengah cari surat kabar lama dan barang terpakai,tu topi aku semua dia saukkk”
Sering kali terpalit dengan kisah sensasi, usahawan dan selebriti, Neelofa berharap agar netizen tidak membanding-bandingkan kehidupan masa mudanya dengan apa yang sedang dilalui oleh adiknya, pempengaruh Ameera Khan.