Penyanyi Tasha Manshahar memohon doa orang ramai mendoakan kesembuhan buat kedua ibu bapanya yang telah disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.
Tasha bagaimanapun memaklumkan, ibunya, Herina Wong Abdullah kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Serdang, Selangor, sementara bapanya, Mohd Manshahar berada dalam keadaan stabil dan menjalani kuarantin di rumah.
Menerusi perkongsian di Insta Stories, Tasha mendedahkan paru-paru ibunya mengalami jangkitan selain tahap kandungan Oksigen di dalam badan juga merosot.
Ads
Lalu, ibunya terpaksa dikomakan untuk memberikan bantuan pernafasan sehingga keadaan tubuh kembali stabil.
Ads
“Sebenarnya tidak menjangka langsung akan sampai jadi tahap macam ni. Dia (ibu) kelihatan sihat ketika mula-mula dimasukkan ke wad. Apa-apa pun, kami sekeluarga yakin yang menyembuhkan itu Allah.
“Sebab itu saya minta sangat-sangat doa semua. Doakan senjata oranf mukmin. Mummy pun kena kuat semangat,” tulisnya.
Dia pada masa sama, turut menzahirkan ucapan kasih kepada atas doa semua pihak dan mengakui memerlukan motivasi untuk berhadapan dengan situasi sebegini.
Foto: Instagram Tasha Manshahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semalam, kerajaan telah pun mengumumkan beberapa kawasan di negeri Selangor bakal melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa bermula 6 Mei sehingga 17 Mei.
Pengumuman tersebut sekali gus menjawab segala persoalan orang ramai mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi menyambut hari raya Aidil Fitri yang bakal tiba nanti.
Perkhabaran tersebut nyata menerima reaksi pelbagai daripada ramai pihak termasuklah buat pelakon, Beto Kusyairi.
Jelas Beto, hatinya berasa sangat hiba saat mengenangkan perasaan sedih kedua ibu bapanya selepas mengetahui yang mereka bakal menyambut hari raya Aidil Fitri tanpa kelibat anak-anak dan cucu meskipun hanya dipisahkan dengan daerah yang berbeza.
Tadi balik jenguk orang tua. Daerah cuma sebelah. Tiba di pagar mak aku terus sebak menitis air mata dek kenangkan akan cuma berdua bersama abah di pagi Syawal tanpa anak2 & cucu2nya. Luluh hatiku. Sabarlah wahai sekalian mak abah yang tak dapat beraya bersama. We love you.
“Tadi balik jenguk orang tua. Daerah cuma sebelah. Tiba di pagar mak aku terus sebak menitis air mata dek kenangkan akan cuma berdua bersama abah di pagi Syawal tanpa anak2 & cucu2nya.
“Luluh hatiku. Sabarlah wahai sekalian mak abah yang tak dapat beraya bersama. We love you,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Istanbul Aku Datang itu menerusi sebuah ciapan di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Beto turut berharap agar para ibu bapa dapat bersabar lebih-lebih lagi ketika menempuh detik sukar ini.
Selain Beto, penyanyi, Ernie Zakri turut meluah rasa yang sama lebih-lebih lagi ini merupakan tahun pertamanya berjauhan bersama keluarganya ketika menyambut hari raya.
Same goes to my mama and papa. Sedihnya. 1st time tak dapat beraya bersama walaupun berbeza daerah. 🥺 https://t.co/RYYljFMH07
“Same goes to my mama and papa. Sedihnya. 1st time tak dapat beraya bersama walaupun berbeza daerah,” kongsinya di ruangan komen.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa sebak selain turut mendedahkan bakal menggunakan masa yang ada untuk menziarah ibu bapa sebelum tibanya hari raya.
“Kes kita sama, Beto. Ni petang ni baru nak gi jumpa, pakai baju Raya siap-siap. My mum yang selalunya chatty kat WhatsApp, semalam dan hari ni diam seribu bahasa. Tahan sedih agaknya,” luah seorang pengguna Twitter.
“Dah hampir 2 tahun VC padahal negeri sebelah je. Baju, kuih dengan cake semua aku belikan semua postage je. Sebak jugak beli baju raya VC,” komen seorang individu.
“Sama juga cerita dia semalam balik kampung jumpa mak berbuka puasa sebak btol rasa bila masa nak balik tu,” tulis individu lain pula.
Sumber: Twitter Beto Kusyairy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi nasyid, Dr. Fitri Haris mendedahkan dirinya berasa amat senang apabila berkesempatan bertemu usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri secara empat mata.
Jelas Fitri, dia sendiri tidak menyangka Datuk Seri Aliff merupakan seorang yang sangat ramah dan tidak lokek dalam berkongsi ilmu mengenai selok-belok perniagaan.
“Bermesyuarat bersama the only one Dato’ @aliffsyukriterlajaklaris. Hampir 2 jam kami berkongsi pendapat dan idea. Beberapa perkara yang mungkin di luar sana kena tahu karakter Dato’ adalah:
“1. Tak lokek ilmu, dalam perbualan kami, banyak ilmu2 perniagaan dan pemasaran belakang tabir atau secara public yang di kongsikan.
“2. Baru pertama kali jumpa dan sembang-sembang dah macam selalu bersua. Ada beberapa minat kami sama dan ideologi terhadap beberapa perkara seiring,” tulisnya
Kisah tersebut dikongsikan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Fitri turut menambah dia berasa amat kagum dengan sifat yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Aliff yang amat mementingkan mengenai aspek kekeluargaan.
“3. Family oriented! Ni paling best.. sebab banyak kali idea yang datang dari Dato’ adalah melibatkan kekeluargaan. Kita maklum dato’ mempunyai keluarga yang support each other.
“Well, apart from gaduh sikit-sikit tu normal tapi beliau sangat-sangat mementingkan isu-isu kekeluargaan, kasih sayang suami isteri.
“Banyak lagi sebenarnya tapi what can i say, sisi Dato’ di dunia sebenar sangat-sangat positif. Moga Allah kurniakan rezeki berlipat ganda bagi dato’ dapat membantu lebih banyak mereka di luar sana.
“Inshaa Allah, look forward for our collaboration soon. Bismillah. Kali ni konfem “terlajakkkk laris,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa teruja selain turut tidak sabar untuk menantikan kolaborasi di antara dua nama ini.
Foto : Instagram Dr Fitri Haris
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Aliff Iskandar memaklumkan keadaan dirinya kini beransur baik setelah disahkan positif Covid-19 kira-kira seminggu lalu.
Dia yang kini sedang berada di pusat kuarantin di MAEPS Serdang, bagaimanapun masih perlu menjalani beberapa prosedur sebelum dibenarkan keluar sedikit masa lagi.
Berkongsi gejala awal, Aliff yang mula dikenali menerusi single, Perit mendedahkan, dia alami demam dan tidak sedap badan sejak 28 April lalu dan terus melalukan ujian calitan di sebuah klinik swasta pada keesokan harinya sebelum disahkan positif sehari kemudian.
“Memang saya alami demam panas, sesak nafas, batuk dan sakit kepala pada waktu itu. Saya pengsan tiga kali di rumah.
“Tapi saya tak tunggu lama dan terus melalukan ujian calitan memandangkan keadaan tersebut tidak pernah dialami sebelum ini.
“Bila dapat sahaja keputusan, klinik tersebut terus memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ambulans malam itu juga ‘jemput’ untuk dikuarantin di MAEPS Sedang,” katanya.
Sementara itu, Aliff menambah, rakan serumahnya juga sudah melakukan ujian calitan dan mereka didapati positif seminggu kemudian.
Manakala pihak pengurusan tempatnya belajar juga sudah melakukan beberapa saringan untuk mengenal pasti kontak rapat.
Dalam pada itu, Aliff menyatakan yang dirinya sudah semakin sihat daripada wabak berkenaan. Gejala demam dan batuk yang dialaminya juga sudah pulih dan dia hanya menunggu masa untuk keluar daripada tempat tersebut.
“Memang keadaan saya agak lemah pada peringkat awal. Tapi beberapa hari kemudian semuanya semakin baik dan saya dapat rasakan perubahan itu. Saya beruntung kerana tidak mengalami komplikasi yang serius.
“Di sini saya diberikan layanan baik dan kami sama-sama membuat pelbagai aktiviti seperti mana yang disarankan oleh petugas kesihatan. Jangan takut, semuanya akan baik-baik saja, insya-Allah,” katanya lagi.
Menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu pengajaran untuknya lebih berhati-hati selepas ini, Aliff memohon maaf kepada kontak rapatnya yang terpaksa melakukan kuarantin kendiri setelah dirinya disahkan positif.
“Saya minta maaf kerana menyusahkan rakan-rakan yang lain. Tidak ada siapa mahu menerima dugaan sebegini tapi saya reda.
“Ramai yang menitipkan doa dan kata-kata semangat terutamanya keluarga dan sahabat yang sudah mengetahui perkara ini.
“Untuk mereka yang berada di luar sana, jaga diri, jaga jarak dan ikut SOP yang ditetapkan. Kalau kita jaga diri, insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya.
Aliff merupakan artis naungan Indigital Music dan baru sahaja melancarkan lagu Sedar Ku bersama Syahmi Irfan, Syafiq Naser dan Killa Driz sempena Ramadan.
Selepas ini, dia bakal muncul menerusi single berjudul Takdir.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.