Tahniah! Wawa Zainal Hamil Lagi – “Ya Allah Doa Dimakbulkan, Dapat Baby Nombor 4, Tinggal Nak 1 Je Lagi,” – Aeril Zafrel

Share

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel berkongsi berita gembira apabila memaklumkan isterinya yang juga pelakon, Wawa Zainal kini sedang hamil anak keempat mereka.

Perkara itu dikongsikan Aeril menerusi satu hantaran terkininya di Instagram bersama pautan video yang sehingga kini sudah pun mendapat lebih 400,000 tontonan.

Sambil menzahirkan rasa syukur, Aeril turut mendoakan agar isterinya sentiasa dirahmati Yang Maha Esa.

“Alhamdulillah ya Allah doa di makbulkan dapat baby no 4, tinggal nak 1 je lagi. Doakan semoga dipermudahkan urusan isteri saya bersalin tak lama lagi.

“Doa yang baik2 ya, terima kasih semua. Semoga @w4w4_zainal sentiasa dalam lindunganNya. Terima kasih syg. Jgn tutup kilang dulu ye,” tulisnya.

Perkongsian tersebut nyata mencuri perhatian peminat dan rata-ratanya tumpang gembira selain menitipkan doa yang baik-baik di ruangan komen.

Foto: Instagram Aeril Zafrel

IKLAN