Pelakon yang juga anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz mengakui sukar buat dirinya untuk menolak tawaran berlakon dibawah arahan pengarah berbakat besar seperti Syafiq Yusoff meski pun dia harus membawakan watak sebagai seorang ustazah.
Jelas Azira, dia menyifatkan filem, Penunggang Agama sebagai pengalaman baru buat dirinya sepanjang berkecimpung di dalam dunia lakonan.
“Bila saya dapat tawaran ini, susah untuk saya menolaknya. Lebih-lebih lagi bila Syafiq Yusoff pula yang jadi pengarah. Saya tidak pernah bekerja dengan dia. Oleh kerana itu, saya pastikan yang saya akan berikan yang terbaik.
“Setiap kali saya ditawarkan untu menjayakan sesebuah projek, saya akan baca dulu jalan ceritanya. Bila saya dah baca, saya dapat rasakan ia sesuatu yang baru dan belum pernah saya buat sebelum ini,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, Azira mendedahkan dia juga harus berfikir panjang sebelum menerima watak ini kerana dia juga sedar akan kebolehan yang dimilikinya.
Ads
“Sejujurnya memang saya berfikir panjang sebelum terima tawaran ini. Bila kita nak bawa watak ustazah, sudah tentu semuanya berbalik kepada diri kita semula.
“Walaupun hanya sebagai seorang pelakon yang melakonkan sesuatu watak, saya risau juga akan faktor-faktor lain.
“Tapi bila saya fikir balik, saya yakin kadang-kala kita kena cabar diri untuk keluar dari zon selesa,” kongsinya lagi.
Bintang berusia 29 tahun ini, berkata sedemikian sewaktu ditemui media baru-baru ini.
Ads
Dalam pada itu, Azira turut berterima kasih kepada Syafiq kerana telah banyak memberikannya tunjuk ajar sepanjang menjayakan watak tersebeut
“Di set pengambaran, Syafiq telah sediakan seorang yang arif untuk bantu saya. Dia yang beri tunjuk ajar pasal ayat-ayat Al-Quran yang saya kena baca. Setiap surah yang kita gunakan itu ada maksud yang tersendiri.
“Saya diberi pilihan. Jadi, saya memilih ayat yang selesa untuk saya bawa dalam watak tersebut.
Ads
“Kalau ikut logik akal, bila lakonkan babak seram, kita tak boleh baca ayat tersebut macam mengaji biasa. Perlu ada penghayatan.
“Alhamdulillah, bila saya baca ayat-ayat tersebut ada orang yang akan betulkan bacaan dan sebutan saya. Kalau salah, saya akan buat semula. Saya juga confirkan dengan dia banyak kali,” akhirinya.
Filem Penunggang Agama sudah mula boleh ditonton secara langganan menerusi saluran Astro First.
Selain Azira, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat yang lain antaranya Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon, Miera Leyana yang mengumumkan mengenai kehamilan anak pertama yang, lapor Berita Harian.
Usia kandungan Miera atau nama sebenarnya, Miera Leyana Kasmi kini tujuh bulan dan dia turut menzahirkan rasa syukur kerana tidak mengalami alahan teruk sepanjang kehamilan.
“Saya tiada alahan seperti muntah pada waktu pagi seperti kawan-kawan yang lain. Cuma yang ketara, selera makan makin bertambah. Saya juga tidak mengidam juadah pelik-pelik.
“Cuma lebih kepada teringin hendak makan angin di luar negara seperti London, Paris dan menunaikan umrah,” katanya seperti yang dipetik.
Bercakap mengenai jantina anak yang bakal lahir pula, bintang berusia 27 tahun ini sepakat bersama suami, Rosland Othman untuk tidak mendedahkanya buat masa ini.
“Tunggulah sehingga bayi lahir, baru kami umumkan kepada semua. Kami lebih selesa jantina anak ini menjadi kejutan,” katanya.
Miera sebelum ini sinonim menerusi penampilannya di dalam filem Apokalips X.
Sementara itu, Rosland turut teruja sebaik mendapat tahu isterinya hamil anak sulung mereka.
“Semoga dengan kehadiran cahaya mata pertama kami ini akan menambahkan lagi seri dan kebahagiaan rumah tangga kami,” katanya.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga, Julai tahun lalu.
Foto: Instagram Miera Leyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara terkenal, Didie Alias ada berkongsi foto dirinya bersama dengan pengacara Uyaina Arshad di laman media sosial Instagram miliknya.
Difahamkan, kedua-dua selebriti ini telah terlibat dengan program hiburan Famili Duo yang bersiaran di saluran TV3.
Menariknya, penampilan ibu kepada enam orang cahaya mata ini nyata kelihatan sangat bergaya dan elegan.
“Good Morning With my beautiful girl @uyainaarshad#familiduo,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen entri berkenaan.
Lantas, perkongsian bintang drama bersiri Takdir Yang Tertulis ini telah menjadi perhatian peminat.
Bukan itu sahaja, rata-rata peminat memuji penampilan Didie yang tampak sangat bergaya meski sudah menjangkau usia 49 tahun.
Sekadar informasi, Famili Duo ini telah dihoskan oleh Uyaina manakala Didie dan pelawak Mark Adam sebagai juri tetap program yang bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di TV3.
Foto: Instagram Didie Alias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Satu perkongsian daripada penyanyi, Farawahida menerusi status bergambar di Facebook mencuri perhatian ramai.
Di dalam foto yang dimuat naik pagi ini, penyanyi yang sinonim dengan lagu Semuanya Ada Di Sini itu merakam gambar bersama seorang lelaki dengan kapsyen ringkas.
“Tunang…,” tulisnya.
Bagaimanapun, wajah lelaki berkenaan ditutup dengan bunga tangan yang dipegang Farawahida.
Foto sama turut dikongsikan menerusi Insta Stories, di Instagram buat tatapan umum.
Mengenakan persalinan sedondon di pelaminan, perkongsian tersebut turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada para pengikutnya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai majlis tersebut kerana Farawahida masih belum berkongsi perkata itu secera terperinci.
Untuk rekod, dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Shukor Mohd Zain di Sentosa Villa Resort, Taiping, Perak pada 16 Disember 2013.
Foto: Facebook Farawahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.