Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al Islam sekali lagi berkongsi berita duka apabila mengesahkan dirinya turut positif Covid-19 selepas beberapa anak serta suaminya, turut positif wabak berkenaan.
Rebecca memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran terkininya di Instagram.
Dia mengakui meski pada awalnya negatif, namun ia bertukar sebaliknya setelah menjaga suami dan anak-anak yang didapati positif.
“Pada Awal nya Saya Negative. Akhirnya MUMMYBECCA juga di sahKan #PositiveCovid19 setelah menjaga suami dan anak anak TerCINTA.
SIHAT seperti Sedia Kala Ya semua. Secara JUJUR mummy juga Hampir tumbang semalam kerana tidak boleh tidur dan terFikir Dgn Sekelip Mata Segalanya Dari Sang PENCIPTA,” tulisnya.
Bekas peserta Dewi Remaja sezaman Scha Alyahya ini juga mengakui kasihan melihat akan keadaan suaminya serta anak-anak yang dijangkiti Covid-19.
“TerLalu Laju, Bahaya Sgt2 #Covid19 ni. Kesian Tgk Suami dan Anak Anak Semua. Jadi MUMMYBECCA tak sampai hati dan TerPaksa Masuk BerCampur dgn mereka Semua utk memberi ubat dan sebagainya.
Ads
“Demi Anak anak Dan Suami Yg TerLalu lemah, MUMMYBECCA Cuba KuatKan diri, Dan Akhirnya Malam Tadi, MUMMYBECCA juga DisahKan #positiveCovid19.
“Saya REDHA dgn Ujian Ini #InsyaAllah. Terima Kasih Diatas DOA Anda Semua. #SayaAmatHargai,” tulisnya lagi.
Kelmarin, Rebecca memaklumkan suaminya Datuk Norazam Sulaiman dan enam anak mereka iaitu Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al Raffael, Nor Ahmet Al Reaggan dan Nor Aurora Riana, serta tiga pembantu rumahnya iaitu Haishatul Akmal, Nur Ain dan Farrah positif virus itu.
Ads
Menerusi perkongsian sama, Rebecca turut memaklumkan bahawa keadaan suaminya sedikit teruk berbanding yang lain.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Platform penstriman video dengan kandungan Islamik, Nurflix giat memperkasa empayar mereka agar tidak terhenti akibat pandemik COVID-19 sejak inisiatifnya dilancarkan pada Julai tahun lepas.
Sedar dengan kekangan dan keterbatasan melanjutkan produksi penggambaran dan pembangunan kandungan, Nuflix telah melancarkan inisiatif pembinaan rangkaian media islamik antarabangsa.
Menurut Syah Mohamed selaku Ketua Pegawai Eskekutif Nurflix, kesan pandemik telah membuatkan mereka memperkasakan jalinan penerbitan dan media dengan menjangkau rangkaian kerjasama bersama syarikat penerbitan dan media islamik dari luar negara.
“Kami mahu mencapai objektif dalam usaha memberi manfaat kepada penggiat seni dan komuniti.
“Kita akan ada kandungan serta kolaborasi dari syarikat penerbitan luar seperti dari United Kingdom, Mesir, Qatar, Turki dan Indonesia. Melalui kolaborasi ini, dianggarkan akan ada lebih 1,000 konten untuk ditonton menjelang akhir tahun ini, InshaAllah” katanya lagi.
Bukan itu sahaja, Nurflix juga sedang dalam perbincangan dengan platform penstriman islamik seluruh dunia bagi membina gabungan kerjasama penyebaran kandungan media yang sopan dan bermanfaat untuk generasi.
“Dengan jalinan rangkaian ini kita berharap kandungan dan program dari luar boleh kita tonton di Nurflix dan kandungan dari Malaysia juga ditonton di luar sana. Sudah tiba masa untuk rangkaian ini diperkasakan.” terang Syah mengenai kewujudan rangkaian platform, pemasaran dan penerbitan ini.
“Kemasukan kandungan-kandungan luar ke dalam Nurlix juga akan memberi peluang pekerjaan post-produksi, terjemahan kandungan dan alih bahasa. Inisiatif ini juga dibuat agar khalayak akan dapat terus menikmati kandungan patuh Syariah dalam dan luar negara yang disajikan kepada pengguna,” katanya.
Lebih istimewa, Nurflix juga mempunyai sasaran untuk menjadi platform pembelajaran, bukan semata-mata hiburan dengan menonton filem dan drama semata-mata.
Sehubungan dengan pemerkasaan kerjasama dan pelebaran kandungan luar, produk milik Sutera Hijau Ventures Berhad ini akan melancarkan aplikasi natif ‘Nurflix Goldfish 2.0’ lengkap untuk pelbagai peranti iOS, Android dan Smart TV bagi menggantikan aplikasi hybrid sedia ada sejak pelancaran Nurflix Beta pada Oktober 2020.
“Naik taraf ini akan dilancarkan sempena 1 Muharram atau 10 Ogos 2021 dan akan memberi kelebihan kepada pengguna kerana ia akan lebih stabil dan pantas,” terang Syah mengenai pengukuhan aplikasi natif yang akan dilaksanakan kelak.
Dengan penambahbaikan yang sedang giat diperkasa ini, Nurflix berharap agar dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penggiat-penggiat media Islamik sekaligus menggerakkan ekonomi terutama di sektor penerbitan dan media sepanjang dunia dilanda pandemik.
Harga pakej langganan baharu juga akan turut diumumkan pada Ogos akan datang.
Aplikasi Nurflix boleh dicapai melalui laman web nurflix.tv, Apple Appstore & Google Playsore.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran suami tercinta, pelakon Risteena ada menitipkan ucapan istimewa buat Isa Khan atau nama sebenarnya Mohamad Fara Aidid Ali Dad Khan.
Sambil memuat naik foto keraian, kek hari jadi berupa PlayStation edisi kelima (PS5) kepada suaminya turut menjadi perhatian!
Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, kakak kepada pelakon Ruhainies ini meluahkan rasa syukur kerana memiliki seorang suami yang baik serta penyayang.
“Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan seorang pasangan yang sangat hebat. Terima kasih Ya Allah kerana menulis nama Mohamad Fara Aidid sebagai jodoh aku di Lauhul Mahfudz.
“Aku sangat beruntung kerana ada seorang suami yang sangat penyayang dan memberikan aku cinta yang sangat luar biasa. Akan aku jaga hubungan ini hingga ke syurgaMu Ya Allah.
“Suamiku, saya berjanji seumur hidup akan selalu menemani dan menyayangi mu sayang.
Selamat ulang tahun, Ya Qalbi @theisakhan PS5 Birthday Cake by Amazing
@madaboutcake_official,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama memberikan dedikasi selamat hari jadi buat pelakon berkenaan.
Malah tak kurang yang mendoakan agar bahtera perkahwinan pasangan selebriti ini kekal buat selamanya.
Kembali dengan single baharu berjudul Hamba, pelakon dan penyanyi Fattah Amin mengakui isterinya, Fazura turut sama memberikan pandangan terhadap lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan Mel Ramlan itu.
Menurut Fattah, ada beberapa bahagian yang turut mendapat reaksi isterinya itu demi menghasilkan versi final yang terbaik.
“Dia suka, happy dengan lagu ini. Malah Fazura turut juga ada bagi idea mengenai lirik video single ini, begitu juga dengan lagu. Dia ada berikan pendapat.
“Input yang diberikan itu juga membantu dalam proses penghasilannya,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai single tersebut menerusi sidang media yang dijalankan secara virtual baru-baru ini, Hamba dilihat sebagai refleksi diri individu ketika berhadapan dengan situasi pandemik ketika ini.
Tidak dinafikan, wabak COVID-19 yang menular ketika ini bukan sahaja mampu melumpuhkan ekonomi tetapi turut menjejaskan emosi hingga ada yang mengambil jalan singkat dengan menamatkan riwayat hidup.
Justeru, kata Fattah, sebagai hamba-Nya, adalah menjadi tugas kita untuk terus berdoa dan bersujud kepada Allah supaya segala kesukaran yang dihadapi akan segera berakhir.
“Lagu ini sebenarnya termasuk dalam tiga projek khas yang saya jalankan bersama komposer Hafiz Hamidun. Projek pertama adalah lagu Kiriman Agung dan diikuti pula dengan Sinar Selawat.
“Seperti yang diketahui, dua lagu itu ada kaitan dengan kelahiran cahaya mata saya, Nur Fatima Aisya. Bagaimanapun untuk lagu HAMBA ini, ia tiada kaitan dengan anak saya.
“Sebaliknya ia berkisar kepada penyerahan jiwa seorang hamba kepada Tuhannya. Walaupun berdepan dengan pelbagai ujian dan rintangan, kita jangan mudah putus asa.
“Sebagai hamba kita hanya mampu untuk berdoa dan Allah yang akan makbulkan permintaan kita itu. Insya-Allah akan ada jalan keluar untuk semua ini,” katanya lagi.
Berkongsi proses rakaman lagu itu, pemilik nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin ini memaklumkan lagu ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan iaitu setahun.
“Lagu ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Ini berlaku kerana proses rakamannya banyak kali tertangguh disebabkan situasi pandemik yang dihadapi.
“Selain itu, penghasilan lagu ini juga dibuat dengan cukup teliti. Kalau saya dapati ada bahagian yang tak berapa berkenan di hati, saya akan minta dibuat penambahbaikan.
“Bila saya betul-betul berpuas hati dengan hasilnya, barulah saya bersedia untuk melancarkan lagu itu. Lambat pun tak mengapa asalkan hasilnya dapat memuaskan hati semua pihak,” ujar Fattah.
Tidak seperti lagu yang pernah dihasilkannya sebelum ini, untuk Hamba, Fattah turut berkolaborasi dengan penyanyi rap, Kmy Kmo.
Mengulas perkara itu, bapa kepada seorang cahaya mata ini mendedahkan, ia dibuat untuk memberikan kelainan terhadap buah tangan terbaharunya itu.
“Setiap kali menghasilkan lagu baharu, saya sentiasa memikirkan apakah kelainan yang boleh dilakukan. Memandangkan saya tidak pernah berkolaborasi dengan penyanyi rap sebelum ini, saya pun menyuarakan hasrat itu kepada label iaitu Universal Music Malaysia.
“Selepas mengadakan perbincangan, akhirnya mereka memilih Kmy Kmo untuk berduet dengan saya dalam lagu itu. Dalam lagu ini, dia menulis sendiri lirik dan juga mencipta melodi bahagian yang dinyanyikannya.”
“Bagi saya Kmy sangat berbakat dan selepas mendengar hasil kerjanya, saya terus suka kerana melodinya sedap didengar dan liriknya selari dengan jalan cerita lagu ini. Perkara itu menjadikan kombinasi kami menjadi lebih menarik,” puji Fattah.
“Selepas tiga kali berturut-turut menghasilkan lagu berkonsepkan ketuhanan, timbul tanda tanya, apakah Fattah kini sudah beralih arah untuk bergelar penyanyi nasyid. Menafikan perkara itu, Fattah menyatakan apa yang dilakukannya itu hanyalah untuk mencabar kebolehan diri serta mahu menjadi penyanyi serba boleh.
“Sebelum ini saya memang dikenali sebagai penyanyi balada dan saya juga pernah bereksperimen dengan muzik saya menerusi lagu Bebas. Bila saya menyanyikan lagu bergenre ketuhanan, bukanlah bermakna saya nak jadi penyanyi nasyid.
Sebaliknya saya hanya mahu mempelbagaikan genre muzik saya supaya orang tak bosan dan nampak statik,” ungkapnya.
Muzik video lirik lagu berkenaan sehingga kini sudah pun ditonton lebih 22,000 tontonan selepas dimuat naik di YouTube.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.