Pelawak, Sharif Zero menjelaskan niatnya berkongsi mengenai pengalaman hitam yang pernah dilalui oleh adiknya yang juga pelawak, Atu Zero di sebuah program podcast adalah bertujuan untuk memberikan inspirasi buat masyarakat.
Menurut Sharif atau nama sebenarnya, Sharif Kadir Doli Sharif, Atu berhak untuk meluahkan rasa kecewa namun dia merasakan hal ini tidak perlu diperbesarkan sehingga pengetahuan orang luar.
“Kalau dia fikir saya sebarkan aib, terpulanglah. Saya hanya ingin berkongsi pengalaman yang dia lalui untuk dijadikan inspirasi buat orang-orang di luar sana.
“Apapun, dia berhak untuk bersuara. Namun, pada saya, jika hal berkaitan keluarga ini, biarlah kami berbincang sesama sendiri.
“Tak perlulah dibawa sehingga ke platform media sosial,” katanya kepada MH.
Sharif berkata demikian ketika ditemui di konsert akhir Famili Duo 4 yang berlangsung di Studio NTV7, Shah Alam pada Ahad.
Ads
Katanya lagi, dia sendiri tidak menyangka
perkongsiannya itu bakal menimbulkan rasa kurang senang di hati adiknya itu.
“Kalau nak bandingkan dengan kisah saya, tak banyak yang menyeronokkan. Saya ini kaki lepak sahaja di kampung satu ketika dahulu. Sebelum ini, mereka okay sahaja bila saya berkongsi kisah mereka.
“Mungkin ketika itu kami tidak buat podcast bersama kerana kami sibuk dengan urusan masing-masing. Jadi, penerimaan kita berbeza.
“Kami juga sudah biasa membahan diri masing-masing. Ada kalanya, apa yang kita kongsikan di podcast itu hanyalah melawak tapi orang lain anggap ia serius.
Ads
“Dalam podcast, saya rasa hos juga memainkan peranan ketika memberikan reaksi terhadap sesuatu isu. Janganlah headline perkara lawak sahaja. Isinya juga harus ditekankan,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Sharif memaklumkan hubungannya bersama Atu masih lagi baik dan berhubung seperti biasa.
“Hubungan kami tiada masalah dan kami masih berhubung seperti biasa. Kami ada bercakap juga mengenai isu baru-baru ini. Dia pun okay sahaja.
Ads
“Niat saya hanyalah untuk memberikan inspirasi tapi disalah anggap. Dia berhak bersuara sebab saya bercerita mengenai dia. Mungkin saya juga terlepas cakap. Kalau saya salah, saya mohon maaf.
“Saya sebenarnya bangga perjalanan hidup Atu selama ini. Tak mengapalah, jika banyak pihak yang terasa, selepas ini, saya akan berkongsi kisah saya sahaja,” akhirinya.
Sebelum ini, Sharif ada berkongsi kisah mengenai kehidupan Atu sebelum bergelar
pelawak.
Menurut Sharif, Atu pernah melalui fasa hidup yang sangat gelap dan tidak mempunyai harapan untuk hidup gara-gara terjerumus dengan gejala dadah.
Bagaimanapun, menerusi satu sesi temu bual, Atu memaklumkan dia tidak berkecil hati namun berharap abangnya hanya berkongsi kisah dirinya tanpa melibatkan orang lain selepas ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendatang baharu dunia nyanyian, Aiden Daniel, 30, tidak melihat dirinya sudah lambat untuk membina nama dalam industri seni tempatan.
Menerima didikan dan semangat daripada komposer, Zul 2By2, Aiden atau nama sebenarnya, Muhammad Amirul Abdul Rahim berkata, dia okey saja digelar ‘budak-budak baru nak up’ (BBNU) memandangkan pembabitannya dalam muzik lokal masih ‘hijau’.
“Sebelum ini saya sudah banyak kali usaha, misalnya membuat persembahan di majis-majlis tertutup, makan malam, sertai pertandingan karaoke dan sebagainya. Cuma mungkin pada ketika itu saya belum jumpa orang yang betul yang boleh buka jalan untuk saya ‘masuk’ dalam dunia nyanyian secara komersial.
“Lalu pertemuan dengan Abang Zul, dia yang berikan peluang itu, alhamdulillah. Saya akan cuba apa yang mampu sebab memang minat menyanyi sejak dulu lagi. Saya juga percaya dengan rezeki. Soal cepat atau lambat, ia sudah disusun cantik olehNya. Tinggal lagi kita yang perlu usaha,” katanya.
Mempertaruhkan single pertama yang berjudul Sampai Masanya, Aiden optimis mahu memberikan yang terbaik.
“Meski sudah berumur 30 tahun, bagi saya ia masih belum lewat. Single ini sebenarnya sudah ada penyanyi yang sepatutnya rakam tapi tidak jadi. Kemudian bila kami berjumpa atas urusan kerja, beliau cadangkan saya untuk nyanyikan single tersebut kerana sesuai dengan ton suara.
“Jadi dari situlah kisahnya bermula. Alhamdulillah kos rakaman dan pelancaran ditanggung pihak pengurusan saya, Timur Empayar Management. Harapnya lagu ini akan diterima baik,” katanya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, beberapa bulan lalu.
Bertuah kerana isteri turut memberi sokongan penuh terhadap kerjayanya ketika ini, Aiden bagaimanapun memilih untuk tidak melakukan gimik ‘bukan-bukan’ demi status dan nama baik.
“Ada juga terfikir nak viralkan diri, tapi kalau boleh biarlah dengan cara yang betul. Tak mahulah hanya sekejap saja, buat apa. Lebih elok kita cipta nama secara perlahan-lahan untuk terus kekal berada dalam industri.
“Samalah juga kalau berdepan dengan peminat, kita kenalah profesional. Isteri pun okay dia memahami minat saya. Alhamdulillah setakat ini baik-baik sahaja,” katanya lagi.
Nama penyanyi dan pelakon Alif Satar telah mendapat pujian daripada netizen di laman media sosial Twitter apabila ada seorang individu yang telah memuji Alif.
“Alif satar ni dah la hansome, suara sedap, pandai berlakon, sukan pun active, kaya, wife & kids pun dah ada.
“Complete betul life dia. I wish dapat wife macam alif,”tulis individu berkenaan.
Alif Satar ni dah la handsome, suara sedap, pandai berlakon, sukan pun active, kaya, wife & kids pun dah ada. complete betul life dia. I wish dapat wife macam alif ??? https://t.co/RCgdHRHv2m
Primadona, Erra Fazira menafikan dirinya bakal membuat pengumuman istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-51 yang jatuh pada tanggal 7 Febuari ini.