Select Page

Gara-gara dihentam kerana menghasilkan drama ‘bodoh’ oleh netizen, isteri kepada pengarah drama Cinta Fatamorgana bersuara dan menyelar tuduhan kononnya drama tersebut agak merepek.

Secara tegas dan sinis, Faezah Elai, isteri kepada Heykal Hanifah tidak bermaksud untuk berpihak kepada suaminya tetapi jik tidak suka dengan drama tersebut tukar sahaja ia ke program lain tidak perlulah sehingga membuat provokasi.

Dalam masa yang sama, Faezah mempertikaikan di mana bahagian yang di anggap tidak masuk akal dan mengapa kebanyakan orang Malaysia tidak pernah menyokong orang melayu (drama melayu)?

Malah, Faezah menjelaskan, isu seorang lelaki membawa lari isteri orang itu sebenarnya wujud di kalangan kita.

Faezah turut memberi komen tentang sesetengah pihak yang suka kondem hasil dan karya orang melayu namun memberi sokongan kepada karya orang luar negara walaupun ia ada unser anti-islam dan keganasan menentang islam.

Terdahulu ada seorang netizen mempertikaikan kualiti drama Cinta Fatamogana dan meminta pihak stesyen tv mansuhkan drama tersebut.

Lebih mengeruhkan keadaan, ada pihak sengaja menambahkan minyak ke api dengan menggelarkan drama tersebut sebagai sesuatu yang ‘Bu*****t’ (merepek) dan lebih teruk ada yang mengatakan orang yang membuat drama ini seperti tiada agama.

Aduh, pening kepala MH dengan komen-komen netizen yang adakalanya agak melampau.

Tidak kisahlah sama ada ia logik atau tidak tetapi janganlah sampai mengatakan sesuatu yang agak melampau hingga mengguris hati orang lain.

Daripada korang tweet benda yang bukan-bukan dan sengaja nak memprovokasi, lebih baiklah jika korang semua buka Al-Quran dan support World Quran Hour!

Kalau korang nak tahu, World Quran Hour akan diadakan pada 7 Jun 2018, so apa kata ramai-ramai luangkan masa selama satu jam untuk membaca Al-Quran! Buka jiwa & hati, buka Al-quran!

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: