Penyanyi dangdut popular, Mas Idayu lebih senang jika namanya tidak dibanding-bandingkan dengan barisan juri profesional mana-mana program realiti nyanyian yang lain di negara ini.
Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun berkata, sepanjang berada di kerusi juri, dia hanya memberikan fokus terhadap input yang akan diberikan kepada peserta bertanding.
Malah dia juga tidak pernah mempertikaikan cara penjurian orang lain.
“Tak perlu pun nak membanding-bandingkan. Saya hanya menjadi diri sendiri. Saya pun tak nak jadi orang lain. Saya tak pernah memberikan komen terhadap kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang menjadi juri.
“Pernah ke anda dengar saya komen juri di program lain. Sekali pun saya tak pernah kacau orang tapi diri saya ini ramai yang kacau sebab mereka tak suka cara saya.
“Apa yang boleh saya buat? Dalam dunia ini, bukan kita hidup seorang. Ada ramai di sekeliling kita. Jadi, saya memang kena tempuh perkara ini sama ada suka atau tidak,” katanya kepada MH.
Ads
Mas Idayu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media single terbaharunya, Harum Mekar Di Hati di Red Box The Curve, Petaling Jaya, pada Khamis.
Penyanyi lagu Selangit itu juga memilih untuk tidak melayan provokasi sinis segelintir pihak yang memintanya untuk menyertai pertandingan nyanyian bagi membuktikan kredibilitinya.
“Tak perlulah. Saya sudah tidak layak nak masuk pertandingan. Saya tak perlu nak menjatuhkan diri. Lagipun, saya masih relavan di dalam industri. Bukannya nama saya sudah tiada.
“Hanya kerana komen netizen, saya nak kena dengar cakap mereka ke? Perkara ini terjadi sebab ada yang tidak berpuas hati. Bila sudah meningkat usia, bukan sahaja menyanyi, bercakap pun suara kita akan menggigil.
Ads
“Apa yang saya kongsikan ketika menjadi juri adalah melalui pengalaman sewaktu saya berjaya dahulu. Terpulang nak ikut atau tidak.
“Kejayaan yang saya kecapi dahulu, belum tentu anda boleh dapat. Saya duduk di kerusi juri itu bukan saja-saja. Saya pernah menang Anugerah Industri Muzik dan Artis Dangdut Terbaik,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, juri Famili Duo musim keempat ini juga akui dirinya sudah lali dalam berhadapan kecaman sepanjang lebih sedekad bergelar juri.
Ads
“Sepanjang menjadi juri, sejak isu Sissy Iman dan Thamira, memang saya jadi sasaran. Pada saya, biarlah saya yang kena. Jangan peserta saya. Saya sudah biasa dimaki.
“Sepanjang 12 tahun ini, hati saya sudah kental. Jangan kacau peserta saya. Saya pula sejenis yang tidak melayan,” akhirinya.
Terdahulu, Mas Idayu baru sahaja melancarkan single terbaharunya itu yang mempunyai elemen genre pop rock.
Ia mendapat sentuhan komposer terkenal, Ajai manakala penulis liriknya pula ialah Raizo Almirez.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Dunia sukan dikejutkan dengan kematian tragis Sophie Hediger, atlet luncur papan salji Olimpik Switzerland yang terkorban akibat kejadian lungsur salji di Resort Arosa, Switzerland pada 23 Disember 2024.
Kejadian malang itu berlaku ketika Sophie melakukan aktiviti snowboarding di resort Arosa, yang terkenal dengan landskap bersalji dan aktiviti ski.
Walaupun pasukan penyelamat bertindak pantas, wanita berusia 26 tahun itu hanya ditemui selepas kira-kira dua jam pencarian dilakukan dalam keadaan tidak bernyawa.
Pihak berkuasa tempatan kini sedang menyiasat punca dan situasi di sebalik kejadian ini. Resort bersalji seperti Arosa sering menghadapi risiko lungsur salji terutamanya semasa perubahan cuaca ekstrem.
Persekutuan Ski Switzerland menyamapaikan kesedihan mereka atas pemergian altlet terkenal itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Swiss-Ski, Walter Reusser berkata, “Kami sangat terkejut, dan fikiran kami bersama keluarga Sophie. Kami ingin menyampaikan ucapan takziah yang tulus.”
Kematian Sophie merupakan kehilangan besar kepada komuniti snowboarding dan dunia sukan secara keseluruhan. Legasinya sebagai seorang atlet yang gigih dan berbakat akan terus dikenang.
Imbas kembali, Sophie merupakan peserta dalam acara luncur papan salji silang semasa Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing dan turut bertanding dalam acara pasukan campuran.
Dalam musim 2023-2024, Sophie mencapai kejayaan besar apabila meraih dua tempat di podium dalam siri Piala Dunia Snowboard, termasuk kedudukan kedua di St. Moritz pada Januari lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia pelancongan dan juga kandungan digital Malaysia kehilangan seorang pempengaruh popular, Nazirul Hakim, yang meninggal dunia pada malam Khamis.
Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Azmeer Iskandar yang juga pencipta kandungan di laman Instagramnya.
“Innalillahiwainnailaihirojiun, sama-sama sedekahkan Al-fatihah buat sahabat kita @iamnazirul yang telah kembali ke rahmatullah. I’m speechless,” tulisnya di Instastory.
Punca kematian pempengaruh terkenal itu dipercayai akibat jangkitan kuman yang dihidapinya. Perkara ini dokongsi sendiri oleh seorang lagi pempengaruh, Akhi Fairuz, menerusi hantaran di Instagram.
“Telah pergi sahabat saya @iamnazirul ke negeri abadi jam 10 lebih malam tadi. Dari awal Disember beliau telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman,” kongsinya.
Nazrul Hakim atau nama penuhnya Muhammad Nazirul Hakim Arman terkenal di media sosial sebagai pempengaruh yang banyak berkongsi tentang kandungan berasaskan pelancongan.
Kandungan tentang suasana kehidupan kampung dan keindahan seni bina tradisional melayu, pekan-pekan kecil yang dihasilkan mendapat perhatian masyarakat dalam dan luar negara.
Menghembuskan nafas terakhir pada usia 29 tahun, Nazirul pernah dinobatkan sebagai Key Opinion Leader (KOL) of The Year oleh Kerajaan Negeri Perak tahun ini.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Wani Kayrie akui teruja dengan respon yang diberikan oleh orang ramai terhadap single terbaharunya yang berjudul Aiman Tino.
Menurut Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, dia menganggap karya terbaharunya itu berjaya mencipta impak meskipun ada pihak yang memberikan kritikan.
“Alhamdulillah lagu Aiman Tino baru sahaja dilancarkan. Walaupun menerima pelbagai kecaman tapi bagi saya ia adalah satu kejayaan bila ramai yang bercakap mengenai lagu itu.
“Meski ada yang tak suka, tetap ada yang sukakan juga lagu ini kerana muziknya yang menarik dah lagunya sangat mudah untuk dihafal.
“Jadi, saya sangat bersyukur,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Wani akui pendengar mempunyai citarasa mereka yang tersendiri namun, ini merupakan percubaanya untuk mencuba haluan muzik yang baharu.
“Biasalah, mungkin mereka tak biasa dengan genre baru saya ini. Kebanyakan mereka sudah terbiasa dengar lagu-lagu lama saya.
“Ada juga yang bertanya, kenapa keluarkan lagu Aiman Tino ni? Kenapa tak buat lagu yang lebih hebat? Pada saya, ini hanyalah muzik sahaja.
“Yang paling penting adalah kita sokong antara satu sama lain dan hargai setiap karya yang anak seni lakukan,” katanya lagi.
Pada masa sama, penyanyi lagu Jangan Jangan ini turut memaklumkan dia sudah pun berhubung dengan penyanyi, Aiman Tino untuk menggunakan namanya sebagai tajuk lagu.
“Semestinya pihak pengurusan saya sudah meminta izin dengan pihak Aiman Tino. Malah, mereka juga sudah bersetuju dan tiada sebarang masalah.
“Sebagai penyanyi sendiri, saya juga ada berhubung dengan Aiman secara peribadi. Selebihnya, terpulang kepada penerimaan masing-masing,” akhirnya.
Terdahulu, ‘Aiman Tino’ merupakan sebuah karya yang diciptakan sepenuhnya oleh Ezra Kong. Sehingga kini, lagu tersebut telah pun meraih lebih 150,000 tontonan di Youtube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Kredit Foto: Instagram Wani Kayrie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal Hollywood, Jessica Alba, mengakui beliau terkilan dan menyesali adegan bogel yang terpaksa dilakonkannya dalam filem Fantastic Four kira-kira 20 tahun lalu.
Jessica, 43,...