Pelakon, Aeril Zafril ada memuat naik gambar terbaru di Instagram miliknya.
Gambar tersebut memaparkan Aeril sedang bergambar di lokasi pengambaran sambil menyunting gambar tersebut dengan bulatan-bulatan kecil seperti ingin menunjukkan sesuatu.
View this post on Instagramambik gambar ni waktu shooting tadi. korang nampak tak? ???? . #netizenmalaysia
A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on
“Ambik gambar ni waktu shooting tadi. korang nampak tak?,” tulisnya.
Gambar tersebut ternyata menarik perhatian pelbagai pihak.
Sementara itu, terdapat seorang netizen bertindak menegur Aeril, dengan menganggap pelakon tersebut seperti tidak menghormati keluarga Mohammad Ashraf yang masih gagal ditemui sejak 23 Mac lalu di Gua Tempurung, Perak selepas menyertai sebuah program larian.
“Tak lawak bang. Jaga hati keluarga dia,” tulisnya.
Melihat komen tersebut, ini respon balas yang diberikan Aeril .
“Saya tak cakap keluarga. Ini mengenai netizen kita,” balasnya.
Apapun, janganlah kita terlalu cepat membuat spekulasi.
Sumber: Instagram Aeril Zafril
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
āPisau Cukur, Kaki Kikis. Selalu Perempuan Kena Label Macam Ini. Sedangkan āPengikisā Tak Kenal Jantina,ā – Padu Pendirian Uyaina Arshad
Pelakon dan hos, Uyaina Arshad ada berkongsi pendapatnya perihal si kaki kikis.
Jelasnya, perumpamaan seperti materialistik atau piaau cukur sering dikaitkan terhadap golongan wanita.
Bagaimanapun, ia sebenarnya tidak mengenal jantina dan bagi Uyaina, apa yang dilakukan di dalam menjalani kehidupan adalah suatu pilihan.
“Materialistik. Pisau cukur. Kaki kikis. Selalu perempuan kena label macam ini. Sedangkan ‘pengikis’ tak kenal jantina.
“Perempuan ke, lelaki ke, sama je. Asalkan poket tebal, duit berkoyan, akaun bank banyak kosong; rupa, hati, perasaan, cinta, umur, status -tolak tepi.
“Hidup ni adalah pilihan. Sesetengah orang pilih cara mudah dalam hidup. Sesetengah orang pulak kerja setengah mati mencari rezeki. Lain orang, lain prinsip hidupnya,” tulisnya.
Menerusi kapsyen sama satu hantaran di Instagram, pengacara program Ratu Hijabista ini juga turut mendoakan yang terbaik buat semua wanita di luar sana.
“Kalau dari kecik dah di didik; nak sesuatu? Usaha. Bukan setiap kali mintak, tiap kali dapat. Nikmat tau bila kita dapat sesuatu perkara/benda hasil titik peluh sendiri. Tak ternilai perasaannya kan?
“Sebagai seorang perempuan, hidup kita perlu realistik. Tak salah untuk kita mencari lelaki yang stabil & bertanggungjawab. Kita taknak anak2 kita hidup susah. Pelajaran terabai. Masa depan tak menentu.
“Tapi sebagai seorang perempuan, kita juga harus ada duit poket sendiri. Harus ada sumber pendapatan sendiri. Biar tak banyak tak apa. Asalkan itu kita punya. Kalau2 kita ada teringin apa2, boleh beli sendiri. Kan?
“Doa Yana buat semua perempuan yang bekerja siang malam untuk menanggung diri sendiri dan keluarga. Doa Yana juga buat wanita2 hebat yang menjadi suri rumah. Wanita inspirasi semua,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by UA (@uyainaarshad) on
Foto: Instagram Uyaina Arshad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
āLambat Sangat Pun Tak Boleh, Usia Dah Meningkat,ā – Natasha Hudson Sedia Hamil Lagi
Pelakon, Natasha Hudson akui kehidupannya kini lebih gembira selepas setahun mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati, Muhammad Harits Jasmin.
Menurut Natasha, dia sentiasa berdoa agar jodohnya bersama suami akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Memang benar. Saya kini berada di fasa yang sangat tenang. Akhirnya saya sudah bertemu dengan pasangan hidup saya. InsyaAllah Alhamdulillah.
“Dari segi keadaan mental pula, saya sudah punyai seseorang yang faham luaran dan dalaman saya. Kita boleh bercakap sebagai seorang sahabat.
“Itu perkara yang lebih penting daripada kita fikirkan cinta adalah segalanya. Saya dan dia datang daripada keluarga yang ‘simple’. Yang paling penting adalah soal penerimaan keluarga dengan apa yang kami bina.
“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat. Saya berdoa agar jodoh kami berpanjangan. Siapa yang tak mahu perkara seperti itu,” katanya kepada MH.
Bercakap soal zuriat pula, Natasha memberitahu, dia dan suami pernah berbincang namun, memilih untuk menstabilkan kewangan dan ekonomi mereka terlebih dahulu.
“Sudah tentu kami mahukan cahaya mata. Kami selalu berbincang dan saya juga selalu mengusik. Kami tidak merancang.
“Namun, kami kena stabilkan dahulu keluarga, punca rezeki dan anak-anak (hasil perkahwinan terdahulu).
“InsyaAllah, kami akan berusaha. Nak lambat sangat pun tak boleh juga sebab usia saya dah meningkat. Suami saya tak kisah pun sebenarnya. Ada atau tiada zuriat, dia okay sahaja.
“Dia kata, ada tiga orang anak ni pun dah cukup buat dia bahagia. Namun, saya faham. Siapa yang tidak mahukan anak sendiri,” ujarnya lagi.
Jarang dilihat bersama suami ketika dikebanyakkan acara, pelakon filem Chermin ini memaklumkan dia kurang gemar membuatkan suaminya tertunggu-tunggu.
“Ketika ini, saya tak galakkan dia ikut saya bekerja di Kuala Lumpur. Baru-baru ini, dia ada ikut saya kerja tapi saya kesian sebab dia terpaksa menunggu lama.
“Perkara paling susah untuk dia terima adalah ketika tersekat di dalam kesesakan lalu lintas di sini. Dia dah 10 tahun menetap di Langkawi, jadi, dia sudah tak biasa dengan kehidupan di bandar.
“Sekali-sekala kalau dia nak ikut, saya okay sahaja. Saya pun tak mahu susahkan dia. Biar dia dengan kerja dia. Begitu juga saya,” akhirinya.
Untuk rekod, Natasha mendirikan rumah tangga bersama Jay Jasmin pada 28 Mac tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara sederhana di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Dalam satu kenyataannya, Natasha berharap perkahwinan kali kelimanya itu tidak disensasikan pihak media.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Natasha Hudson
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
āLancar Mesin ATM Pun Mereka Panggil Saya,ā – Aktif Buat Show Untuk Pemerintah Indonesia, Poey Stings Syukur Rezeki
Vokalis kumpulan Stings, Poey merupakan antara penyanyi Malaysia yang aktif membuat persembahan di negara jiran Indonesia.
Menurut Poey atau nama sebenarnya Hasri Hashim, dia menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki daripada Allah SWT.
Malah, namanya juga kerap menjadi pilihan untuk membuat persembahan di acara-acara yang dianjurkan oleh pihak kerajaan di Indonesia.
“Pada saya, ia tak mudah dan seakan ada sekatan untuk artis kita lepas membuat persembahan di sana. Tak seperti artis Indonesia yang bebas untuk buat konsert di sini.
“Hal ini merupakan polisi yang dibuat oleh pemerintah di sana. Alhamdulillah acara saya semua di Indonesia diatas undangan pihak pemerintah.
“Saya tak terima kalau undangan tersebut daripada event organiser sebab kita tak boleh nak jangka kemungkinan yang akan berlaku,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Adakah Kau Setia itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Rock Legend Berzaman di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Rabu.
Katanya lagi, sambutan peminat di Indonesia sememangnya luar biasa terutamanya di Kepulauan Riau.
“Di Indonesia, penontonnya memang dasyat. Saya pernah buat persembahan di hadapan lebih 8,000 dan 25,000 penonton.
“Ia merupakan program percuma untuk parti politik. Saya tidak memihak mana-mana parti dan saya hanya akan memberikan kesedaran kepada penonton untuk keluar mengundi.
“Saya juga pernah buat persembahan untuk dua buah parti politik pada hari yang sama. Untuk majlis perasmian mesin ATM pun mereka jemput saya.
“Rata-rata mereka suka saya menyanyikan lagu Sting berbanding lagu-lagu cover Indonesia,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai perasaannya apabila nama lebih dikenali di Indonesia berbanding tanah air sendiri, ini reaksi yang diberikan Poey;
“Saya tak rasa tidak dihargai. Cuma saya merasakan ada segelintir pihak yang hipokrit. Senang cerita, orang luar lebih menghargai kita berbanding orang kita sendiri.
“Bila jumpa di luar, peminat kita suka sahaja dengan kumpulan Sting cuma mereka malu untuk ungkapkan. Mereka lebih suka bagitahu yang mereka minat Metalica atau Britney Spears.
“Padahal mereka tahu dan kenal dengan lagu-lagu Stings. Jadi, dengan adanya konsert ini, ia akan mengimbau kenangan. Malah, budak-budak muda pun tahu lagu saya bila viral di Tik Tok,” akhirinya.
Selain Poey, Konsert Rock Legend Berzaman itu bakal membariskan lapan vokalis rock era 1990-an seperti Muss, Zamani Slam, Amir Ukays, Ezad Lazim, Shidi Data, Azan Scan, Ameng Spring serta Hazama.
Konsert anjuran RAR SKY Entertainment itu akan menggegarkan Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Mac depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Poey Stings
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI