“Tak Pernah Tak Sweet,” – Fasha Sandha Terbang Ke Phuket Sambut Birthday Aidil Aziz, Peminat Doa Till Jannah!

Share

Pasangan selebriti, Aidil Aziz dan Fasha Sandha terbang ke Phuket, Thailand bagi meraikan ulang tahun kelahiran Aidil yang ke-32 tahun, semalam (26 Julai).

Berkongsi beberapa keping foto serta video di laman Instagram, kemesraan pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga ini menjadi perhatian ramai.

Menjengah ke ruangan komen menerusi entri yang dikongsikan Aidil, rata-rata peminat mengharapkan kebahagiaan berterusan buat pasangan sama cantik sama padan ini.

Mengimbas kembali, Aidil dan Fasha mendirikan rumah tangga pada 30 Mac lalu. Sebelum ini, Fasha turut mengumumkan perkhabaran sedih apabila dia mengalami keguguran.

Foto: Instagram Aidil Aziz

IKLAN