“Tak Malu Ke Copy Lagu Orang?,” – Netizen Samakan Lagu Nyawa & Raga Sarah Suhairi Dengan Lagu Crooked Nyanyian G-Dragon

Share

Penyanyi BBNU, Sarah Suhairi dilihat menyanyikan ‘single’nya, Nyawa Dan Raga di program Meletop, baru-baru ini.

Susulan itu, kelihatan ramai yang memberikan komen positif kepada pemenang Big Stage musim pertama itu terutama pada bahagian ‘rap’ lagu berkenaan.

Bagaimanapun, ada juga yang perasan bahawa susunan muzik lagu tersebut seakan-akan sama dengan lagu Crooked nyanyian G-Dragon.

Itu membuatkan ada yang mengecam Sarah kerana dikatakan meniru lagu ketua grup Big Bang itu.

Namun begitu, ada juga yang mempertahankan Sarah mengenai isu tersebut.

Alahai, pada MH, kadang-kadang mungkin ada sesetengah lagu yang kedengaran seakan-akan sama tapi tidaklah terlalu sama kan?

Apa-apapun, MH harap semua orang jangan terlalu emosi dengan isu ini. Spread love, not hate!

Foto/Instagram: Sarah Suhairi

IKLAN