Pelakon, Zeera Azizi tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya selepas berpeluang menyaksikan pasukan bola sepak kesayangannya, Manchester United beraksi di depan mata di stadium keramat, Old Trafford, United Kingdom.
Menurut Zeera atau nama sebenarnya, Nurazeera Azizi, dia sebenarnya sudah menyimpat hasrat untuk menjejakkan kaki di bumi Manchester sejak usianya 13 tahun lagi.
Malah, impian tersebut turut telah dicoretkan di dalam sekeping kertas yang masih lagi disimpannya sehingga kini.
“13 years ago I wrote this and hoping that one day I will meet my idol. Luckily, on 12th March 2022, my dream had come true!
“I made it to Old Trafford! I made it to watch @cristiano in @manchesterunited jersey again but this time not in the TV but in front of my eyes!,” tulisnya di Instagram.
Tambah menggembirakan hatinya, dia juga berkesempatan untuk menonton perlawan epik diantara Manchester United menentang Tottenham Hotspurs yang berkesudahan dengan jaringan 3-2 yang memihak kepada tuan rumah.
Ads
Pada perlawan tersebut, ayam tambatan Manchester United, Cristiano Ronaldo telah mencipta hatrik sekaligus memberikan kegembiraan di hati para peminat.
Malah, bintang kelahiran Dewi Remaja 2018/19 turut sempat merakam dari jarak dekat momen bersejarah saat Ronaldo meraikan jaringan ketiganya.
“The best moment ever! Feel so lucky to watch @cristiano did the hatrick in front of my eyes! Never imagined I will had this experience! VIVA RONALDO,” kongsinya lagi.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa teruja selain turut menyifatkan Zeera sebagai individu bertuah kerana dapat menyaksikan momen epik tersebut.
“Awwww have fun Zeera! So happy to see you achieving bucket goals as an MU diehard fan Enjoy your trip sayanggg.
“Bestttnyaaa, one day I will also be there.
Ads
“Syoknyaaa!! CR datang celebrate kat area kakak duduk. Big luck la pergi sana. Dah la menang.
“Perghhh best giler tempat baik pulak tu dapat rekod.
“Best gila dapat tegok momment ni. Lagi-lagi winning Goal. Confirm bergema Old Trafford.. 3 point,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Setakat ini, video yang dikongsikan itu telah pun meraih hampir 40,000 jumlah tontonan.
Malah, Zeera juga turut berkongsi foto-fotonya sewaktu melawat tempat-tempat menarik di United Kingdom menerusi beberapa hantaran di laman Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Zeera Azizi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Azza Elite ada memuat naik sekeping gambar menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari itu telah berkongsi foto bersama rakan pelakon, Rozita Che Wan.
Di samping itu, Azza juga telah mengimbau kembali kenangan ketika dia dan Che Ta di zaman kegemilangan dunia peragaan.
“#Repost @rozitachewan1with @get_repost My bff yang paling kelakar @azzazawari . tedia lawa bak ang bff kami @rozitachewan1 ko ada ke bff chantikk?? wek wek x da diam dari
“zaman @andrewsmodelsmalaysia we both from andrew. tp i model kiki lala ok bai yg penting muka i pun ada terpampang kt opis andrew .. yg lain x da wekkk wekk masa tu me kurus ..”tulisnya.
Pelakon dan hos, Lisa Surihan mengisi masa di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuat kuasa di seluruh negara sejak beberapa hari lalu.
Lalu, sebagai menyahut cabaran #dudukrumahchallenge, bintang filem Ular itu dilihat turut mengisi masa dengan membaca atat suci suci al-Quran.
Jelas bintang berusia 34 tahun itu, ahli keluarga dan rakan-rakan turut memberikan galakan meski baginya, bacaan yang dialunkan belum cukup sempurna.
“#dudukrumahchallenge kerana bacaan ku tk sempurna. But my dear sisters (the khadijahs) and friends keep encouraging. Dia galakkan. “Daripada tk buat langsung, Lisa?”
“Moga istiqomah. Dgn doa, Ya Allah, rahmatilah kami dgn Al-Quran, Jadikan lah ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ingatlah kami pada apa yang terlupa, ajarkanlah apa yang tidak diketahui.
“Kurniakanlah kami dapat membacanya siang dan malam. Jadikan ia perisai kami, wahai Tuhan semesta alam,” tulisnya pada entri yang memperlihatkan permata hati turut setia berada di sisi.
Kecoh di media sosial sejak semalam apabila wujud satu akaun di aplikasi sosial, TikTok yang mendedahkan ‘sisi gelap’ lelaki yang didakwa sebagai seorang pelakon.
Apa yang mengejutkan, akaun TikTok berkenaan yang turut menggunakan nama lelaki itu mendakwa dia sedang mengandungkan anak aktor tersebut.
Bukan itu saja, individu terbabit juga mendakwa aktor itu tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang sudah terjadi.
Lalu, pelbagai reaksi telah diberikan warganet menerusi ruangan komen setiap hantaran yang dimuat naik menerusi akaun terbabit.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan tersebut sahih atau sebaliknya.
Malah, akaun itu pun tidak pula menggunakan nama betul sebaliknya hanya gunakan nama aktor tersebut sebagai nama akaun TikTok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.