Walaupun jodohnya tidak panjang dengan bekas suami namun penyanyi Ziana Zain tidak pernah melarang keempat-empat anaknya untuk meneruskan hubungan baik dengan bapa kandung mereka, Armin Zaharin.
Menurut penyanyi Madah Berhelah itu, dia mahukan anak-anaknya hidup dalam keberkatan dan tidak menjadi anak derhaka terhadap kedua ibu bapa.
“Saya tidak akan pisahkan anak-anak dengan bapa mereka. Saya cakap dengan anak-anak, saya nak hidup mereka ada keberkatan daripada ayah dan juga ibu.
“Saya tak nak anak-anak derhaka kepada ayah mereka dan juga saya,” kata Ziana dipetik menerusi program bual bicara Next To Neelofa musim kedua yang bersiaran di Astro Ria pada malam Sabtu.
Ads
Dalam program itu juga, Ziana atau nama sebenar, Siti Roziana Zain, 54, dia tidak akan menghalang anak-anak untuk menunaikan tanggungjawab menjaga bapa mereka apabila sudah tua kelak.
“Sekiranya tiada siapa pun jaga ayah (Armin) apabila dah tua, saya pesan agar mereka ambil dan jaga ayah.
“Saya tidak akan marah, itu tugas mereka,” katanya lagi.
Ads
Untuk rekod, bekas suami Ziana didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pada Mei 2018 atas tuduhan mencederakan anak lelakinya.
Ads
Ziana dan Armin yang juga merupakan bekas ketua pramugara MAS disahkan bercerai pada 12 Julai 2018 selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 22, Muhammad Amar, 18, serta pasangan kembar, Muhammad Airil dan Siti Nurqaseh, 12 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Program hiburan realiti nyanyian terbaru, Suara Viral bakal menemui penonton. Istimewanya, 10 barisan peserta terpilih mempunyai kerjaya tersendiri, namun, bakat suara yang dimiliki bukan biasa-biasa lagu pernah mencetuskan sensasi di dunia maya.
Bakal bersiana menerusi Astro Prima, ia bakal menyaksikan mereka saling bersaing menerusi pentas yang lebih besar.
Kesemua mereka terdiri daripada enam peserta lelaki dan empat peserta wanita yang akan berentap mendapatkan gelaran juara menerusi persembahan mereka selama lapan minggu bermula esok.
10 peserta terlibat termasuk Bobby (Rider), Bella (Eksekutif Perhubungan Awam), Boy (Krew Studio), Jerry (Setiausaha), Soffwany (Polis) dan Azrul (Pegawai Lalu Lintas).
Sementara empat lagi peserta ialah Farid (Jurutera Mekanikal), Sulastrie (Polis), Ameem (Eksekutif) dan Farah (Tentera).
Pengurus Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata, kesemua mereka berjaya melayakkan diri selepas menjalani sesi ujibakat yang diadakan Februari lalu.
“Kami ingin mengangkat bakat yang sebelum ini sekadar tular di media sosial dan bidang pekerjaan masing-masing ke skala yang lebih besar di platform televisyen pula.
“Lebih kurang 200 orang yang hadir ke sesi ujibakat. Mereka yang hadir mempunyai profesion tersendiri antaranya guru, tentera dan polis,” katanya pada sidang media Suara Viral secara virtual.
Menampilkan Datuk AC Mizal selaku hos, Suara Viral turut menampilkan penyanyi Misha Omar dan Akim Ahmad sebagai juri tetap.
Mengulas lanjut mengenai program tersebut, Datuk AC menyifatkan konsep yang diketengahkan ini berbeza daripada rancangan hiburan seumpamanya.
“Menerusi nyayian awal ketika sidang media, saya dapat lihat ada kelainan daripada segi konsepnya. Ada yang pernah belajar dan sebaliknya.
“Akan tetapi andai mereka ambil apa yang dipelajari sepanjang program Suara Viral sepanjang lapan minggu bersiaran dan andai kata menjadi juara ia suatu yang baik sebab memang banyak beza di antara nyanyian yang viral menerusi video dan menyanyi di atas pentas.
“Tekanan yang dirasakan memang lain dari lain termasuk dari segi komen netizen dari minggu ke minggu. Nasihat saya adalah jadi profesional sebab kita tidak memaksa peserta untuk menyanyi. Mereka sendiri yang hadir.
“Menyanyi di atas pentas itu memang sukar dan banyak perkara yang kalian perlu belajar. Bukan saja dari segi nyanyian, tetapi juga dalam sisi teknikal, imej dan sebagainya. Anda sendiri yang nak menyanyi dan pastikan cari ilmu seterusnya buat yang terbaik,” katanya.
Misha Omar pula akui kuasa viral yang wujud boleh memberi impak yang baik dan sebaliknya.
“Kuasa viral ni boleh bawa kita ke arah positif dan negatif. Oleh kerana netizen boleh berikan respon secara langsung, ia buatkan kita yang bertanding berada di dalam tekanan.
“Apa pun, viral ke tidak ke, kita ingin jadi penyanyi yang baik itu yang paling penting. Kena tetapkan dalam hati apa yang kalian mahukan,” jelasnya.
Selain itu, seramai lapan orang Juri Duduk Rumah juga akan mengadili persembahan mereka yang terdiri daripada penyanyi Idayu, Bob Yusof, Sissy Imann, Sarah Suhairi, Syafiq Farhain dan Ngektsai (influencer), serta pengamal media, Niezam Abdullah dan Sudyr Tahir.
Format penjurian 70 peratus daripada juri tetap, manakala 30 peratus lagi juri di rumah.
Malah, setiap minggu juga akan ada penyingkiran bagi peserta yang mendapat markah terendah.
Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bakal bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) setiap Rabu bermula 17 Jun ini pada pukul 9 malam.
Selain itu, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi ‘Jom Intai Suara Viral’ yang akan ditayangkan pada Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang bermula 15 Jun lalu.
Penonton juga serta boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.
Ikuti sidang media virtual penuhnya di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie meluahkan rasa terharubya apabila mendapat duit raya pertama diterima daripada suaminya itu pada Aidilfitri tahun ini.
Berkongsi perkara itu melalui pautan video di Instagram, Watie secara seloroh turut mengira duit raya yang diterimanya.
Malah Watie juga pasang niat untuk terus menyimpan wang berkenaan sebagai kenangan.
“Sebab ini duit raya daripada suami dan ini akan aku jadikan ‘khazanah’. I tak akan guna, akan simpan sampai bila-bila. Ini adalah duit raya pertama i bersama suami tercinta.
“Sebenarnya i ingatkan duit raya i sama macam semua orang. Rupanya i lain, maknanya itulah martabat seorang isteri tercinta.
“Satu envolope ini sudah menunjukkan ketebalannya. Untuk sampul yang pertama ialah RM1,000 guys,” katanya.
Watie yang menerima lima keping sampul raya yang difahamkan berisi Rm1,000 di dalam setiap sampul.
Lalu, perkongsiannya itu telah meraih perhatian ramai warganet dan rata-ratanya tumpang gembira seterusnya mendoakan yang baik-baik buat Watie seisi keluarga.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun menerima hampir 19,000 tanda suka di kalangan warganet.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!