Sebagai seorang ibu pastinya apabila melihat anak yang dilahirkan sakit, kita juga akan turut merasakan kesakitan itu.

Itulah juga yang dirasakan oleh pelakon, Serina Redzuawan apabila anaknya mengadu sakit mata selepas terjatuh dan terkena besi di padang bola.

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Serina menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik sebuah video yang merakamkan anaknya sedang dirawat oleh doktor di klinik.

Menurut Serina setelah perkara ini berlaku, dia berharap supaya dia menang dalam kes hak penjagaan anaknya dan mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua.

IKLAN

Dalam pada itu Serina juga berkata, bekas suaminya, Gavin tetap ayah kepada anak-anaknya dan berjanji tidak akan menghalang Gavin untuk berjumpa dan meluangkan masa bersama anak-anak mereka.

“Masa bawak jumpa Doktor ni..i risau Isabella kata pandangan mata dia mcm Kabur, mengadu sakit. Sebab masa jatuh mata dia kena pada Besi kat padang Bola. Sebagai Ibu if Anak U all cedera mcm ni sure sedih kan? Sakit Dia kita sebagai Ibu pun terasa sakit.Tak cukup kuat lagi kenapa Serina nak ambil semula Hak penjagaan ? Sampai keselamatan & Kebajikan Mereka terabai. Dah cedera pun di biarkan. I juga yang bawak jumpa Doktor. Apa pun Serina harap semua mendoakan yg terbaik supaya I menang kes penjagaan Anak anak. Gavin tetap Ayah kepada mereka Janji Serina,I takkan halang mereka luang masa.I bukan manusia Jahat yg suka Nak bermusuh dan tidak pisahkan kasih sayang Anak & Seorang Ayah,” tulis Serina di ruang kapsyen perkongsiannya.

Di ruang komen pula MH lihat rata-rata peminat dan pengikut Serina mendokan yang baik-baik buat artis kesyangan mereka ini agar segala urusan dipermudahkan.

IKLAN

sethamil: berpantangsemoga segalanya dipermudahkan dan selesai dengan segera. elok lah serina fight habis2 ambil hak penjagaan penuh. tempat anak sebaiknya dgn ibu

ikiedaz: All the best @serinaredzuawan ..semoga berjaya mendapat hak penjagaan anak2. Dan sebaiknya anak bawah umur ini memang berada bersama ibu..

IKLAN

drhalina: @serinaredzuawan I hope you dapat hak jagaan your kids.. kuatkan semangat ok! mudah2an Allah permudahkan urusan you.. in shaa Allah..

MH juga doakan agar segala urusan Serina untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anaknya dipermudahkan.

Sumber: Instagram Serina Redzuawan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI