Pelakon, Fasha Sandha kini kelihatan semakin bahagia setelah bergelar isteri kepada pelakon, Aidil Aziz pada 30 Mac lalu.
Menerusi entri terkini Fasha di Instagram, pelakon berusia 35 tahun ini telah berkongsi momen ketika meluangkan masa bersama keluarga di taman tema air, Sunway Lagoon.
“Terima kasih @sunwaylagoonmalaysia, the kids had so much fun! Takyah pi jauh2, dekat2 pun dah happy Thanks Mucha Nanni temankan kami @mamasandha #latepost #latergram #iburayfalraysha,” tulisnya.
Isteri kepada pelakon Datuk Aaron Aziz iaitu Datin Diyana Halik terharu apabila Aaron sanggup menikmati makanan yang disediakan meski dalam keadaan penat.
Malah, ibu kepada tiga orang anak itu turut menghargai pengobanan suaminya yang sentiasa bekerja keras untuk keluarga.
“Alhamdulilah… Sebagaimana kita para isteri ingin dihargai, suami kita juga patut dipeluk dan berterima kepadanya atas semua kebaikan dan kerja keras mereka. Semoga Allah sentiasa menjaga suamiku dari segala bahaya. “Dua hari yang lalu dia pulang dari kerja dan MeleTOP, kelihatan sangat letih sampai nak makan pun dia tidak dapat membuka matanya.
Dalam pada itu, Diyana mengharapkan agar anak-anak turut memahami kerjaya bapanya yang sentiasa padat dengan aktiviti bergelar selebriti.
“Saya harap anak-anak kita akan menghargai bapa mereka. Anak-anak, mohon memahami keadaan bapa kamu apabila dia letih, faham ketika dia berkata tidak, faham ketika dia tidak dapat mengambil kamu dan faham jika apa sahaja yang dia lakukan semuanya adalah untuk keluarga. “Terima kasih. Sayang awak. @aarondwiaziz. Satu-satunya perkara yang lebih baik daripada mempunyai awak sebagai suami adalah anak-anak kita mempunyai awak sebagai bapa mereka. Alhamdulilah, terima kasih Allah S.W.T,” tulisnya.
Pelakon dan pengacara, Lisa Surihani ada mendedahkan berat badannya menerusi salah satu pertanyaan peminat di ruangan komen pada satu posting yang dimuat naik di laman Instagram, baru-baru ini.
Respon Lisa, berat badannya boleh mencecah sekitar 48kg hingga 49kg. Dan mengakui masih perlu untuk menjaga pemakanannya.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, rata-rata peminat memuji penampilan dan seterusnya bertanya kepada ibu kepada dua cahaya mata itu tips mendapatkan tubuh ideal.
Bukan mudah merawat hati, namun hanya kepada Allah tempat kita mengadu.
Penyanyi Lufya Omar berkongsi penawar sakit hati seperti yang diajar Rasulullah SAW agar mampu untuk ‘sembuh; daripada apa sahaja jenis kesakitan.
Kongsinya, dalam apa sahaja yang dilalui, kehadiran sahabat baik yang solehah untuk terus memberi nasihat amat penting untuk melalui hari-hari duka.
“Penawar Sakit Hati Yang Diajarkan oleh Rasulullah;
1. Muhasabah diri. 2. Menjauhkan diri dari sifat amarah dan benci 3. Memupuk sifat pemaaf 4. Husnuzon (bersangka baik) 5. Ikhlaskan diri dan redho
“Ditambahkan lagi dengan kehadiran sahabat baik yang solehah yang boleh memberi nasihat yang baik, insyallah kita akan cepat ‘sembuh’ dari kesakitan apa pun.
“Amalkan membaca surah Ar Rahman untuk mendapatkan kasih sayang Allah. Allah akan aturkan orang-orang yang tulus ikhlas melahirkan kasih sayangnya terhadap kita. Believe.
“Walaupun gambar korang tak ada di sini tapi nama kamu semua di. ku dan fya doakan kita semua diampunkan dosa-dosa dan dimasukkan ke syurga tanpa hisab. Aamin,” kongsinya panjang lebar.
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...