Dua tiga hari ini, kecoh di internet gosip dan kontroversi yang mengaitkan nama penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim ke-8, Shahir bersama seorang pramugari yang dikenali dengan nama Mona.

Menurut satu sumber, mereka telah mendapatkan Mona untuk bertanya tentang desas desus yang mendakwa dirinya adalah seorang ibu tunggal.

Mona mengakui bahawa dirinya sememangnya berstatus ibu tunggal dan mempunyai dua orang cahaya mata.

Pramugari ini berkata dia pernah berkahwin pada tahun 2009 namun begitu jodohnya tidak panjang dan akhirnya berpisah.

IKLAN

Tak Nak Shahir, Mona Dah Ada Pemain Bola

Ada juga dakwaan yang mengatakan bahawa Mona kini sedang berkawan dengan pemain bola sepak dan ibu tunggal ini juga memberitahu setiap kenyataan yang diberikan kepada media bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak tetapi hanya untuk membersihkan nama serta maruahnya.

IKLAN

“Saya buat kenyataan itu adalah untuk mempertahankan diri saya. Saya juga akui perkara itu sedikit sebanyak menjejaskan hubungan saya dengan kekasih baru iaitu Mohd Ridzuan.

 

“Saya sudah tidak mahu dengan Shahir dan kini berkawan dengan seorang pemain bola Terengganu. Mujur dia tahu tentang hubungan dengan Shahir dan memahami keadaan tersebut,” ujarnya kepada Mstar Online.

Tak Nak Shahir, Mona Dah Ada Pemain Bola

IKLAN

Terdahulu pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira memberitahu kepada sebuah sumber agar Shahir bertanggungjawab dengan kontroversi yang sedang kecoh ini dan tidak perlu berselindung malah sebaiknya Shahir harus berani untuk menamatkan apa yang telah dia mulakan.

Bekas ratu cantik Malaysia ini juga turut berkata setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI