Setelah memutuskan untuk menetap bersama suami yang ketika ini sedang berkhidmat di bumi Australia, pengacara, Dayah Bakar sering kali berkongsi aktiviti-aktiviti hariannya buat tatapan para peminat.
Terbaru, Dayah ada memuat naik suasana pemandangan indah ketika sedang bersiar-siar bersama keluarga kecilnya di Weston Park, Canberra.
Menurut Dayah, suasana di taman tersebut kelihatan amat tenang dan pemandangan sekelilinya juga boleh diibaratkan seperti lukisan yang cantik.
“Assalamualaikum semua. Sharing with all of you a glimpse of Allah’s creation, dan hopefully buat korang rasa tenang dan a bit relax to start the day .
“Bila Dayah di sampai Weston Park, Dayah tak stop cakap “ Ya Allah cantiknyaaa, masha Allah subhanallah”. Looks like a painting but it’s real,”
Ads
Dikesempatan itu juga, bekas pengacara program, Borak Kopitiam ini turut menjelaskan mengapa dia sekeluarga sering kali dilihat tidak mengenakan topeng muka apabila melalukan aktiviti di luar.
Jelas Dayah, para penduduk di bandar Canberra sebenar sudah tidak perlu lagi untuk memakai topeng muka kerana kawasan tersebut sudah berbulan-bulan tiada kes melibat wabak Covid-19.
Bagaimanapun, ibu kepada seorang anak ini turut memberi tahu, meski pun kes di sana sudah mencecah angka sifar, mereka tetap harus mematuhi beberapa prosedur operasi standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan negara tersebut.
Ads
“Anyway, Dayah dapat banyak sangat soalan tak perlu pakai mask ke dekat sini, tak ada covid ke? Let me answer once and for all ya. Dekat Canberra dah months tak ada case Covid.
“Tidak perlu pakai mask, but they still practise SOP seperti social distancing , sanitize tangan selalu. (walaupun 0 case , reminder is everywhere). I hope this explains!” jelasnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja selain turut berdoa semoga negara kita juga akan bebas daripada wabak Covid-19 tidak lama lagi.
Ads
Terdahulu, Dayah dan suaminya Kapten Muhammad Hanif telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 Jun 2018.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Achbar Muhammad Fahri yang lahir pada 17 Ogos tahun lalu.
Sumber: Instagram Dayah Bakar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, perkhidmatan penstriman media, Over The Top (OTT) bukan sahaja memudahkan akses bagi penonton menikmati filem, muzik, drama dan pelbagai kandungan digital, malah harga berpatutan ditawarkan merangkumi penggunaan lebih meluas.
Apatah lagi, dengan kekangan pandemik COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan, ramai yang memilih hiburan di hujung jari sahaja.
Lalu, telefon bimbit yang mempunyai akses internet boleh menstrim filem dan pelbagai kandungan digital di mana sahaja.
Mengambil peluang pada masa yang tepat, Mbits Digital Sdn Bhd memperkenalkan saluran Popcorn menerusi PLAY yang juga platform penyiaran digital tele-virtual OTT pertama dalam industri penyiaran di Malaysia.
Seperti aplikasi digital lain, PLAY boleh dimuat turun menerusi laman web, PLAY, Apple, Huawei dan Google Store.
Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Mbits Digital, Saraleana Nattaya Azmi, berkata, perbezaan PLAY dan penyiaran lain di Malaysia adalah kemudahan akses kepada kandungan digital, filem, muzik dan drama yang disediakan.
“PLAY adalah penyiaran digital baharu dan secara teknikalnya, PLAY seperti stesen televisyen (TV), cuma bezanya kami memilih platform penyiaran digital bukan penyiaran secara satelit.
“Kalau mahu membayangkan aplikasi digital yang sedia ada, ia seperti gabungan stesen TV, Netflix dn Spotify disebabkan kepelbagaian kandungan yang disediakan,” katanya.
Turut serta pada sesi pelancarannya ialah pengasas bersama yang juga Ketua Pegawai Strategik Mbits Digital, CL Hor dan Ketua PLAY, Ian Chin.
Dari segi jenis kandungan, Saraleana berkata, pengguna boleh menikmati pelbagai kandungan seperti Video On Demand, muzik, konsert secara langsung, saluran pengeluar kandungan tempatan dan antarabangsa.
Semua ini boleh didapati pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui pelbagai jenis peranti.
“Tidak hanya filem, drama bersiri dan sebagainya, PLAY membolehkan pendengar menikmati senarai muzik dan podcast tempatan dengan memasangkan ke mana-mana peranti.
“Istimewanya, PLAY menampilkan pelbagai saluran berita tempatan dan antarabangsa, termasuk siaran langsung saluran sukan seperti bola sepak, perlumbaan kuda, games dan banyak lagi.
“Sehingga kini, pengguna PLAY boleh menonton drama K-Pop dan Asia yang menyediakan lebih 8,000 jam tontonan dengan pelbagai drama dan filem menarik,” katanya.
Malah memetik Berita Harian, PLAY turut memberi manfaat buat pengeluar kandungan bagi menjana pendapatan dengan menawarkan kandungan percuma untuk ditonton, bayar setiap kali menonton dan koleksi yang ditonton.
“PLAY dibina untuk produser kandungan sebab kami mempunyai elemen seperti panggung wayang. Kita sedia tahu karya tempatan perlu bersaing dengan filem antarabangsa untuk satu tempoh tayangan. Disebabkan itu, kebanyakan produser beralih kepada pawagam di rumah.
“Sekiranya produser mempunyai karya, mereka boleh menayangkannya menerusi PLAY.
“Caj seperti panggung wayang dikenakan, tetapi tayangannya diberi tempoh selama setahun. Ini adalah inisiatif PLAY untuk memberi manfaat kepada produser.
“Selain itu, kami memperkenalkan sistem PLAY Tiket iaitu konsep baharu yang membolehkan penonton membayar setiap kandungan seolah-olah membeli tiket di panggung wayang,” katanya.
Lebih menarik, PLAY membina platform Popcorn kerana mahu menyokong pengeluar kandungan tempatan dengan menawarkan tingkap digital ke dunia global. PLAY sudah memiliki 16 rakan strategi platform digital pelbagai pilihan di seluruh dunia.
Menerusi platfom Popcorn, katanya, ia boleh mempamerkan pelbagai budaya, bahasa, warisan, seni dan hiburan di Malaysia tanpa perlu membayar kos yang tinggi untuk memiliki platform atau saluran sendiri.
Saraleana berkata, usaha berkenaan dilakukan bagi mengembangkan kandungan tempatan ke peringkat global. PLAY boleh dijadikan landasan untuk mengangkat karya tempatan ke luar negara.
“Dunia tanpa sempadan melalui platform digital. Mengapa kita sebagai rakyat Malaysia harus ketinggalan zaman dan hanya bergantung pada platform digital antarabangsa?
“Sebagai penyiar tempatan, kita harus berkembang dan menyesuaikan diri dengan trend global ke arah digital. Inilah sebabnya kami memajukan PLAY.
“PLAY akan mempamerkan dan mengembangkan kandungan Malaysia ke seluruh dunia. Ia disesuaikan dengan keperluan digital yang semakin meningkat.
“Amat bermanfaat bagi pengguna dan pengeluar kandungan mempunyai platform alternatif untuk menikmati kandungan dan menjana pendapatan pada peringkat antarabangsa.
“Kami mahu menjadikan PLAY sebagai platform glokal untuk mempamerkan kandungan Malaysia dan Asia ke seluruh dunia. Kisah budaya dan warisan lebih baik diceritakan oleh kita sendiri,” katanya lagi.
Meski PLAY turut menawarkan pengguna pelbagai kandungan antarabangsa, Saraleana menjelaskan, platform itu lebih fokus kepada kandungan tempatan dan Asia, selaras dengan usaha mengangkat karya tempatan.
Justeru, katanya, bagi menggalakkan orang ramai merasai pengalaman berhibur di hujung jari, PLAY memberi pengguna akses percuma selama tiga bulan, sejak awal bulan ini.
“Selepas tiga bulan, pengguna perlu melanggan dengan hanya bayaran RM5 sebulan untuk mengakses semua kandungan termasuk kandungan premium terpilih. Kandungan premium lain tertakluk kepada pilihan pengguna untuk melanggan dan menikmati.
“PLAY bukan sahaja platform penyiaran, malah ia adalah penyiaran OTT tele-virtual digital yang memberikan pengalaman hiburan tanpa henti dengan harga berpatutan.
“Pendaftaran PLAY semudah pengisian borang digital menerusi aplikasi berkenaan dan seterusnya, membuat pilihan tiket dan pelan yang disukai,” katanya yang turut mendasarkan lebih 100,000 pengguna dalam tempoh enam bulan akan datang.
Lalu, PLAY diharap dapat menarik orang ramai menggunakan penyiaran digital tele-virtual dalam satu platform.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee mendedahkan sesuatu yang mengejutkan apabila menjadi mangsa dengki hingga disihir.
Perkara itu dimaklumkan bintang berusia 30 tahun ini menerusi satu hantaran terkini dalam bentuk video di Instagram.
Menerusi video dimuat naik, Andi atau nama sebenarnya, Andi Azrul Andi Mapangile menunjukkan dua paku karat dalam mangkuk berisi kuning telur yang difahamkan telah ditarik daripada bahagian tekaknya.
Malah, seekor bangkai katak kering juga ditemui atas bumbung kediamannya.
“Allhamdulillah, terima kasih awak. Saya tak tahu apa salah saya pada awak. Apapun ini semua ujian Allah,” tulisnya pada ruangan kapsyen yang sudah menerima tontonan lebih 300,000 itu.
Sementara itu memetik BH Online, Andee menjelaskan ia bukanlah kali pertama perkara seumpamanya berlaku.
“Ini bukan kali pertama saya kena sihir. Saya penat merasa kesakitan yang dahsyat sekitar dua tiga tahun lalu. Hinggakan saya terpaksa pergi berubat di Jogjakarta, Indonesia.
“Sebelum ini, saya pernah termakan benda kotor yang diletak dalam makanan. Dan, saya terkena lagi beberapa hari lalu buat kali kedua.
“Rakan serumah terpaksa memanggil ustaz untuk mengubati saya selepas Asar, petang semalam.
“Saya susah nak lelap mata serangan kali ini. Mata rasa nak tutup, tetapi tidak dapat tidur. Saya berjaga sepanjang malam dan hanya tidur pada sebelah pagi. Selera makan bertambah hingga perut menjadi buncit ,” katanya.
Penyanyi lagu Satu Peluang dan Donde itu turut mendakwa, dia menjadi mangsa dengki seorang wanita.
“Sejujurnya, saya tak mahu percaya semua ini. Saya cuba kuat, namun tewas juga. Kali ini, saya tak sedar diri ketika dirasuk hingga ustaz datang mengubati.
“Rakan serumah memaklumkan saya meraung dan memekak tak ingat dunia. Ustaz memaklumkan wanita yang dimaksudkan pernah bekerja dengan saya. Cuma, tidak dijelaskan sama ada di kalangan artis atau sebaliknya.
“Ustaz akan datang berubat ke rumah selama tiga hari. Setakat ini, insya-Allah saya semakin okay,” katanya.
Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu berkata, dia jenis tidak gemar bersosial dan banyak menghabiskan masa di rumah.
“Saya suka buat hal sendiri, tak melepak di luar atau bersosial. Saya tak tahu apa salah saya hingga diperlakukan seperti ini. Saya anggap ini ujian Allah,” katanya lagi.
Sementara itu, menerusi Insta Story Andi turut meminta diberikan ruang dan mengakui dirinya memerlukan rehat.
Foto: Instagram Andi Bernadee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Ramona Zamzam mengakui dirinya berada agak bengang dengan tindakan seorang individu yang secara terbuka menghina penampilan penyanyi muda, Vanessa Reynault.
Jelas Ramona, budaya tersebut amat membimbangkan terutamanya buat para ibu bapa yang sedang bertungkus lumus dalam membesarkan anak-anak.
Katanya lagi, perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku memandangkan ketika ini kita sudah pun memasuki tahun 2021.
“It’s 2021 and this is still happening. Rude, so rude. Being a parent myself, scarynya nak besarkan anak these days. It’s people like this I hate,” katanya lagi.
Rasa marah tersebut dikongsikan oleh bekas bintang Dewi Remaja 2009/2010 itu menerusi ruangan Instagram stories miliknya.
Dalam pada itu, Ramona turut menyelar tindakan individu berkenaan yang dilihat sewenang-wenangnya memanggil Vanessa dengan gelaran ‘negro’.
“Memang konsep cantik rambut kena lurus dan hitam sahaja? Yang kerinting dan berwarna lain tak cantik? Oh boy you don’t know shit. And you don’t call orang hitam ‘negro’, you call them ‘BLACK’. Stop calling black people ‘NEGRO’, it’s rude,” katanya lagi.
Sementara itu, Ramona turut memberikan kata-kata semangat buat Vanessa selain turut memintanya untuk tidak mengendahkan komen-komen negatif tersebut.
“@Vanessareynauld I’m so sorry that this is happened to you. This dude is just plain dumb ass and you did nothing wrong. Please stay the way you are.
“You’re beautiful and super duper talented! I will never forget you as our first Rajah Brooke,” akhirinya.
Sebelum ini, Vanessa dan Ramona pernah bergandingan bersama menerusi program The Mask Singer Malaysia.
Sumber: Instagram Ramona Zam Zam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...