Tahniah diucapkan buat personaliti dan pengacara program Wanita Hari Ini (WHI), Uyaina Arshad yang telah diumumkan sebagai juara pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 yang pertama malam tadi. Program berkenaan disiarkan secara langsung menerusi stesen TV Indosiar di Jakarta,Indoensia.

Pada malam bersejarah itu, Uyaina menewaskan dua lagi calon lain iaitu Hanifah Razandari Indonesia dan wakil Turki, Avida Lale yang memenangi tempat ketiga.

[TAHNIAH] Tewaskan 17 Peserta Dari Enam Negara Asia, Pengacara WHI Uyaina Arshad Juara Puteri Muslimah Asia Pertama!

Seiring dengan kemenangan yang diraih, Uyaina turut meluahkan rasa gembira kerana berjaya mengharumkan nama negara menerusi Instagram miliknya, beberapa jam lalu.

IKLAN

“I’ve always wanted to repserent Malaysia! And the moment i put this sash on, i felt this huge sense of responsibility and the desire to make Malaysia proud,” tulisnya sambil diselangi dengan tanda palang #malaysia dan #malaysiaboleh. 

[TAHNIAH] Tewaskan 17 Peserta Dari Enam Negara Asia, Pengacara WHI Uyaina Arshad Juara Puteri Muslimah Asia Pertama!

Pelakon dan penyanyi senior, Erra Fazira yang turut dijemput sebagai wakil sebagai juri dari Malaysia.

IKLAN

Terdahulu, pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 menghimpunkan 18 peserta dari enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Turki dan Timor Leste.

[TAHNIAH] Tewaskan 17 Peserta Dari Enam Negara Asia, Pengacara WHI Uyaina Arshad Juara Puteri Muslimah Asia Pertama!

IKLAN

Sebelum ini, bintang berkenaan pernah mencuba nasib dengan menghadiri uji bakat Pencarian Dewi REMAJA lalu. Bagaimanapun, dirinya tidak berjaya untuk disenaraikan sebagai calon akhir bersama finalis lain.

Foto: Instagram Uyaina Arshad

https://www.youtube.com/watch?v=dz2Xca7yHMc

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI