Pelakon dan usahawan, Sherry Ibrahim,35, mengakui dia tidak melihat pendekatan eksentrik dengan melakukan sesuatu yang viral merupakan caranya di dalam perniagaan kosmetik dan tudung yang diusahakannya kini.

Katanya kepada MH selepas ditemui di majlis hi-tea bersama stokis terpilih Deeja Cosmetics di Talent Lounge, Damansara Perdana baru-baru ini pelakon filem Maut ini menjelaskan, slogan label kosmetiknya iaitu ‘Keayuan Semula Jadi’ adalah sebagai simbolik kepada apa yang dilakukannya kini.

Tak Perlu Viral Atau Gimik Untuk Dapat Perhatian, Sherry Ibrahim Ada Cara Tersendiri Nak Lariskan Produk

“Macam mana orang tengok Deeja, macam itu jugalah Sherry. Bagi saya, pendekatan seseorang bagi melariskan produk itu berbeza-beza dan saya hormati setiap strategi yang dilakukan rakan niaga yang lainnya.

 

Cuma bagi saya, slogan ‘Keayuan Semula Jadi’ itu sudah pun menggambarkan segalanya. Tidak perlu gimik kerana saya percaya kalau sesuatu produk itu bagus dan berkesan, pembeli itu akan datang dan menggunakannya.

 

“Tak perlu viral untuk mendapatkan perhatian kerana kami lebih percaya kepada pendekatan yang saya sebutkan tadi,” jelas Sherry yang turut mengusahakan jenama tudung sendiri,Sherry Scarves.

Tak Perlu Viral Atau Gimik Untuk Dapat Perhatian, Sherry Ibrahim Ada Cara Tersendiri Nak Lariskan Produk

IKLAN

Bercakap mengenai apakah projek terbarunya selepas ini, pelakon drama rantaian, Teduhan Kasih ini juga tidak merancang untuk kembali aktif dalam lakonan dalam asa terdekat kerana perlu memberi komitmen bisnes.

“Banyak yang kami sudah pun rancang, khasnya menjelang Ramadan nanti. Misalnya kami akan melakukan siri Jelajah Pagi Gegar Deeja. Selain saya dan wakil Deeja yang lain, beberapa selebriti terpilih akan turut sama turun padang ke beberapa buah lokasi bagi sesi ramah mesra bersama pengguna,” kongsi Sherry optmis.

Tak Perlu Viral Atau Gimik Untuk Dapat Perhatian, Sherry Ibrahim Ada Cara Tersendiri Nak Lariskan Produk

IKLAN

Foto: Instagram Sherry Ibrahim

IKLAN

Min akui, Sherry ni ialah antara pelakon yang boleh menyanyi. Sedap suara dia!

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 15 April 2018

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI