Penyanyi Nora Ariffin menyatakan kesyukuran apabila diberi kesempatan untuk menjadi imam kepada anak-anak dan pembantu rumah untuk menunaikan solat tarawih di rumah.
Jelasnya sebelum ini mereka akan menunaikan solat di masjid dan jarang sekali untuk solat di rumah, namun hikmah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), niatnya beribadah bersama anak-anak dipermudahkan.
“HIKMAH PKP. Tak pernah terfikir utk jadi imam solat terawih utk anak2 & maid di rumah.
“Sebelum ini mmg kami selalu ke masjid. Jarang solat dirumah apatah lagi saya terpaksa jadi imam.
Ads
“Tapi dlm PKP, tak sampai hati membiarkan anak2 abaikan terawih begitu saja, walaupun ibadah sunat.
“Mama bukan terror sgt pun. Tapi niat dihati nak cuba yg terbaik. Namun dgn tunjuk ajar ustaz2 & ustazah2.
Ads
“Cara2 mudah utk jadi imam solat terawih dirumah. Alhamdulilah, tak susah sangat pun. Kita ingat susah sbb nk perfect mcm solat kat masjid.
“Slow2 practice makes perfect. In Shaa Allah. Doakan saya istiqamah,” kongsi penyanyi lagu Di Persimpangab Dilema itu.
Sekadar imbasan, Nora kehilangan suami, komposer Johan Nawawi 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun, sementara anak keduanya, Alif Johan meninggal dunia secara mengejut pada 14 Disember 2019.
Foto : Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Trailer rasmi pertama sequel filem Train To Busan, Peninsula sudah pun dilancarkan.
Rata-ratanya tidak sabar dan teruja untuk menantikan kejutan dan debaran menerusi filem ini yang khabarnya dibawa dalam skala penceritaan yang lebih besar!
Filem arahan Yeon Sang Ho ini dibarisi pelakon seperti Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Lee Re, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, dan Goo Kyo Hwan.
Ia mengisahkan Jung Suk, lakonan Kang Dong Won yang menentang keganasan zombi bersama-sama Min Jung, lakonan Lee Jung Hyun selepas memasuki kawasan tinggal yang dihuni zombi sejurus dijangkiti wabak.
Secara ringkasnya juga, Peninsula bakal membawa penonton kepada latar belakang waktu empat tahun selepas tragedi Train To Busan berlaku.
Mengikut perancangan, filem ini bakal ditayangkan pada musim panas depan, tetapi semuanya pasti bergantung kepada situasi terkini dunia.
Sumber: Kakimuvee, AllKpop
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lagi berbaki dua hari untuk menyambut Ramadan, namun Ariz Forteen berkongsi perkhabaran duka apabila bapanya, Haji Abdul Hamid telah meninggal dunia pada 22 April pada pukul 11.00 pagi.
Walau bagaimanapun tiada sebarang punca dinyatakan.
“Al-fatihah buat pemergian Abah saya, Haji Abdul Hamid bin Haji Ibrahim pada jam 11 pagi tadi.
“Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin,” kongsinya.
Pelawak dan hos, Harith Iskander berkongsi kenyataan yang dikeluarkan Dr Musa Nordin mengenai empat fakta yang harus dititikberatkan dalam menangani penyebaran wabak Covid-19 di Malaysia.
Jelas Dr Musa, barisan menteri seharusnya menunjukkan kepimpinan melalui tauladan kepada rakyat dengan mengadakan jarak sosial, dan tidak sekali-kali membuat kempen dengan sekumpulan besar pertahanan yang kemudiannya disiarkan di kaca televisyen.
Dia turut menegaskan sekatan secara tegas harus diadakan di kawasan merah kes jangkitan Covid-19 tanpa membenarkan mana-mana individu keluar mendapatkan barangan asas.
Malah isu kuarantin diri sendiri di rumah disifatkan sebagai tidak berjaya kerana ia hanya merisikokan keluarga. Jelasnya, individu yang pulang dari luar negara harus diasingkan di tempat tertentu, bukan pulang ke rumah dan kuarantin diri.
Dia memberi contoh yang berlaku di Amerika Syarikat di mana seorang individu dikuarantin di rumah bersama tujuh anggota keluarga dan telah menyebabkan empat anggota keluarga meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.
Dr Musa turut meluahkan kebimbangan terhadap negara jiran, Indonesia. Luahnya Indonesia bagaikan ‘time bomb’ yang boleh meletup bila-bila masa akibat Covid-19. Dia meminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) memperketat kawalan di sempadan agar tiada kemasukan haram warga Indonesia ke Malaysia yang akan menyebabkan risiko jangkitan kluster yang lebih besar.
“Dato Dr Musa Nordin (KPJ) Recorded March 23rd
“The passion is obvious. The concern is real. @drmusanordin examples are clear (family isolation at home of persons returning from overseas doesnt work) and most interesting to me is his third point about Indonesia being a time bomb and the possibility of illegal migration through our borders (I include sea as well as air) of infected carriers … a point I think we all need to start thinking about.
Stay safe!
#FightCovid19
#stayhome,” kongsi pelawak itu.
Terbaru, lebih 200 pendatang tanpa izin (PATI) terdiri daripada etnik Rohingya ditahan di pantai berhampiran sebuah pusat peranginan di Kampung Teluk Nibong, di Langkawi, hari ini.
Etnik Rohingya terdiri daripada 152 lelaki, 45 wanita, empat kanak-kanak lelaki dan seorang perempuan itu ditahan jam 8.45 pagi tadi.
Menurut laporan Harian Metro, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut menyiasat aduan dibuat PATI mengenai pembabitan empat individu sebagai dalang dalam kes penyeludupan migran itu.
Foto : Instagram Harith Iskander
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Haqiem Rusli berpandangan peminat tidak seharusnya berhenti memberikan sokongan kepada artis kesayangan mereka hanya kerana selebriti tersebut memilih untuk mendirikan rumah tangga.