Tular di media sosial mengenai kisah seorang ibu yang kehilangan anak tersayang yang baru berusia satu bulan akibat tersedak susu, semalam.
Menerusi perkongsian di Instagram Mingguan Wanita yang kembali dikongsikan Elfira di Isnta stories, sewaktu memberikan susu badan kepada anaknya itu, si ibu tersebut dikatakan telah tertidur akibat kepenatan.
Selepas tersedar, ibu tersebut bagaimanapun melihat anaknya berada dalam keadaan lemah lalu dibawa ke Hospital Klang, Selangor dan disahkan meninggal dunia selapas 30 minit cuba diselamatkan.
Kisah menyayat hati itu turut mendapat perhatian ramai termasuk pelakon, Elfira Loy.
Menurut Elfira, musibah ini sememangnya memberi peringatan buat para ibu termasuk dirinya sendiri.
Ads
“Saya tahu ujian Allah terhadap hambanya itu berbeza-beza tapi saya minta sangat Allah tak uji saya tentang anak,” tulisnya di Instagram stories.
Pada masa sama, Elfira akui apa yang berlaku menjadikan dia lebih lebih berhati-hati dalam penyusuan kepada bayi.
Ads
“Lepas ni takut kot nak susukan anak sambil tidur dah. Sentiasalah pastikan bayi sendawa dulu selepas menyusu. Baru sambung tidur,” kongsinya lagi.
“Saya bangga pakai nama sendiri!” Demikian kata usahawan, Sharmila Johan atau Kak Ell yang terkenal dengan tagline ‘Memang Cantik’ ini apabila ditanya tentang produk kosmetik keluarannya yang menggunakan nama sendiri.
Menurut anak kepada penoreh getah ini, Sharmila Johan berusia 41 tahun ini, dia menganggap nama yang diberikan oleh ibu dan bapanya adalah salah satu hadiah terbesar yang membolehkan dia mencapai kejayaan seperti hari ini.
Malah, Kak Ell juga mengakui dia tidak ‘terkejar-kejar’ gelaran Datuk, sebaliknya hanya mahu memberikan yang terbaik dalam bisnes yang diceburi.
Tahun lalu, syarikat yang ditubuhkan oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata ini telah mendapat pengiktirafan Global Best Consumer Brands for Skincare, SME100 Awards 2021 dan Affin BMI Women Entrepreneur Awards 2021.
“Ada yang bertanya tak susah ke pikul tanggungjawab sebagai seorang usahawan, mak dan anak? Saya ‘enjoy’ dan bersyukur macam ni.
“Sebagai wanita, mustahillah saya tak bernafsu nak memiliki barang-barang mewah, kan? Tapi, saya selalu ingatkan diri sendiri supaya tak ‘over’,” katanya.
Malah, usahawanita ini menjelaskan yang dia lebih suka memastikan anaknya mendapat pendidikan yang baik, membantu kawan-kawan dan ahli keluarga, menyumbang semula kepada sekolah yang pernah diduduki dan berkongsi dengan ibu bapa atas rezeki yang diperolehi.
“Saya nak pesan, walau berjaya macam mana pun, jangan sesekali abaikan tanggungjawab sebagai seorang anak.
“Syurga bawah tapak kaki ibu. Cikgu saya pesan, orang yang jaga ibu bapanya adalah orang yang berjaya. Cuma dalam setiap sudut dan gerak langkah, saya kena lebih berhati-hati dan disiplin.
“Saya tak boleh main cakap lepas sahaja. Saya ada keluarga dan anak yang perlu dijaga. Malah, saya beruntung kerana pengguna tegar jenama saya sendiri mempertahankan kualiti produk yang dihasilkan hingga ia terus relevan dan dipercayai,” katanya lagi.
Menyambut ulang tahun penubuhan Kak Ell yang ke-4, Kak Ell turut memasang impian untuk membimbing lebih ramai orang terutamanya suri rumah dan golongan pelajar untuk berjaya dengan menyertai Team #KakEllStars.
“Saya baru menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Management and Science Universiti (MSU) untuk memberi pengalaman pendidikan yang berbeza kepada pelajar berkenaan.
“Mengikut sejarah rekod lalu dengan hebahan secara meluas produk sebelum ini, jualan tahunan pernah mencecah sehingga RM 34 juta.
“Saya sentiasa percaya apa-apa yang kita buat, usaha memang daripada kita, tapi rezeki semua daripada Allah,” katanya yang mensasarkan untuk meraih anggaran jualan produk sebulan sebanyak RM 5 juta.
Pemilik nama yang selalu kedengaran di corong radio Suria FM ini ditemui sewaktu acara Kak Ell Fantasy Night di Doubletree by Hilton, Shah Alam, pada Sabtu.
Pada majlis sama, turut dilancarkan ialah produk ke-48 mereka iaitu Fairy Glow Oil, sebuah produk saiz poket yang berasaskan gabungan lima minyak terpilih.
Produk terbaharu ini boleh digunakan sekali dengan Glowing Day Cream Kak Ell yang dilancarkan bulan lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit yang juga rakan baik Zul Ariffin, Gayatri Su-lin Pillai menyifatkan tindakan mengaku bersalah oleh aktor berkenaan ketika didakwa memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial sebagai matang dan bertanggungjawab.
Menurut Gayatri, keberadaannya menemani Zul di Kompleks Mahkamah Sesyen Sepang, pagi tadi juga adalah bagi memberi sokongan kepada aktor tersebut.
“Saya datang untuk memberi sokongan kepada Zul. Sepanjang bekerjasama dengan Zul untuk beberapa projek filem dia memberi kerjasama yang baik.
“Malah dia juga sangat ‘supportive’ dalam membantu mempromosikan setiap karya yang dibintangi.
“Bagi saya, keputusan yang dibuat Zul hari ini adalah matang dan bertanggungjawab. Saya memuji tindakannya itu,” katanya.
Ditanya sama ada Zul ada berkongsi masalah dan tekanan yang dihadapi susulan kes yang sebelum ini mencetuskan tular, Gayatri menjelaskan soalan itu harus ditanyakan kepada empunya badan.
“Pandangan saya setiap individu yang berdepan masalah pasti akan mengalami tekanan,” katanya.
Terdahulu, Zul Ariffin atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang, hari ini, atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada 18 Mac lalu.
Zul membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.
Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pada 18 Mac, Zul memuat naik babak ghairah dalam drama lakonannya berjudul Perempuan Itu di Instagram.
Video memperlihatkan Zul mendukung pelakon, Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.
Selain Zul dan Siti Hariesa, drama 30 episod ini dibintangi Mimi Lana, Eman Manan, Amar Asyraf, Amir Ahnaf, Erysha Emirates dan Iqbal Zulkefli.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Saya suka pakai skaf, malah setiap kali pergi bercuti saya mesti akan bawanya bersama.”
Demikian dedikasi daripada sosialit dan ikon fesyen terkenal, Ezurin Khyra yang kini tampil melancarkan skaf di bawah jenama E for Ezurin.
Mengambil masa sekitar tiga bulan, Ezurin berkata dia terlibat dalam proses penghasilan sedari awal.
“Bagi saya, nampak lebih stail kalau ada skaf sebagai pelengkap gaya. Misalnya kalau pakai jaket, lilit sahaja di leher sudah nampak ‘wow’.
“Sebagai permulaan saya tampilkan 10 rekaan skaf untuk kempen E for All yang diinspirasikan sempena 10 lokasi kegemaran yang saya pernah lawati iaitu Istanbul, Doha, Bahia, Rio, Dubai, Jakarta, Paris, Mulan, Madrid dan Kuching, yang paling istimewa,” katanya kepada MH.
Ditanya mengapa sekarang memilih untuk melancarkan ‘buah tangan istimewa’ kepada peminat dan pencinta skaf, Ezurin akui komitmen dalam soal anak-anak menjadi keutamaan sebelum ini.
“Anak-anak saya sekarang semuanya sudah besar. Kalau dulu, i was a busy mum. Saya mempunyai lima cahaya mata. Anak sulung kini sudah bekerja sementara yang bongsu pula sedang ikuti pengajian tinggi.
“Jadi rasanya kini saya ada ruang masa yang lebih. Jika tidak dulu ketika anak-anak masih kecil, sudah pasti masa itu agak terhad. Saya cenderung untuk selalu pantau mereka dalam pelajaran contohnya. Sekarang ia jadi lebih mudah untuk saya (terokai bidang baharu),” katanya lagi.
Pada masa sama, koleksi skaf eksklusif yang terdiri daripada 10 rekaan corak ini dirasakan mampu memberi impak kepada setiap wanita supaya kelihatan elegan dan berani dalam bergaya.
Ezurin menambah, menerusi kempen E For All, ia tidak hanya terhad kepada wanita muslimah sahaja, sebaliknya setiap wanita tidak kira pangkat, agama, bangsa atau kaum mempunyai cara tersendiri dalam menggayakan skaf ini.
Lebih istimewa, harganya juga mesra pembeli seiring dengan harapan Ezurin untuk melihat lebih ramai wanita yang bijak menata gaya.
“Saya menceburi bisnes fesyen ini bukan untuk mengejar kekayaan tetapi saya ingin melihat setiap wanita bertambah jelita dan bergaya dengan skaf E For All ini.
“Setiap koleksi E For All dijual pada harga RM29.00 dan boleh didapati dengan 212 stokis berdaftar selain secara dalam talian.
“Saya harap skaf ini akan menjadi satu permulaan baharu kepada setiap wanita untuk menggayakan skaf ini di kepala mengikut cita rasa dan gaya yang anda inginkan,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...