“Tak Boleh Ada Kipas Nanti Mata Berair!” – Jurusolek Epie Temerloh Buka Rahsia 5 Ragam Artis Kita Bila Disolek, Termasuk Anzalna & Datuk Siti!

Share

Jurusolek popular, Epie Temerloh ada berkongsi cerita menarik mengenai ‘tabiat’ atau rutin selebriti wanita popular yang mungkin ramai tidak tahu.

Sering bekerjasama dalam mana-mana projek seni, Epie bercerita perihal barisan lima figura yang sering disoleknya, termasuk penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Mulai terlibat dalam dunia solekan secara profesional sejak sekian lama, Jurusolek asal Pahang ini mendedahkan Bienda merupakan antara penyanyi terawal yang menggunakan servis solekannya.

Bagi Epie, Bienda ada pesona tersendiri hingga mampu ‘membawa’ apa sahaja konsep solekan yang dikenakan.

Sementara penyanyi senior, Ramlah Ram pula alah kepada kipas kerana matanya mudah berair, kongsi Epie.

“Hampir 10 tahun kerja dengan kak Ramlah dia okay saja cuma tak boleh ada kipas atau aircond di depan nanti matanya berair kerana matanya sensitif.

“Sebab itu kadang-kadang kita sebagai makeup artist kena alert mengenai perkara tersebut. Contohnya kalau  ke studio yang pertama kali atau hotel yang tak pernah kita pergi, saya akan peka dan cari di mana lubang aircond dia.

“Manakala Anzalna wajahnya babyface. Tak boleh tersalah warna. Macam pengalaman saya bila kerjasama dengannya, dia akan cantik bila dikenakan warna yang lembut, coklat atau yang paling selamat ialah warna oren (jingga),” katanya lagi.

Mulai rapat dengan isteri kepada Shuib Sepahtu, Sarah Raissuddin sejak penyanyi itu terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ketiga, Epie menyifatkan Sarah pula gemar main telefon ketika sedang disolek, sama seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Datuk Siti dia suka mekap dan kami selalu bercakap mengenainya. Kalau tidak macam tu, dia akan jadi tiga jam daripada sejam.

“Selain itu Datuk Siti juga suka makan. Kalau saya mekapkan dia, saya akan sediakan ruang khas bagi sudut untuk makanan. Malah perbezaan mekapkan Datuk Siti juga agak ketara apabila adanya Aafiyah,” jelasnya panjang lebar.

Ikuti perkongsian penuh dari Epie di sini;

IKLAN