Pelawak, Shahrol Shiro mendedahkan penghantar surat yang satu ketika dahulu pernah tular gara-gara isu melastik seekor anjing di sebuah kawasan kejiranan kini difahamkan sudah kembali bertugas.

Jelas Shahrul, penghantar surat yang dikenali dengan panggillan Dollah Posmen itu nyata gembira kerana dia dapat kembali menjalani rutin hariannya seperti sedia kala.

Katanya lagi, dia juga amat berterima kasih kepada Shahrol kerana telah membantunya menyelesaikan permasalahan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

“Terserempak dengan Dollah posmen yg pernah viral dahulu pasal lastik anjing kini sudah menyarung baju posmen kembali.

“Tak henti mulut melafazkan syukur dan terima kasih atas bantuan termasuk doa-doa dari semua beliau tidak diberhentikan kerja.

IKLAN

“Kita cuma bantu apa yang mampu. Semoga Allah swt merahmati kita semua.
Lepas menteri umum boleh duk kat kedai makan nanti kita ngeteh yer Dollah.,” tulisnya.

Perkhabaran itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

“Tak Henti Mulut Lafaz Syukur…,” – Dollah Posmen Kembali Kerja Selepas Isu Lastik Anjing, Shahrol Shiro Gembira Dapat Bantu “Tak Henti Mulut Lafaz Syukur…,” – Dollah Posmen Kembali Kerja Selepas Isu Lastik Anjing, Shahrol Shiro Gembira Dapat Bantu

IKLAN

Dalam pada itu, Shahrol turut menambah, dia sememangnya berasa amat senang apabila dapat membantu lebih-lebih buat mereka yang ketika ini terkesan hidupnya dek kerana penularan wabak Covid-19.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur selain turut berharap agar insiden seumpama ni dapat dijadikan pengajaran.

“Semoga murah rezeki Encik Dollah dan kerjalah dengan jujur dan amanah. Kepada Encik Shahrol diucapkan syabas.

IKLAN

“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan kerja Dollah. Terima kasih Shahrol yang bantu selesaikan masalah ni dulu.

“Terbaikl bang. Mai jadi wakil union Pos Malaysia la,” antara komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna Instagram.

“Tak Henti Mulut Lafaz Syukur…,” – Dollah Posmen Kembali Kerja Selepas Isu Lastik Anjing, Shahrol Shiro Gembira Dapat Bantu

Sumber: Instagram Shahrol Shiro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI