“Happy birthday Papa,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.
Lalu, para peminat tidak melepaskan peluang turut memberikan ucapan dan ada di antara mereka yang bergurau, memanggil Faizal sebagai Roy, iaitu watak yang dibawanya menerusi filem Gila-Gila Remaja (1986).
Foto: Instagram Suhaila Sulaiman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham mengakui berasa amat bengang selepas mengetahui ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan videonya bagi mempromosikan aktiviti perjudian secara atas talian.
Jelas Issey, video yang telah disunting seolah-olah menampakkan dirinya sedang bermain permainan judi online itu sebenarnya merupakan salah sebuah konten yang telah dimuat di akaun Tik Tok rakan penyampai iaitu Fizi Ali.
“Assalamualaikum, hari ini saya dapat tahu satu perkara, saya telah difitnah. Ada pihak yang tak bertanggungjawab entah bangang mana dia dah pakai video saya untuk promosikan video judi online.
“Ya Allah…Allahuakbar, video tu sebenarnya daripada tiktok Fizi Ali. Dia sengaja rakam video tu semasa kami di bekerja konti Suria. Kemudian dia upload dekat akaun tiktok dia,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon sitkom JKK itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Pada masa sama, Issey juga turut memberikan amaran kepada pemilik syarikat berkenaan untuk menurunkan video tersebut dengan kadar segera sebelum tindakan undang-undang bakal diambil.
Katanya lagi, perbuatan tidak bertanggungjawab ini boleh disifatkan sebagai fitnah terbesar buat dirinya kerana ia boleh menjejas nama baiknya sendiri.
“Lepas tu, individu tu pulak yang guna video ni. Jadi saya di sini nak minta jasa baik anda semua untuk tolong sampaikan video ini kepada tauke judi mesin atau judi online ni.
“Tolong turunkan video ini dengan segera. Kalau tidak saya terpaksa bawa perkara ini ke muka pengadilan. Ini fitnah besar ni. Judi ni bukan benda main-main. Muka saya tu,” jelasnya lagi.
Meninjau diruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keji tersebut selain turut menasihati Issey supaya membawa perkara ini ke muka pengadilan.
Sumber: Instagram Issey Fazlisham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas pemain boling profesional negara, Syaidatul Afifah teruja apabila diberi kepercayaan untuk berlakon menerusi drama terbaru, Ratu Ten Pin yang mengetengahkan sukan yang amat dicintainya itu.
Jelas Afifah, sepanjang menyertai projek tersebut, dia gembira kerana dapat berkongsi selain betukar ilmu bersama mereka yang telah lama bertapak di dalam industri seni.
“Ilmu saya dalam bidang lakonan memang kosong tapi saya tetap ambil cabaran ini sebab drama ini berkonsepkan sukan boling. Kalau saya tak ambil peluang ni, bila lagi saya dapat buat cerita mengenai sukan kegemaran saya.
“Bonus mengenai projek ini, ia ibarat seperti win win situation. Saya dapat belajar mengenai dunia lakonan dan pada masa saya saya juga bagi tunjuk ajar dalam sukan boling,” katanya kepada MH.
Mengakui harus berdepan pelbagai cabaran, Syaidatul mendedahkan dirinya bersyukur kerana dikurniakan rakan pelakon serta pengarah yang tidak jemu membantunya untuk menjiwai watak.
“Karektor ini amat mencabar buat saya. Saya kena bermain dengan emosi. Saya kena jadi sombong, menangis, rasa penyesalan dan macam-macam lagi.
“Terima kepada kepada sis Sheila Rusli dan para pelakon lain yang bagi tunjuk ajar. Tanpa mereka saya memang buntu. Alhamdulillah setakat ini saya berpuas hati dengan lakonan pertama saya.
“Saya sedar saya pun masih baru dan tiada pengalaman. Kalau sebelum ini saya dah ambil cabaran terbesar mewakili Malaysia di peringkat dunia, kenapa pula saya nak tolak cabaran ini.
“Selepas sahaja saya bersara tahun lalu, saya dah tanam azam untuk cuba apa sahaja rezeki yang datang. Saya dah berkecimpung dalam sukan ini selama 20 tahun. Mungkin tiba masanya untuk saya mencuba sesuatu yang baru,” ujarnya lagi.
Bekas juara dunia acara boling berpasukan wanita 2017 itu berkata sedemikian di sesi sidang media drama Ratu Ten Pin secara virtual pada Selasa.
Ditanya mengenai pengalaman pertamanya berkerjasama dengan Sheila Rusli, Syaidatul memberitahu, dia bertuah kerana menerima layanan seperti keluarga sendiri.
“Sewaktu saya ditawarkan untuk berlakon drama ini, banyak pihak seperti ingin menakutkan saya dengan mengatakan Shiela Rusli seorang yang garang dan tegas lebih-lebih lagi kepada pelakon baru.
“Tapi jujur saya katakan, bila saya pertama kali berkerja dengan JS Pictures, saya dapat rasakan hubungan kekelurgaan tu sangat kuat. Jadi, semua persepsi yang saya dengar di luar tu ternyata tak betul.
“Sis Shiela ni garang bertempat. Kita perlukan ketegasan seperti itu untuk hasilkan kerja yang bagus. Apapun, saya sangat happy berkerja dengan JS Picture,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.