Susulan insiden membabitkan diri serta anaknya, Laana Haura, penyanyi dan pelakon Lufya Omar mengakui dia sudah pun membuat laporan polis, pagi tadi.
Meski masih trauma selepas berdepan detik cemas dipukuldi bahagian kepala dan badan dengan kayu dalam cubaan menculik anaknya di sebuah taman permainan di Kota Damansara, Lufya menjelaskan laporan tersebut polis dibuat di Balai Polis Kota Damansara sekitar kira-kira jam 6 pagi.
“Tak ada istilah saya cuba membuat drama atau mengada-adakan cerita kerana melengahkan urusan membuat laporan polis. Ini soal nyawa yang bukan boleh diperjudikan.
“Jujur saya dan anak masih dalam keadaan trauma. Malah pada masa sama, saya juga dalam rawatan di hospital. Jadi saya ambil masa bertenang untuk bawa hal ini kepada pihak polis.
“Selepas rawatan di hospital pagi tadi, saya dan anak ke balai polis. Kebetulan waktu itu tiada ramai orang, jadi kurang sedikit rasa trauma itu. Setakat ini saya serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan,” katanya.
Terdahulu, di dalam kejadian jam 4 petang 26 Jun lalu, Lufya mendakwa seorang lelaki berbadan besar telah memukulnya dengan teruk ketika cuba menyelamatkan anaknya.
Sementara itu, Lufya atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar menafikan lelaki yang memukulnya itu adalah bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum.
“Lelaki itu orang asing yang saya sendiri tak kenal. Dan bukan bekas suami saya seperti yang ditebak netizen.
“Ada yang anggap keterangan gambar saya mendedahkan insiden ini di Instagram (IG) bertulis lelaki dayus merujuk kepadanya itu tidak benar sama sekali.
“Bagi saya mana-mana lelaki yang memukul wanita adalah seorang dayus. Kita belum tahu siapa pelakunya. Cuma jangan babitkan dia (Hafiz), biar polis buat kerja mereka,” katanya lagi.
Ads
Lufya pada masa sama menjelaskan, niatnya berkongsi insiden itu di Instagram sebagai langkah berhati-hati kepada golongan wanita terutama yang mempunyai anak.
“Sejujurnya saya risau dengan komuniti masyarakat di Damansara, sebab itu saya beranikan diri mendedahkan insiden itu. Walaupun saya masih tebal dengan perasaan trauma.
“Malah saya difahamkan sebelum saya kena pun, sudah berlaku kejadian sama,” katanya.
Lufya menyifatkan peristiwa hitam itu umpama babak drama yang ditontonnya di kaca TV dan pawagam.
“Selama ini, saya melihat babak atau aksi ganas dalam kaca televisyen dan pawagam.
“Namun, saya menempuhnya sendiri, dua hari lalu. Lelaki ini memukul saya dengan kayu pada bahagian kepala dan badan menyebabkan saya alami kecederaan agak teruk.
“Syukur, saya dan anak selamat. Ketika kejadian, Laana sempat menjerit meminta tolong, namun, tiada sesiapa di tempat kejadian dapat membantu.
Ads
“Nasib baik, saya pernah belajar bertinju, jadi boleh mempertahankan diri apabila berlaku situasi tak terduga ini.
“Saya sempat menendang muka dan menumbuk alat sulit lelaki ini, sebelum berjaya menyelamatkan diri,” dakwa Lufya.
Pengusaha Luvyacakes itu menambah, sebagai manusia, dia harus sentiasa peka dan berjaga-jaga dalam apa juga situasi.
“Selalunya golongan wanita dianggap lemah, jadi ada ilmu mempertahankan diri.
“Dengan izin Tuhan, saya dapat melawan, sekali gus, menyelamatkan anak.
“Manusia zaman sekarang sanggup buat perkara keji dan semakin hilang perikemanusiaan,” katanya.
Ads
Menerusi Harian Metro pada Selasa, Hafiz
menafikan dia terbabit dengan insiden itu dan mendakwa tuduhan netizen adalah fitnah.
Katanya, dia masih berfikiran waras dan tidak sanggup menggunakan kekerasan semata-mata mahu berjumpa anak.
“Tuduhan netizen itu adalah fitnah. Sebagai bapa saya tak sanggup buat macam tu. Kalau nak jumpa anak, saya akan minta izin. Kalau tak dapat jumpa, saya runding baik-baik.
“Kalau nak jumpa saya akan cakap baik-baik dan bukan mengamuk. Kalau dia tak bagi, saya cuba dan minta lagi. Bukan dengan kekerasan. Saya akan cuba faham jika tak dapat jumpa. Saya tetap sabar dan tak putus asa.
“Kalau nak jumpa kenapa perlu serang. Saya bukan jenis berdendam. Perkara lepas biarlah berlalu. Saya sudah lama ‘move on’ dan sudah ada kehidupan baru. Takkan nak upah samseng,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Okie. I think I need to talk about this.
Tentang seorang pelakon wanita ni yg suka bercerita hal pekung set shooting dia kat tiktok sebagai content. Mula mula abam tak kisah sangat. Yer lah dia cerita pasal pengalaman dia kan. Hak dia lah. Acc tiktok dia pun.
“Tapi lately ni abam tengok dia makin galak pulak membuka pekung set dia pada public demi meraih likes dan views. Habis segala cerita buruk ‘rumahtangga’ kami didedahkan pada umum dan ada yg dah jadi viral.
“Abam cakap jadi viral sbb ramai dah yg send abam video tiktok beliau ‘mengumpat’ perangai artis dan pengarah tertentu secara terbuka,” tulisnya.
Mengakui industri seni tanah air sememangnya mempunyai banyak kelemahan, namun, Shahrulezad
berpendapat segala jenis bidang pekerjaan sekali pun turut mempunyai cacat cela yang tidak seharusnya diceritakan kepada umum.
“Dik. Abam tak cakap dunia hiburan drama atau filem ni sempurna. Rumahtangga kita ni tak lepas dari cacat cela tapi kalau boleh sorok sorokkan lah aib tu pada public. Jangan di jaja sangat. Aib tu. Abam tak faham apa motif awak cerita pekung semua kawan kawan artis awak mahupun director awak pada public.
“Untuk apa? Tapi apa yg abam faham awak buat kami sebagai penggiat akan menjauhkan diri kami dari awak disebabkan mulut awak yg terlalu lancang itu. Penonton atau netizen tak perlu tahu sebenarnya. Abam sendiri selalu berdepan dengan issue issue begini di set tapi abam lebih suka simpan sendiri.
“Kalau abam nak membawang pun only among us between producer atau pengarah. The rest abam tak akan bercerita pada public apatah lagi jadi bahan content. Maruah keluarga perlu dijaga.
“Awak bukan tak tahu pandangan org luar pada dunia artis ni macam mana. Ni awak sendiri sebagai artis membuka pekung lagi aib sendiri nak buat apa dik. Lagi lah org pandang ‘hina’ pada kita,” jelasnya lagi.
Kenyataan tersebut dimuat naik menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dikesempatan itu, Shahrulezad turut menasihati pelakon terbabit untuk menghentikan perbuatan tersebut kerana ia akan menjejaskan reputasinya dikemudian hari.
“Kalau kemaruk nak create content sekali pun cariklah benda benda yg mendatangkan faedah pada semua bukannya dengan cara mendedahkan aib yg kalau boleh kita semua nak tutup.
“Untuk pelakon wanita tu. Dah dah ler membuka pekung kita semua yer. Terus terang cakap abam takut nak propose nama awak kat stesyen kalau awak terus kekal dengan cara begini. Bahaya dik. Esok lusa kalau awak masuk set abam entah apa aib kami awak jaja nanti.
“Semua keluarga ada aib masing masing. Apa perasaan korang kalau ada salah seorang ahli keluarga korang sejenis suka mendedahkan aib keluarga pada orang. Mesti korang tak suka kan?,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Budak Ijad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rakan baik Zarina Anjoulie, bintang Instagram yang juga juru solek, Aizat Abdul Razak mengesahkan selebriti itu telah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Eilyas Azhar pagi tadi dengan sekali lafaz.
Berwalikan bapanya, Zarina dan pasangan difahamkan berkahwin di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan sebagaimana beberapa posting yang dikongsikan menerusi Insta Stories miliknya beberapa jam lalu.
Aizat turut menambah, Zarina sepatutnya berkongsi momen bahagia bergelar isteri bersama peminat dengan melakukan sesi ‘live’ di Instagram.
Bagaimanapun, kerana terlalu gementar sesi berkenaan tidak dapat dilakukan.
Gembira kerana sahabat baiknya itu sudah pun selamat bergelar isteri orang, Aizat pada awalnya tidak menyangka Zarina yang mesra disapa Anju itu menemui kebahagiaan bersama insan tersayang.
“Sudah tentu gembira dan pada masa sama saya terkejut sebab saya sangka mereka ni hanya main-main cinta sahaja, tidak nampak serius.
“Rupanya dalam senyap-senyap, rupanya memang mencari tarikh sesuai untuk langsungkan pernikahan. Alhamdulillah dan syukur,” katanya.
Turut diadakan ialah majlis kenduri di kediaman pengantin lelaki yang dilakukan secara sederhana.
Zarina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Namun rumah tangganya itu berakhir pada Disember 2016.
Pasangan pengantin baru itu juga difahamkan bakal melangsungkan majlis resepsi dalam waktu terdekat.
Foto: Instagram Zarina Anjoulie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan mendedahkan dia bakal melakukan acara merisik buat anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, minggu hadapan.
Akui berdebar tetapi teruja, pelakon drama Kiah Pekasam yang mesra disapa Che Ta ini bagaimanapun terbuka apabila bercakap mengenai pilihan hati anak-anak.
“Tak kisah siapa pun Ammar pilih, saya hanya nak anak saya bahagia. Sebagai suami, Ammar perlu mendidik isterinya menjadi lebih baik.
“Tapi, bila dapat isteri berhijab lebih mudah. Lagi satu, bakal isteri Ammar ini juga bukan jenis yang jenis suka main media sosial,” katanya, petik Berita Harian.
Rozita menambah dia yakin wanita yang juga lulusan universiti itu mempunyai keperibadian baik biarpun baru dua kali bertemu.
“Apa yang saya tahu keluarga bakal isteri Ammar orang baik-baik dan alim. Walaupun bekerja di luar negara, bapanya kerap pulang ke Malaysia dan pernah bermain golf bersama Ammar,” katanya.
Ditanya mengenai tarikh pernikahan, Rozita memberi bayangan majlis pernikahan hanya akan dilangsungkan setahun lagi.
“Keluarga bakal menantu mahu anak sulung mereka terlebih dahulu. Selepas itu, barulah diikuti dengan majlis Ammar.
“Bagaimanapun, mengenai majlis termasuk bertunang hanya akan dibincangkan ketika merisik nanti. Doakan majlis berjalan dengan lancar,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular, Anna Jobling merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, hari ini.Menurut Anna, setiap...