Beberapa hari lalu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri ada menulis surat secara terbuka buat usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illyas untuk bersua dan ‘mengeteh’.
Lalu, menerusi Instagram, penyanyi lagu Syinta Gila itu ada memberikan reaksi terhadap pelawaan berkenaan.
Katanya, dia bukan tidak mahu bertemu dengan mufti, sebaliknya dia risau masyarakat akan mengharapkan sesuatu di luar jangkaan.
“Bukan xnk jumpa mufti, tp nanti masyarakat suka expect too much . Balek jumpa mufti mesti berubah jd laki.
“Lepastu benda lain lg org akan cakap , marketing lah tu nk keluar lagu baru , produk baru . ATAU lagi 1 penunggang agama . Pastu lagi 1 , bodoh la dia ni memang hati hitam dh jumpa mufti masih x berubah,” tulisnya.
Pada masa sama, Safiey turut menjelaskan dia sudah serik.
“Syinta dh serik dah hahaha . Jumpa ustaz ebit haritu pun korang expect mcm2 . Salah ke nk g belajar ilmu agama tambah ilmu.
“Janji kita tahu kita ni berdosa jahil masih terdetik hati nak keluar dakwah 3 hari. Ada yg nak tambah?,” kongsi Safiey lagi.
Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberikan nasihat buat Safiey. Bahkan ada beberapa komen turut dibalas usahawan tersebut. Di samping itu, kelihatan juga komen yang berbentuk kritikan dan kecaman terhadapnya.
Foto: Instagram Safiey lllyas
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha kini banyak meluangkan masa bersama keluarga setelah bergelar ibu kepada Yusuf Iskandar dan kini sedang hamil anak kedua.
Terbaru, Hanis telah memuat satu gambar di akaun Instagram miliknya berserta kapsyen ;
“Yusuf dah betul2 tidur dekat katil dia and tak meleset dekat Mommy Daddy dah.Semuanya terjadi apabila, ingat tak lower back pain Keknis alami hari tu, yang suspected sciatica tu?Ya Allah sakit dia sampai nak jejak kaki ke lantai pun nangis2 mintak tolong suami”
“Tapi lepas dapat banyak cadangan, bila jumpa doctor dia recommended buat physio.Di samping tu kita cari alternatif lain dan look into chiropractor. Chiropractor ni yang lipat lipat badan kita pastu crack crack kan tulang tu lol.”
“Memang macam scary tapi lagi scary kalau sepanjang pregnancy takleh jalan jadi ku gagahi jua. Tak semua chiropractor buat untuk wanita mengandung jadi kena call and ask.”
“So back to Yusuf, waktu Mommy sakit sangat tu, Daddy explain dekat dia dengan nada yang sangat sangat tegas, “Yusuf Mommy is in pain.You cannot touch her. You cannot sleep close to her ok?”
“Dia macam termerajuk tapi dia tak berani nak ekk atau nak ukk bila Daddy dia yang cakap.Mulai dari hari tu terus bila dia nak tidur sekatil je Mommy akan cakap “Yusuf, Mommy is in pain”.
“Dia pun terus baring diam diam kat katil dia. Sambil ditemani Bujibu. Setiap malam. Pastu Mommy pun dah baik padahal buat satu sesi je, baguslah chiropractor,bila buat tak seram and complicated pun sebenarnya.”
“Dan yang penting sleeping arrangement dah setel untuk menanti kelahiran baby.Walaupun bila bangun nampak lah Yusuf cuba nasib melepasi border tu I love you my son, you’re gonna be a big brother soon.”-Tulisnya
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.