Penyanyi Misha Omar meluah rasa lega selepas dia berjaya mendapatkan kembali akaun Instagram miliknya yang telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab sebelum ini.
Menurut Misha, ini kali pertama dia berhadapan dengan situasi sedemikian.
“Alhamdulillah, akhirnya Kak Mitch dapat balik nama Misha Omar yang telah ditukar kepada nama H. A. Fadil beberapa hari yang lalu. Tidak pernah terfikir akan melalui pengalaman seperti itu,” tulisnya.
Perkara tersebut dimaklumkan penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta itu menerusi hantaran di Instagram.
Lantaran itu, Misha turut mengingatkan ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bila berhadapan dengan situasi serupa.
Ads
“Sesungguhnya hackers itu adalah benar. Kawan-kawan Kak Mitch semua, hati-hati ya. Ambil langkah berjaga-jaga. Semoga kalian terhindar dari perkara-perkara yang tidak baik seperti ini,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Misha turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah membantunya untuk mendapatkan kembali akaunnya itu.
“Terima kasih kepada tangan-tangan yang sangat baik hati menghulurkan pertolongan kepada Kak Mitch! Hanya Allah saja mampu membalasnya. You know who you are!,” akhirinya.
Ads
Dalam perkembangan lain, Misha dijangka bakal membuat persembahan di Anugerah Meletop 2022 yang bakal berlangsung malam nanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu mendedahkan dirinya akan tetap meraikan Aidilfitri demi menggembirakan anak-anaknya meskipun hatinya agak berat kerana ini merupakan kali pertama dia menyabut hari raya tanpa kehadiran isteri yang juga merupakan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, dia juga mahu meraikan kejayaan anak-anaknya yang berjaya berpuasa penuh disepanjang bulan Ramadan ini.
“Tipulah kalau nak saya kata mudah nak lalui semua ini terutamanya ketika menyambut bulan Ramadan dan Syawal. Pada waktu-waktu ini kita banyak luangkan masa bersama keluarga. Tapi nak atau tidak saya kena lalui. Masa tidak akan berhenti berjalan.
“Saya percaya setiap dugaan ini akan ada hikmah yang lebih baik di depanNya nanti. Cuma nak lalui fasa-fasa ini, agak berat sikit bagi saya.
“Saya akan berbincang dengan anak-anak mengenai tema baju raya. Bila fikir semula, saya tak boleh pentingkan diri sendiri dan melayan perasaan saya sahaja sebab anak-anak sangat teruja nak beraya.
“Bulan Ramadan ini pun mereka sangat seronok nak berpuasa. Kesemua mereka berazam nak berpuasa penuh tahun ni. Jadi, saya kena meraikan mereka. Saya juga mahu mereka melupakan sedikit kesedihan itu,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan lawak Sepahtu ini turut menzahirkan rasa kagum dengan kekuatan semangat yang ditunjukkan oleh anak-anaknya untuk sentiasa bercerita mengenai arwah ibu mereka tanpa mengalirkan air mata.
“Keterbukaan untuk bercakap mengenai ibu mereka tanpa menangis membuatkan saya kagum. Mereka siap tanya ‘Raya ni tiada ibu kita nak buat apa dy?’. Yang ‘rabaknya’ saya tapi mereka okay sahaja. Mungkin itu kekuataan yang Allah beri pada mereka.
“Saya bercadang nak beraya lama di kampung kemudian bawa mereka bercuti. Mungkin raya tahun ini kami tidak diraikan di rumah. Juadah pun saya tak akan sediakan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Shuib turut mendedahkan dia juga amat merindukan juadah yang sentiasa disediakan oleh arwah isterinya ketika bulan Ramadan dan Syawal.
“Saya sangat suka air tangan arwah terutamanya pajeri nenas dan kerutup. Baru-baru ini mak mertua saya ada buat tapi saya tak boleh makan.
“Selepas arwah meninggal, ketika saya ingin membersihkan peti ais,rupanya dia memang ada masak pajeri nenas untuk saya. Luruh hati saya pada ketika itu. Saya bukan sakit tapi ia rasa macam susah sangat nak makan. Rasa macam ada yang tak lengkap.
“Apapun, saya tetap kena paksa diri untuk makan sebab saya tak boleh sakit. Tanggungjawab saya demi anak-anak masih lagi besar. Tapi kalau beriya-iya nak makan, perasaan itu belum ada lagi,” jelasnya lagi.
Sekadar informasi, Shuib dan Sarah telah melayari bahtera perkahwinan selama 10 tahun dan dikurniakan empat orang cahaya mata Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan yang baru berusia 9 bulan.
Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada tanggal 9 Ogos tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mengakui gangguan dan sakit misteri yang dialami masih belum sembuh sepenuhnya, personaliti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad bersama isteri, Syafiqah Aina mendedahkan mereka perlu terus kuat serta percaya dengan Allah SWT.
Menurut Hafiz, meski ujian melanda, dia dan isteri cuba untuk terus menyebarkan kebaikan kepada semua orang.
“Melihat kepada keadaan isteri pada ketika itu, sebagai suami saya rasa sedih, marah dan rasa nak berdendam pun ada. Bagaimanapun bila berlaku hal sedemikian, ia buatkan kami sedar bahawa kita tidak perlu balas dengan cara serupa.
“Tapi kita terus usaha, tunjukkan yang kita boleh menjadi lebih baik. Boleh dikatakan kami tidaklah 100 peratus sembuh, tapi kami kuat. Apa sahaja yang mereka lakukan, Allah ada dan kami akan terus berjuang,” katanya.
“Buatlah macam mana pun, kami akan terus sebarkan kebaikan. Allah akan sayang bila kita sebarkan kebaikan. Kalian juga boleh tengok, ramai usahawan yang datang, semuanya orang yang dalam proses ke tahap kejayaan. Jadi kenapa perlu kacau kami.
“InsyaAllah apa pun yang orang akan buat, kami tak kan balas balik. Kami akan terus usaha untuk kejayaan demi kebahagiaan,” katanya ketika ditemui di Ainaa Beauty Annual Gala Dinner di Marriot Putrajaya, baru-baru ini.
Terdahulu, pasangan pempengaruh seikhlas hati menghargai usahawan dengan pelbagai hadiah lumayan termasuk sebuah Proton C50 bersempena dengan ulangtahun kelima Ainaa Beauty.
Pada majlis sama, jenama berkenaan turut memperkenalkan wajah baharu rangkaian produknya dengan reka bentuk botol yang lebih moden, inovatif dan lebih segar.
“Ini merupakan tahun kelima Ainaa Beauty dan majlis ini menjadi malam penghargaan buat usahawan Ainaa yang setia bersama kami. Apa yang kami capai hari ini adalah atas usaha mereka semua juga.
“Rezeki yang Allah berikan bukan untuk saya sahaja, saya percaya ianya untuk dikongsikan dengan mereka yang memerlukan. Bila kita memberi, Allah akan berikan berlipat kali ganda. Itulah formula terbaik untuk orang Islam dan usahawan,” katanya lagi.
Ainaa Beauty turut meraikan individu yang konsisten dan sukses bersama Ainaa Beauty melalui Anugerah Khas Lelaki dan Wanita Inspirasi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Anzalna Nasir mendedahkan anak kedua yang sepatutnya dilahirkan pada 31 Mei lalu akhirnya dilahirkan lada 20 Mei selepas menunjukkan tanda-tanda bersalin awal.
Menurut Anzalna, dia bersyukur kerana semuanya dipermudahkan meski ia bukan daripada tarikh jangkaan sebenar.
“Ingatkan Raya Aidilfitri sahaja mengejut this year, rupanya anak kami pun keluar mengejut!
“Sepatunya due date 31/5 dan last check up on the 20/5 tetapi tiba-tiba… hari check up dia nak keluar terus!
“Alhamdulillah syukur lahirlah anak kami pada hari jumaat yang penuh berkah. Sebenarnya panjang lagi cerita tapi I pendek kan.. to be continued,” tulisnya.
Rumah tangga pelawak dan personaliti televisyen Indonesia, Boiyen, dilaporkan berdepan episod perpisahan apabila beliau memfailkan cerai terhadap suaminya, Rully Anggi Akbar, selepas hanya kira-kira...