![17BDF6CE-BCE0-4BB3-9974-D3D527952274](https://cdn.mediahiburan.my/2022/11/17BDF6CE-BCE0-4BB3-9974-D3D527952274-696x392.jpeg)
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya terkenal bukan sahaja kerana kehebatan suaranya tetapi budi pekertinya yang sangat merendah diri.
Perkara tersebut turut diakui oleh penerbit album, komposer dan jurutera muzik terkenal, Roslan Aziz.
Bercakap di program Youtube, Kerusi Dj Naz terbitan Molek FM, Roslan memberitahu, dia sudah lama mengenali sosok seorang Siti Nurhaliza dan amat mengagumi penyanyi tersebut kerana sifatnya yang sangat menghormati orang lain.
“Siti Nurhaliza ini dia seorang penyanyi yang punyai kehebatan luar biasa. Saya pernah berkerja dan bergaduh dengan dengan dia.
“Tapi sebenarnya dengan Siti ni tak boleh nak bergaduh pun sebab dia sangat baik. Dia hormat orang. Itulah main factor seorang Siti Nurhaliza,” katanya.
Roslan merupakan individu yang bertanggungjawab selaku penerbit konsert dan jurutera rakaman sewaktu Siti menjayakan konsert istimewa di Royal Albert Hall, London pada 2005.
Pada masa sama, Roslan turut menafikan sikap yang ditunjukkan oleh penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu hanyalah sekadar dibuat-buat.
“Itu bukan PR. Memang sifat semula jadi dia sebegitu. Saya dah pernah berjumpa dengan mak dan ayah dia. Mereka juga hormat orang lain. Paling utama dia hormat diri sendiri.
“Kalau sifat tersebut dibuat-buat? Sampai bila boleh bertahan? Kalau buat-buat, sekejap je orang boleh tahu. Kalau sifat itu datang dari dalam, akan berkekalan selamanya.
“Bila hormati orang lain, barulah sifat-sifat baik yang lain akan turut terserlah,” ujarnya lagi.
Malah, Roslan turut memilih Siti sebagai tiga penyanyi pilihannya sepanjang zaman disamping Zainal Abidin dan Sheila Majid.
Setakat ini, video tersebut telah pun meraih hampir 50,000 jumlah tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Youtube Molek FM & Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Menamakan Putera Kami, Wan Khair Amir…,” – Mira Filzah & Wan Emir Kongsi Wajah, Nama Anak
![“Kami Menamakan Putera Kami, Wan Khair Amir…,” – Mira Filzah & Wan Emir Kongsi Wajah, Nama Anak](https://cdn.mediahiburan.my/2022/05/7A2F8181-01E1-4FB8-8B3C-9DA24F1B36A0.jpeg)
Pelakon dan pengacara, Mira Filzah, 29, yang selamat melahirkan cahaya mata lelaki seminggu lalu mendedahkan wajah putera sulungnya itu buat tatapan peminat.
Menerusi Instagram, Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu turut berkongsi nama permata hati iaitu, Wan Khair Amir.
Jelas Mira, ‘Khair’ bermakna baik dan elok sementara ‘Amir’ pula memberi maksud ‘orang yang memegang perintah dan pemimpin’.
“Hari ini hari ke-7 bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami, Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.
“‘Khair’ membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah Papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).
“‘Amir’ pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menerusi posting sama, Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman turut memaklumkan majlis taknik juga telah disempurnakan.
“Alhamdulillah, ibadah tahnik dan bercukur juga selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan
buat Ustaz @ddaniyaldbiyajid kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini.
“Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami.
“Ya Rabb, kami akan usaha, mengharap dan bertawakkal kepada-Mu, agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempuh kehidupan di bumi-Mu ini, membesar sebagai anak yang baik dan soleh, dan menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air, aamin YRA,” tulisnya lagi.
Terdahulu pada Januari lalu, Wan Emir mengesahkan isterinya berbadan dua selepas berbulan menyimpan rahsia.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020 dan turut diraikan dalam empat majlis berasingan.
Wan Emir turut memuat naik posting sama yang sekali gus mendapat pelbagai titipan tahniah serta doa yang baik-baik dari rakan artis dan peminat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Nora Danish Ada Sama Di Majlis Hari Jadi Raysha Jemyma, Ramai Puji Fasha Sandha – “Suka Tengok Semua Bersatu Atas Satu Silaturrahim…”
![Anak Nora Danish Ada Sama Di Majlis Hari Jadi Raysha Jemyma, Ramai Puji Fasha Sandha – “Suka Tengok Semua Bersatu Atas Satu Silaturrahim…”](https://cdn.mediahiburan.my/2021/11/WhatsApp-Image-2021-11-08-at-5.02.23-PM.jpeg)
Pelakon, Fasha Sandha telah mengadakan sambutan majlis hari jadi buat anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma yang kini sudah genap usia 7 tahun.
Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan berkongsi momen menarik sepanjang majlis tersebut di akaun media sosial Instagram miliknya.
Di samping menitipkan ucapan, Fasha turut rasa syukur kerana berkesempatan meraikan ulang tahun kelahiran anak keduanya itu dalam sebuah majlis yang diadakan serba ringkas bersama keluarga.
“My seven 7.11 baby, Cinta hati ibu, my BFF Rasa macam cepat sangat sayang ibu besar
I love you sweetheart, Semoga membesar menjadi anak yang baik dan solehah ya sayang.
“Kita buat majlis sederhana ya sayang, asalkan sayang ibu happy. Terima kasih family dan teman rapat Jemyma untuk doa, hadiah dan ucapan.
“Happy birthday sayang ibu I love you babygirl @putrirayshajemyma #jemymaturns7 Esok ibu sambung letak gambar n video k @putrirayshajemyma,” tulisnya.
Turut kelihatan ialah anak pertama kepada pelakon Nora Danish iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang ada bersama bagi meraikan majlis.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan pujian apabila melihat hubungan baik yang terjalin di antara kanak-kanak itu.
“Reyqal bagus betul didikan parents dia.syg adik adik dia,” tulis seorang peminat.
“Bagus laa reyqal pun join birthday adik,” puji lagi seorang peminat
“Suka tgk anak2 semua bersatu atas 1 silaturahim..,” titip lagi seorang wargamaya.
Imbas kembali, Nora sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Namun, perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan selama 2 tahun selepas mereka telah disahkan bercerai pada bulan Julai 2008.
Manakala, Fasha juga pernah mendirikan rumah tangga Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 8, dan Putri Raysha Jemyma, 7.
Selepas itu, Fasha berkahwin bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.
Foto: Instagram Fasha Sandha, Nora Danish
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Ambil Tema Back To School. Ini Foto Sekitar Majlis Meet & Greet Mya Ruslee Bersama Peminat, Meriah!
![[GAMBAR] Ambil Tema Back To School. Ini Foto Sekitar Majlis Meet & Greet Mya Ruslee Bersama Peminat, Meriah!](https://cdn.mediahiburan.my/2018/12/D47878F4-03F3-43A0-98E1-B22920A7CDB9.jpeg)
Pelakon dan penyanyi Mya Ruslee baru-baru ini telah mengadakan majlis ‘Meet & Greet’ bersama peminatnya di sebuah restoran di Subang Jaya.
Majlis yang disambut meriah itu berkonsepkan Back To School apabila kelab peminat Mya iaitu Cik Bunga Fans Club (CBFC).
Lalu, rata-ratanya telah mengenakan set persalinan baju sekolah.
View this post on InstagramA post shared by Mya Matahari Official (@myaruslee) on
View this post on InstagramA post shared by Mya Matahari Official (@myaruslee) on
View this post on InstagramA post shared by Mya Matahari Official (@myaruslee) on
View this post on InstagramA post shared by Mya Matahari Official (@myaruslee) on
View this post on InstagramA post shared by Mya Matahari Official (@myaruslee) on
View this post on InstagramA post shared by Mya Matahari Official (@myaruslee) on
Untuk rekod, Mya merupakan tempat kelima dalam program realiti Gegar Vaganza 5 dan berjaya membawa pulang wang tunai RM15,000 sumbangan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort beserta piala Gegar Vaganza.
Foto : IG Mya Ruslee
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI