Diam-diam ubi berisi. Itulah yang boleh diperkatakan buat pengacara dan pelakon, Henry Golding yang kian menyusun langkah bergaya di arena perfileman di Hollywood apabila sekali lagi, dia mendapat kepercayaan penggiat seni antarabangsa apabila mengumumkan bakal memegang watak utama menerusi sebuah filem berjudul Monsoon.

Filem tersebut kahabrnya akan diarahkan pengarah asal Cambodia, Hong Khaou dan berita mengenai perkahabaran tersebut turut mendapat liputan meluas media di negara Uncle Sam itu.

Menerusi Instagram peribadi sehari lalu, Henry, 31, menyifatkan peluang yang diterima merupakan sesuatu yang tidak boleh ditolak, lebih-lebih lagi selepas membaca skrip filem berkenaan, yang juga ditulis pengarah prolifik itu.

Tak Perlu Kecoh-Kecoh, Henry Golding Sah Bakal Jadi Hero Filem Hollywood…Aksi Antarabangsa Yang Ketiga!

IKLAN

Malah, posting yang dimuat naik Henry turut mendapat ucapan tahniah dari para pengikut, termasuk rakan selebriti.

“Monsoon berjaya membuatkan saya terus jatuh cinta. Serta-merta saya tahu saya mesti menjadi sebahagian daripada filem itu. Hong pernah menghasilkan filem yang sangat mengagumkan pada 2014 berjudul Lilting. Saya tidak sabar mahu terbabit dalam projek seterusnya itu.

 

“Terima kasih buat yang tidak putus memberi tunjuk ajar dan percaya dengan kemampuan saya. Kamu tahu siapa kamu,” tulisnya di Instagram.

Sebelum ini, bintang kacukan Iban-Inggeris itu turut bergandingan dengan aktres popular Blake Lively dan Anna Kendrick menerusi filem misteri thriller A Simple Favor arahan Paul Feig yang bakal ditayangkan di pawagam pertengahan September depan.

IKLAN

Di dalam filem itu, Henrty memegang watak sebagai Sean Nelson, iaitu suami kepada Emily (Blake Lively).

Tak Perlu Kecoh-Kecoh, Henry Golding Sah Bakal Jadi Hero Filem Hollywood…Aksi Antarabangsa Yang Ketiga!

IKLAN

Malah, Henry juga turut terlibat di dalam sebuah lagi filem adaptasi antarabangsa, Crazy Rich Asian yang akan ditayangkan pada Ogos ini.

Selainnya, turut sama beraksi di dalam filem komedi berkenaan ialah Constance Wu, Gemma Chan, Lisa Lu dan ramai lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=mMBlS8WKoic

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI