Penyampai radio Dj Lin, rasa syukur kerana tahap kesihatannya sudah pun beransur pulih dan kini berada di dalam kondisi baik untuk terus memberikan fokus kepada komitmennya terhadap Suria FM.
Menurut Dj Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, dia berterima kasih kepada semua pihak yang henti-henti menitipkan doa yang baik buat dirinya.
“Sejak lapan tahun kebelakangan ini, saya kerap masuk hospital sehingga dirawat di ICU. Namun alhamdulillah, untuk tahun ini, ia seperti mencipta sejarah untuk diri saya kerana kesihatan saya kian baik dan konsisten.
“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah. Malah, para peminat juga sentiasa menitipkan doa-doa yang baik dan memberikan kata-kata semangat.
“Pada saya, itu merupakan satu terapi dan ubat terbaik untuk saya terus kekal aktif,” katanya kepada MH.
Pengurus Besar Suria FM itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran Jelajah Suria Kuasa 2, baru-baru ini.
Ditanya sama ada mentalnya masih terganggu susulan kerana kontroversi sebelum ini, Dj Lin memaklumkan dirinya kini hanya mahu memberikan fokus terhadap soal kerja dan hal-hal positif.
“Saya tidak ambil pusing dengan apa yang berlaku kerana bagi saya, ujian Allah ini ada hikmah tersendiri dan saya yakin Dia ingin berikan sesuatu. Fokus saya ketika ini tertumpu kepada kerja sahaja.
“Saya sedang berusaha untuk menaikkan rating, ranking dan revenue stesen radio saya. Itu objektif utama saya dan bukan perkara lain.
“Jadi, saya tak perlu ambil pusing dan buang tenaga untuk perkara negatif. Tanggungjawab saya besar dan di bawah saya ada 50 orang staf yang perlu saya berikan sokongan dan semangat.
“Ini merupakan satu perjuangan. Kami kena bersaing dengan stesen radio yang hebat-hebat. Kami tidak akan patah semangat,” ujarnya lagi.
Mengulas mengenai penganjuran program Jelajah Suria Kuasa 2 yang kini muncul menerusi konsep terbaharu, pengendali segmen Suria Cinta ini memaklumkan acara ini merupakan usaha pihaknya untuk terus dekat dengan para pendengar.
“Untuk tahun 2024, kami ingin menawarkan sesuatu yang berbeza buat para klien dan pendengar setia. Daripada sehari, kita buat pula dua hari. Ini pengalaman baharu buat kami.
“Para penyampai akan ada masa yang lebih lama bersama para pengunjung di lokasi. Ini cara kami membalas semula kepercayaan para pendengar sedia ada dan baharu.
“Dalam hidup ini, saat kita diuji, kita boleh lihat siapa ada bersama dan setia dengan kita. Dengan pelancaran Jelajah Suria Kuasa 2 yang mendapat sokongan penaja, ia merupakan petanda positif.
Jelajah Suria Kuasa 2 bakal berlangsung di empat buah negeri iaitu Pulau Pinang (7 & 8 September), Johor Bahru (21 & 22 September), Negeri Sembilan (28 & 29 September) dan Kelantan (11 & 12 Oktober).
Antara selebriti yang akan membuat persembahan adalah Aina Abdul, Masdo, Ernie Zakri, Nabila Razali dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon versatil Izreen Azminda atau nama lengkapnya, Izreen Azminda Aznam berkongsi momen saat meraikan hari ulang tahun kelahiran anak tirinya, Arish Muqri, 6 tahun.
Turut disertai ahli keluarga lainnya, perkongsian pelakon ini nyata menerima reaksi positif wargamaya.
“Selamat Hari Jadi yg ke-6 Arish Muqri Muhammad Radzi.. Kita sambut awal sehari,” tulisnya.
Mendoakan agar hubungan mereka kekal harmoni sampai bila-bila, para peminat turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat Arish.
Terdahulu, Izreen dan suaminya Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aaron Ibrahim, 5 bulan.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Sementara Ude turut memiliki dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu bersama Intan Liana Salleh.
Gambar: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang mempertikaikan pendapat pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu kerana mahu ‘menutup’ tempat peranginan tersebut.
Lantas, Kak Ogy memberikan jawapan ringkas.
Pun begitu, ada juga yang bersetuju dengan pendapat Kak Ogy dan ada juga sebaliknya.
Malah, mereka telah memberikan komen yang pelbagai.
Difahamkan, limpahan air berkenaan datang dari kawasan bukit berhampiran ketika hujan lebat yang menyebabkan kawasan GPO dan Awana Skyway lumpuh hampir dua jam.
Malah, video tersebut tular di media sosial yang menarik perhatian ramai kerana ia merupakan lokasi tumpuan pada hujung minggu iaitu sekitar GPO dan Awana Skyway.
Video/Sumber : Instagram Kak Ogy/Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak, Mohd Nasir Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey berkongsi khabar duka apabila ahli keluarga termasuk ibunya, Ngaisah Hassan telah disahkan positif Covid-19.
Meski berat untuk menerima dugaan ini, namun pelawak berusia 35 tahun yang kini muncul menerusi single Yang Terindah ini tetap kuat dan tabah mengharungi ujian.
Dia pada masa sama turut memohon semua untuk menitipkan doa buat ahli keluarganya agar sembuh daripada wabak penyakit tersebut.
“Bismillah… Satu persatu datang, tak sempat aku usahakan vaksin untuk korang. Tapi takpa aku tau ALLAH sayang.
“Kuat atau tidak kita usaha habis habisan, erti #lawan yang sebenar. Doakan mereka, kami dan kita kuat,” tulisnya di Instagram.
Bintang kelahiran Segamat, Johor ini sempat menasihati semua moga sentiasa menjaga diri.
“Korang semua jaga diri tau, time to redha and fight…#covid_19 #covidisreal,” tulisnya lagi.
Konsert pertama Kilauan Emas 2024 telah pun melabuhkan tirai semalam. Siapa sangka selepas tujuh tahun ‘hiatus’, rancangan realiti nyanyian khusus untuk golongan veteran ini...