Bintang realiti, Mat Redho atau nama sebenarnya Redha Rozlan berkongsi foto dia mengibarkan jalur gemilang di atas podium dipercayai setelah memenangi pertandingan Ninja Challenge League di Perth Australia baru-baru ini.

Katanya, sebagai rakyat Malaysia, dia sentiasa berbangga untuk mengibarkan jalur gemilang di atas podium.

“Alhamdulillah. Setakat ni je yg saye mampu. Terima kasih pada wife yg selalu teman n jerit sambil dukung kids kami.

“Kami ada tabung sendiri untuk keluar negara..macam biasa..kalau nak ke competition luar pasti pecah tabung punya..dalam masa sama xpernah pun putus asa cuba nasib untuk ditaja.

“Tak pernah aku lupe bawa kain jalur gemilang ni kemana²..walau pun kecil tapi berat beban nak galas..Alhamdulillah podium.

IKLAN

“#WinningMentality Congrats to @jake.murray  and @cam_dsilva both of you did very well and of coz super ninja’s.. Hope can see you around the ninja competition again haa.

“Hope to see you again next year. #nclfinals2018,” tulisnya di Instagram.

“Tak Pernah Aku Lupa Bawa Kain Jalur Gemilang Walaupun…”- Mat Redho “Tak Pernah Aku Lupa Bawa Kain Jalur Gemilang Walaupun…”- Mat Redho

IKLAN

Dalam pada itu, Mat Redho juga turut berkongsi video dia melakukan cabaran-cabaran sukar dalam program tersebut.

“-Final- Alhamdulilah competition is over. It’s a super nice experience for us with american ninja warrior , germany ninja warrior, australian ninja warrior, Singapore Ninja competitors and other international ninjas.

“The competition run so professional and world class level. Hope to see you again next year,” tulisnya.

IKLAN

Susulan itu, kelihatan ramai netizen mengucapkan tahniah kepadanya.

“Tak Pernah Aku Lupa Bawa Kain Jalur Gemilang Walaupun…”- Mat Redho “Tak Pernah Aku Lupa Bawa Kain Jalur Gemilang Walaupun…”- Mat Redho

Wow! Pencapaian yang sangat membanggakan. Apa-apapun, tahniah sekali lagi buat Mat Redho.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI