Penyanyi, Lufya ada memuat naik foto dirinya sedang melakukan rawatan akupuntur di bahagian muka. Bagaimanapun, Lufya ada memberitahu rawatan berkenaan bukanlah jarum susuk, bimbang ia disalah ertikan.

Katanya lagi, sudah dua tahun melakukan rawatan seumpamanya memandangkan dia sentiasa alami masalah bersin dan sinus teruk.

IKLAN

“Ini bukan jarum susuk terkeluar tau. Fya tengah buat akupuntur kat muka dan badan la..Tak main la bende2 khurafat ni. Banyak lagi cara kita nak cantik dan sehat,” tulisya.

Berkongsi mengenai rawatan itu lagi, Lufya atau nama lengkapnya, Lutfyah Sheikh Omar  berkongsi, sejak melakukan akupuntur, masalah yang dialami kian berkurangan.

IKLAN
IKLAN

“Alhamdulillah dulu fya selalu bersin/sinus teruk sekarang dah banyak perubahan. Jarang fya bersin2 terutama sekali pada waktu pagi. Kulit muka pun tegang, lebam mata beransur pulih, kulit jarang ada acne, migraine hilang dengan rawatan akupuntur di muka dan kepala.

 

“Nak naikkan seri wajah pun boleh tau. Sekarang Lufya tengah buat rawatan slimming pulak untuk mengecilkan perut, peha dan kawasan2 tertentu. Masa Baru kahwin dulu pun fya mengurut di sini untuk mendapatkan zuriat akhirnya beberapa bulan selepas berurut fya dapat rezeki mengandung (dengan Izin Allah),” tulis Lufya.

Foto: Instagram Lufya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI