“Tak Pernah Ada Niat Nak Tiru Nabila Razali,” – Aliff Syukri

MH memang tabik dengan semangat dan kesungguhan pengasas produk d’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri yang tidak putus-putus promosikan single sulungnya, Abang Nak Tegur. Biar pun ditimpa macam-macam kecaman khasnya apabila mendapat antara dislike tertinggi bagi sesebuah muzik video di Malaysia menerusi YouTube, namun Aliff nyata positif.

Baginya, setiap kecaman yang hadir ibarat satu semangat buatnya untuk terus maju dalam nyanyian. Malah, Aliff ketika ditemubual MH juga mengakui, Abang Nak Tegur bukanlah satu signal buatnya untuk serius menyanyi. Tiada niat bersaing jauh sekali untuk cipta nama sebagai penyanyi.

IKLAN

“Saya buat lagu tu bukan nak bersaing dengan penyanyi sedia ada. Saya masih sedar diri. Cuma kerana minatlah saya cuba lancarkan single. Tak sangka pula lagu yang turut menampilkan Sajat itu mendapat kecaman dan reaksi pelbagai daripada pendengar. Saya okay sajalah. Cuma gara-gara kecaman yang diterima itulah, saya cuba lancarkan pula Abang Nak Tegur 2.0 yang menampilkan isteri saya. Tengok macam mana dia boleh pergi,” katanya kepada MH.

Sehingga kini, muzik video berkenaan sudah pun ditonton hampir tiga juta tontonan dengan mendapat hampir 300,000 likes sejak dimuat naik minggu lalu.

IKLAN

“Sebelum ini, memang tak sangka versi asal dapat unlikes tertinggi. Meski ada yang anggap ia sebagai satu penghinaan, tetapi saya rasa syukur juga sebab sekurang-kurangnya lagu tu pun sudah cecah jutaan tontonan. Tak suka tapi tetap tengok. Macam mana tu?,” soal Aliff yang turut menafikan dia sengaja melancarkan versi 2.0 sebagai gimik.

 

“Macam saya beritahu, saya buat kerana mendapat kecaman netizen. Bukan nak buat gimik. Ada juga yang kata saya nak tiru Nabila Razali yang buat gimik sebelum muzik videonya keluar. Tak pernah ada niat nak tiru Nabila Razali. Tapi Alhamdulillah, sekurang-kurangnya bila sudah lancarkan versi kedua tu, ramai yang dah mula suka dengan lagu tersebut,” akhiri Aliff yang baru sahaja mengadakan sidang media single tersebut bersama KRU di Flora Terrace, Kuala Lumpur baru-baru ini.